Monday, 12 May 2014

Aku Tak Sendiri: 1

Favorite place Airis Abdullah.. 
Di sinilah tenpatnya mencari ketenangan.

Terangkat-angkat kening Airis sebelum bersuara, “Kau bagilah baju melayu kau tu kat aku.”
Qalif tepuk dahi, “Habis aku nak balik pakai apa?”
“Pakai singlet, sudahlah. Orang lelaki tak apa seksi-seksi.”
Menyeringai Qalif dibuatnya.
“Apa?” kasar soalan daripada Airis.
“Laa.. perempuan rupanya? Ingatkan lelaki selama ni. Biasanyalah kan, kalau orang perempuan ni diaorang tak mainlah duduk dalam lubuk ikan macam kau ni, tahu? Diorang duduk rumah. Memasak ker. Membasuh ker. Tak pun menjahit.”
Kecil mata Airis dibuatnya.
“Ikut suka oranglah. Tu, nak bagi ker tak?” balas Airis sambil berkira-kira untuk berlalu ke tepi taliair semula.
 “Bagi apa?”
“Bajulah.”
“Nah. Ambik. Basuh sekali, baru pulangkan.”
“Tengoklah, kalau orang rajin,” balas Airis ketika menyusun langkahnya menuju ke arah taliair.
“Hah! Itu nak ke mana pulak tu? Baru jer sekejap tadi kena tegur, dah nak buat lagi.”

Senja dah menjengah. Airis dijemput pulang seperti biasa.
Qalif tak ubah seperti seorang ayah tiri yang garang bagi gadis itu.

“Gilalah kau. Sejahat-jahat Airis, aku tak gatal macam kaulah, Panjang! Hari-hari mengoda anak orang.”
“Habis? Kau ingat aku ni ingin sangat ker dengan kau? Tak malu!” jerkah Qalif sambil mencebik mengejek.
Aih! Garang betullah pakcik ni, Kalau dengan Julie, pijak semut pun tak mati. Bukan main romantik lagi. Geram aku. Tak apa. Ada hari nanti, aku nak balas. Siaplah kau Panjang, rungut Airis dalam hati.
Dia berjalan pulang sambil di awasi oleh Qalif dari arah belakang. Sebiji macam orang pakai bodyguard.
Seronok jugak ada bodyguard macam ni, bisik Airis dalam hati sambil menjeling memandang Qalif secara curi.
Ulas bibir gadis itu kian melebar. 


~: Bukan Dia :~


Bukan Dia: Promo


Nantikan kemunculan Airis Abdullah dan Qalif Adib dalam siri,


~: BUKAN DIA :~


Nah! Ini dia bab sulung bagi siri BUKAN DIA yang dimuatnaik sebagai nyanyian tinta bagi  tahun 2014. Penceritaannya berkisar tentang kehidupan dan hubungan erat dua insan yang berbeza pendiriannya. 



Airis Abdullah sebagai bunganya. Tapi bunga yang mekar tanpa bau menurut tafsiran teman sekampungnya, Qalif Adib. Anak remaja yang lincah, membesar tanpa bapa. Bijak tetapi rajin orangnya. Dalam nakal, dia gadis yang sentiasa merendah diri serta hormat orang tua. Gadis ini, sengaja menyembunyikan kelebihan yang ada dalam dirinya. Juga seorang gadis yang ramah dan pemurah. Dalam keras, ada kelembutan sebenarnya. Dia membenci, bila ada yang muka suka. Itulah antara sikap peliknya. 




Manakala si Qalif Adib, anak teruna Tok Ketua yang sentiasa menjadi buah mulut setiap ibu serta pujaan  hati setiap anak gadis yang ada kampungnya. Bukan kerana sikap romeo Qalif tetapi kerana sikap  tanggungjawab yang kukuh tertanam dalam jiwanya. Lebih-lebih lagi dalam setiap perkara yang bersangkutan dengan diri serta keluarganya. Tinggi lampai serta segak bergaya orangnya. Bijak dan mudah didekati. Nampak tenang, tapi amat tegas orangnya. Hatinya terpaut pada si dia yang lemah lembut. Seringkali bertindak sebagai bodyguard kepada Airis. Tapi kenapa? 


Thursday, 8 May 2014

Pedihnya Cinta: 27 (Pt. 1)

Cermin tingkap segera diturunkan.
“Maaf. Ini Puan Nur Aisya Irdina?” soal lelaki tersebut sambil sedikit menunduk.
“Iya, saya.”
“Saya Mr. J dari kedai bunga tu. Ini ada kiriman bunga buat Puan,” katanya sambil menghulurkan jambangan tersebut buat Nur Aisya.
“Untuk saya?”
Lelaki berbangsa cina itu mengangguk sambil tersenyum. Lantas dengan itu, jambangan bunga tersebut pun bertukar tangan.
“Boleh Puan tanda tangan di sini?” pinta lelaki itu lagi.
Nur Aisya akur.
“Terima kasih. Sehingga bertemu kembali,” ucap lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. J itu sebelum pergi.
Nur Aisya sedikit tergamam. Jambangan bunga yang ada ditangan direnung seketika. 

Opps! Siapa yang bagi agaknya??

Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday, 7 May 2014

Tika Kita Merindu: 12

Remuk hatinya...

“Awak.. 
"Jikalau awak benci sangat kat orang sekali pun, orang tak akan kecil hatilah awak. Orang sendiri faham, bukan senang kita nak terima kehadiran insan lain dalam hidup kita secara tiba-tiba. Tapi awak.. berjanjilah dengan orang yang awak takkan sentuh air haram tuh lagi. Tolonglah awak… Orang merayu sangat-sangat pada awak. Kita ni orang islam. Bukan begitu cara untuk kita selesaikan masalah.  Kita boleh berbincang. Orang tak nak tengok awak jadi muslim yang gagal. Walaupun orang ni bukan isteri pilihan, tapi orang tak mahu lihat awak hanyut dalam dunia yang melalaikan tu. Orang nak lihat awak jadi imam dan contoh terbaik buat orang. Selagi orang masih isteri awak, tanggungjawab orang untuk mengingatkan sekiranya awak lalai. Begitu juga dengan orang, awak berhak tegur orang jika orang lalai dalam tanggungjawab. Tolonglah awak…” dalam linangan airmata, Sofea terus merayu pada suaminya. Dia merasa teramat-amat sedih melihatkan suaminya pulang dalam keadaan mabuk begitu rupa. 

Sejuk hati jika ada yang ambil berat..
 Sofea bagaimana agaknya?

“Cengeng! Aku bukannya mati, yang kau beriya nangis tu buat apa?” kata Danial lagi. Dagu Sofea dicuit lalu dipalingkan menghadap wajahnya. Airmata yang menitis perlahan diseka dengan jarinya. Terkasima. Belakang jarinya segera diletakkan pada dahi Sofea.
“Bodoh! Aku selesema jer. Aku tak demam pun. Kau tu yang demam, tau tak?”
“Nah! Ambil ubat demam ni, makan. Tak dapat main hujan, air pancuran pun jadi. Tengah-tengah malam duduk dalam bilik air tuh berjam-jam siapa suruh? Sebiji perangai budak-budak,” bebel Danial tertawa.

Sofea hampir tersedak. Cuba menahan sendunya. 


Mereka berdua tu kena menuntut dengan 
novel garapan Dyadila ni.. ;)



Ikuti kisah selanjutnya,







Pedihnya Cinta: 26

Sendirian menyambut kejayaan..

“Babai, Sayang,” ucap Nur Aisya  sambil mencuit pipi si comel yang didukung oleh Syaqir.
Melambai-lambai, si anak kecil itu ke arah Nur Aisya.
“Comel,” ucap Aisya kepada Syaqir.
“Macam arwah Mamanya,” balas Syaqir pula.
“Okey. Kirim salam pada, Big Bos,” suara Syaqir memesan.
Nur Aisya  mengangguk. Melambai pergi. Syazura memandang ke arah abangnya.
Amboi-amboi! Bagai nak terkeluar biji mata, bisik Syazura.
“Apa?” soal Syaqir.
“Kalau macam tu, okeylah. Sejuk mata ni memandang. Taklah Mak Usu risau. Kan manja kan,” kata Syazura mengenakan abangnya sambil mencuit pipi gebu anak buahnya.
“Yang itu memang okey. Tapi..”
“Tapi apa pulak?” soal Syazura.
“Yang itu isteri oranglah. Lebam biji mata ni nanti,” terang Syaqir mendengus.
“Kak Dina? Isteri orang?” soal Syazura. Bulat matanya memandang Syaqir.
“Iyalah, cik adik. Isteri orang,” jawab Syaqir.


Hanya kad ucapan sebagai pengganti diri..

“Tahniah! Sayang. Maaf atas kesibukanku akhir-akhir ini.”
Ikhlas? In shaa Allah aku ikhlas, monolog sendiri seorang suami.
Sejujur-jujurnya.
Lalu tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Terusan mengamati wajah si isteri secara curi. Dalam, sampai di sudut hati. Tersenyum simpul tatkala mendengarkan Nur Aisya sesekali mengigau-ngigau. Terdetik dihati nakalnya untuk menyakat. Dalam separa sedar, gadis manis itu dilayan berbicara. Walaupun kelu tuturnya, tetapi ada sesuatu yang mencuit prihatin hati lelaki Tengku Faiq ketika itu. Yang bisa bantu dia nenyak sehingga ke dinihari.
Akhirnya Tengku Faiq sama terlena.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday, 16 April 2014

Pedihnya Cinta: 24


Tengku Farida dengan 'Misi Menantu Pilihan'.. 

Camner ni? Dia main cabar-cabarlah pulak.
Apa aku nak buat ni?

“Kalau betul-betul kamu sayang dia, buktikan. Izinkan dia bahagia!” Datin Farida bercekak pinggang di muka pintu.
“Saya cabar kamu!” tambah Datin Farida mencebik.
Nur Aisya tersentak. Memang terasa dalam hati. Terasa bahawa ibu mertuanya itu benar-benar memaksudkan ayat yang baru diluahkan sebentar tadi. Dia merasakan bagai sengaja dihina sedemikian rupa. Mengalah? Tiada erti mengalah yang berani muncul dalam kamus hidupnya.
Cabar? Nak cabar aku? Silakan. Kita tengoklah pengakhirannya nanti. Sama ada Jasmeen yang dipuja-puja tu yang dijulang atau wanita itu bakal  tersungkur padanya. Dalam gementar dan gigil yang masih bersisa, Nur Aisya bangkit untuk bersuara.
“Datin!”
“Jangan risau. Aisya akan buat yang terbaik untuk Abang. Aisya akan tunaikan permintaan Datin suami isteri. Aisya akan janjikan kebahagiaan keturunan Datin.  Itu janji Aisya,” ikrar Nur Aisya kepada ibu mertuanya.

Baik juga Mr. Arrogant ni kan..
Agak-agaklahkan, mahu tak Tengku Faiq pujuk Nur Aisya macam ni?
Mestilah mahuu.. Sebab apa eaa? 
Sebab 'cinta' sudah berputik kot...

“Dua tiga hari jer pun, bukannya lama. Takkanlah rindu sangat kot?” ujar Tengku Faiq sambil tangannya menguis anak-anak rambut  pada dahi Nur Aisya.
“Saja jer kan,” pendek dari Nur Aisya.
“Dah orang merindu, takkan kita nak marah pulak? Bersyukur ajerlah kan, sebab ada orang yang sayang kita,” berbeban-beban Tengku Faiq melontar ayat mengusik.
Malu-malu Nur Aisya dibuatnya. Tersipu-sipu.
“Orang tu tinggalkan kita ni lagilah lama.”
Dua pasang mata pun bertaut.
“Dulu..” sambung Tengku Faiq perlahan tetapi tetap sampai pada pendengaran si isteri.
Terkebil-kebil Nur Aisya seketika.
“Dahlah. Faham..” ujar Si suami sebagai pengubat rasa serba salah yang cuba mencelah di hati Nur Aisya.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 25

Cikgu Ilham dan isterinya, Cikgu Maisarah berangkat ke tanah suci Makkah.

Kata-kata terakhir ayahnya sebelum berangkat pergi bagaikan terngiang-ngiang dia telinga.
“Jangan abaikan tanggungjawab Cha pada suami.”
“Cubalah menyayanginya dengan sepenuh dan seikhlas hati, nescaya kebahagian itu akan jadi milik Cha. Percayalah pesan ayah ni.”
Nur Aisya menyeka airmatanya dalam diam. Sorok-sorok tanpa disedari oleh yang ada. Benarkah masih ada sisa cintanya buat aku? Bagaimana dengan cintanya pada  Jasmeen?

Pertemuan di nurseri milik keluarga Encik Lutfi Lee, 
mengungkap hobi baru Nur Aisya irdina menjadi kenyataan..

“Mak mertua ada?” balas Nur Aisya dengan begitu yakin dan pasti. Bersemangat gitu.
“Apa dia Kak Long? Mak mertua?” anak muda tersebut menyoal kembali. Hairan.
“Iya, mak mertua,” penuh konfiden jawapan dari Nur Aisya.
“Kalau nak cari mak mertua, kenalah jadi isteri muda saya,” menyeringai anak muda tersebut dengan jawapannya.
Aduh! Malunya aku. Apa yang aku dah cakap ni? Salah faham pulak Mamat ni nanti, pekik Nur Aisya dalam hati.

Memujuk hati yang terusik.. Kad kecil di belek-belek.

“Kau akan faham suatu hari nanti. Kau akan faham bila tekanan tiba-tiba muncul dikemudian hari.”
“Kau akan tertekan bilamana kau hadapi sesuatu yang diluar jangka dalam masa-masa yang mendatang.”
“Kau akan kecewa akhirnya,” bertubi-tubi penjelasan dari pihak si suami.
Nur Aisya setia menatap bola mata milik suaminya itu.
“Aku tak mahu kau hadapi keperitan tu.”
“Tolonglah faham,” sambung Tengku Faiq dengan penuh harapan.
Nur Aisya menunduk. Matanya mula berair. Tersentuh dengan rangkap-rangkap ayat yang terlontar dari kerongkong teman hidupnya itu.
“Tiada istilah ‘wajib berkorban’ untuk mengecapi sebarang kebahagiaan. Ianya adalah anugerah terindah dariNya buat setiap insan. Cuma masanya, kita tak dapat menduga bila. Jika tidak hari ini, mungkin jua esok atau lusa.”


Ikuti kisah selanjutnya,