“Awak..
"Jikalau
awak benci sangat kat orang sekali pun, orang tak akan kecil hatilah awak.
Orang sendiri faham, bukan senang kita nak terima kehadiran insan lain dalam
hidup kita secara tiba-tiba. Tapi awak.. berjanjilah dengan orang yang awak
takkan sentuh air haram tuh lagi. Tolonglah awak… Orang merayu sangat-sangat
pada awak. Kita ni orang islam. Bukan begitu cara untuk kita selesaikan
masalah. Kita boleh berbincang. Orang tak nak tengok awak jadi muslim yang gagal. Walaupun
orang ni bukan isteri pilihan, tapi orang tak mahu lihat awak hanyut dalam dunia yang
melalaikan tu. Orang nak lihat awak
jadi imam dan contoh terbaik buat orang. Selagi orang masih isteri awak,
tanggungjawab orang untuk mengingatkan sekiranya awak lalai. Begitu juga dengan
orang, awak berhak tegur orang jika orang lalai dalam tanggungjawab. Tolonglah awak…” dalam linangan airmata, Sofea terus merayu pada suaminya. Dia
merasa teramat-amat sedih melihatkan suaminya pulang dalam keadaan mabuk begitu
rupa.
“Cengeng! Aku
bukannya mati, yang kau beriya nangis tu buat apa?” kata Danial lagi. Dagu
Sofea dicuit lalu dipalingkan menghadap wajahnya. Airmata yang menitis perlahan
diseka dengan jarinya. Terkasima. Belakang jarinya segera diletakkan pada dahi
Sofea.
“Bodoh! Aku
selesema jer. Aku tak demam pun. Kau tu yang demam, tau tak?”
“Nah! Ambil ubat
demam ni, makan. Tak dapat main hujan, air pancuran pun jadi. Tengah-tengah
malam duduk dalam bilik air tuh berjam-jam siapa suruh? Sebiji perangai
budak-budak,” bebel Danial tertawa.
Sofea hampir
tersedak. Cuba menahan sendunya.
Mereka berdua tu kena menuntut dengan
novel garapan Dyadila ni.. ;)
Mereka berdua tu kena menuntut dengan
novel garapan Dyadila ni.. ;)
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment