Tergerak hatinya untuk menahan dia dari pergi..
“Maaf. Phia minta diri sekejap,” ucap Sofea sebelum berdiri dan mohon berlalu pergi. Malu. Dia malu sekali. Adakah benar dia punca pertelingkahan antara kedua-dua anak muda itu.
“Maaf. Phia minta diri sekejap,” ucap Sofea sebelum berdiri dan mohon berlalu pergi. Malu. Dia malu sekali. Adakah benar dia punca pertelingkahan antara kedua-dua anak muda itu.
“Fe..”
Danial bersuara, seolah-olah bisa membaca apa yang tersirat pada hati kecil isterinya
itu. Tangan kananya kelihatan pantas menyauk lengan kiri Sofea. Tersedar, mungkin
gadis itu tersinggung.
“Sekejap
ajer,” luah Sofea dengan lenggok tubuh yang begitu lembut.
Danial
mengangguk. Membenarkan isterinya pergi buat seketika.
“Jaga sikit
mulut you, boleh?” soal Danial keras memandang Dalina sebaik sahaja Sofea berlalu.
“Mulut I,
suka hati I lah. Yang you sibuk sebab apa?” balas Dalina menegas.
“Sebab dia
isteri I,” segera dari mulut Danial sambil berkerut masam.
Ehh.. Apa ni? Gila ker apa? Dengus Sofea dalam hati.
“Wait!
Wait! Fe..” panggil Danial.
Sofea tak
mengendahkan panggilan suaminya.
“Kalau
bertentang mata asyik nak bertekak ajer, baik tak payah,” bebel Sofea.
“Sayanggg!”
lembut lemak-lemak merdu panggilan yang dilontarkan oleh Danial.
Panggilan
itu berjaya mengunci langkah Sofea. Bergetar tubuhnya.
Tak mungkin
aku bermimpi agaknya. Mana mungkin, bisiknya lagi.
“I’m so
sorry, Sayang. Janganlah
macam ni. I gurau jer tadi,” rayu Danial yang berdiri dibelakang Sofea.
Sepasang tangannya mula melingkari pinggang Sofea. Sejuk kaki tangan Sofea.
dekat novelmelayukreatif x ada pun bab 10,11.
ReplyDeleteheheh.. Baby Mio, bab 10 & 11 lom diupdet lagi kat sana... Insya Allah- sikit lagi adalah kat sana nanti... Jumpa disana yer..
ReplyDeletesalam..boleh hubungi saya..redskat7@gmail.com
ReplyDeletesalam.. BimBo77...
ReplyDeleteIya.. Insya-Allah saya ada jer di FB Iman Afrina. Boleh jumpa kat sana jer..