Cikgu Ilham dan isterinya, Cikgu Maisarah berangkat ke tanah suci Makkah.
Kata-kata terakhir ayahnya sebelum berangkat pergi bagaikan terngiang-ngiang dia
telinga.
“Jangan abaikan tanggungjawab Cha pada suami.”
“Cubalah menyayanginya dengan sepenuh dan seikhlas hati, nescaya
kebahagian itu akan jadi milik Cha. Percayalah pesan ayah ni.”
Nur Aisya menyeka airmatanya dalam diam. Sorok-sorok tanpa
disedari oleh yang ada. Benarkah masih ada sisa cintanya buat aku? Bagaimana
dengan cintanya pada Jasmeen?
Pertemuan di nurseri milik keluarga Encik Lutfi Lee,
mengungkap hobi baru Nur Aisya irdina menjadi kenyataan..
“Mak mertua ada?” balas Nur Aisya dengan begitu yakin dan pasti.
Bersemangat gitu.
“Apa dia Kak Long? Mak mertua?” anak muda tersebut menyoal
kembali. Hairan.
“Iya, mak mertua,” penuh konfiden jawapan dari Nur Aisya.
“Kalau nak cari mak mertua, kenalah jadi isteri muda saya,”
menyeringai anak muda tersebut dengan jawapannya.
Aduh! Malunya aku. Apa yang aku dah cakap ni? Salah faham pulak
Mamat ni nanti, pekik Nur Aisya dalam hati.
Memujuk hati yang terusik.. Kad kecil di belek-belek.
“Kau akan faham suatu hari nanti. Kau akan faham bila tekanan
tiba-tiba muncul dikemudian hari.”
“Kau akan tertekan bilamana kau hadapi sesuatu yang diluar jangka
dalam masa-masa yang mendatang.”
“Kau akan kecewa akhirnya,” bertubi-tubi penjelasan dari pihak
si suami.
Nur Aisya setia menatap bola mata milik suaminya itu.
“Aku tak mahu kau hadapi keperitan tu.”
“Tolonglah faham,” sambung Tengku Faiq dengan penuh harapan.
Nur Aisya menunduk. Matanya mula berair. Tersentuh dengan
rangkap-rangkap ayat yang terlontar dari kerongkong teman hidupnya itu.
“Tiada istilah ‘wajib berkorban’ untuk mengecapi sebarang
kebahagiaan. Ianya adalah anugerah terindah dariNya buat setiap insan. Cuma
masanya, kita tak dapat menduga bila. Jika tidak hari ini, mungkin jua esok
atau lusa.”
No comments:
Post a Comment