I'll never let you go...
DATIN FARIDA sibuk menyiapkan persediaan untuk majlis
pertunangan anak lelakinya. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan dan
pandangan dari Engku Najehah. Akhir-akhir ini Engku Nejehah lebih banyak berdiam
diri dari lantang bersuara seperti sebelumnya. Dia juga banyak menghabiskan
masanya di dalam bilik. Mungkin dia sendiri tidak selesa dengan tindakan anak
perempuannya itu. Malah dia juga tidak beberapa selesa melihatkan anaknya sibuk
menguruskan majlis yang bakal berlangsung pada hujung minggu nanti.
Manakala Nur Aisya pula
sering kelihatan di dapur bersama-sama Saerah. Pada kebiasaannya dia banyak
menghabiskan waktu-waktunya di pondok belakang banglo sekiranya berada di
Teratak Najehah. Sesekali dia membawa
diri pulang ke Villa Najehah berseorangan. Perlahan-lahan dia cuba menjarakkan
dirinya daripada Tengku Faiq. Namun begitu, Tengku Faiq sendiri tidak banyak
bersuara sejak akhir-akhir ini.
Memandangkan hari ini adalah
hari minggu, Nur Aisya telah ada di
dapur pada awal-awal pagi lagi. Bukan untuk menyediakan juadah pagi, tetapi dia
menghabiskan masanya untuk menjadi pemerhati. Sedang dia asyik melayan hati di
dapur, terlintas di fikirannya akan idea untuk membakar kek buat minum petang
nanti. Dia bingkas bangkit dari kerusi lalu mula menyelongkar isi perut kabinet
dapur. Barang-barang yang diperlukan untuk projek membakar kek petang nanti
terus diperiksa satu persatu. Jika semua bahan-bahan yang diperlukan ada dalam
simpanan, bolehlah diteruskan projek tersebut lepas makan tengahari nanti.
Hasil dari cariannya, cuma pewarna makanan berwarna merah dan juga cuka masih
belum ditemukan.
“Erah, pewarna merah ada
lagi tak?” tanya Nur Aisya.
“Ehh… Ada lagi rasanya. Tak
ada ker kat situ? Cuba awak cari betul-betul,” tanya Saerah pula.
“Ohh…
Ada yer. Manalah pula duduknya ni. Macam tak ada jer,” kata Nur Aisya. “Ermm.. Cuka?”
soal Nur Aisya lagi.
“Kalau dah tak jumpa tu, dah
habislah agaknya. Tapi cuka memang ada lagi. Cuba tanya pada Mak Nah. Nak buat
projek apa pula hari ni?” Saerah bertanya lagi.
“Projek baru. Tapi kalau tak
cukup bahan, terpaksalah Aisya batalkan projek ni,” jelas Nur Aisya.
“Ermm.. Jikalau pewarna
merah tak ada kat kabinet tu, cuba Aisya periksa kat stor. Mana tahu ada lagi
stok kat situ. Mak Nah pun selalu simpan cuka kat sana.”
“Ni pasti kek lagi. Tapi kek apa pakai cuka
segala ni,” sambung Saerah pelik.
“Adalah. Tungguuuu…” jawab
Nur Aisya tertawa. Ternganga Saerah dibuatnya.
“Kenapa, Erah?” soal Nur
Aisya kemudiannya.
“Hish! awak ni. Dalam masa-masa
macam ni pun awak boleh lagi gelak-gelak. Pelik pula kita tengok tau,” terang
Saerah sambil tergaru-garu kepalanya yang tak gatal pun.
“Orang selalu bercakap yang dunia
ni hanyalah pinjaman semata-mata. Jika dah sampai waktunya, kenalah kita redha
apabila sesuatu itu dipulangkan kembali kepada yang lebih berhak,” ujar Nur
Aisya sambil berseloroh.
“Memanglah segala-galanya
pinjaman, awak. Tetapi bukan pada pernikahan. Takkanlah pernikahan kita juga
tergolong dalam pinjaman juga. Biar betul awak ni,” kata Saerah.
Nur Aisya terus tersenyum.
“Kalau macam Mak Nah dengan
Pak Ali tuh tidaklah. Tapi kalau dah macam kami ni, memang pinjamanlah
semata-mata,” balas Nur Aisya tertawa kecil. Sayu pula bunyinya.
“Hish! Ada ke patut awak cakap
macam tu,” bidas Saerah.
Sedang Saerah
terpinga-pinga, Mak Nah pun muncul. Perdebatan mereka pun berakhir di situ
sahaja. Masing-masing saling berpandangan sesama sendiri.
“Aik! Apasal semua orang
pandang Mak Nah macam orang nampak hantu aje ni?” tanya Mak Nah kehairanan.
“Tak ada apa-apa,” mereka
menjawab serentak.
“Ohh! Ni mesti mengumpat Mak
Nah yer,” teka Mak Nah sambil menyinggahkan pandangannya pada wajah Nur Aisya
dan Saerah.
“Tak adalah Mak Nah. Mana
ada mengumpat, memuji lagi adalah,” balas Nur Aisya mengenyit mata.
“Boleh percaya ker ni?”
tanya Mak Nah.
“Boleh! Seratus peratus
boleh,” jawab Saerah.
“Oh yer, Aisya. Mak Engku
nak jumpa dengan Aisya sekarang. Dia tunggu kat bilik.”
“Yer ker, Mak Nah. Kalau
macam tu, Aisya naik dululah yer,” jawab Nur Aisya.
“Awak, lepas ni kita sambung
ye. Aisya naik sekejap aje,” pesan Nur Aisya kepada Saerah dan kemudiannya melangkah
pergi.
Pintu bilik Engku Najehah
diketuk perlahan. Nur Aisya pun masuk lalu daun pintu tersebut kembali tertutup
rapat. Salam diberi. Dari jauh kedengaran Engku Najehah menjawabnya.
“Nenda
nak jumpa dengan Aisya?” soal Nur Aisya sambil mengambil duduk di sisi wanita
tua itu.
“Ermm..”
jawab Engku Najehah sepatah.
Keadaan menjadi sunyi
seketika. Tiada seorang pun yang bisa memulakan kata-kata. Nur Aisya mula
tertanya-tanya.
Beberapa
ketika kemudiannya Engku Najehah menyapa, “Aisya sihat?” “Alhamdulillah. Sihat. Cuma selesema jer sikit. Nenda pula
bagaimana?” balas Nur Aisya sopan.
“Alhamdulillah.”
Tangan
Engku Najehah merayap di atas pergelangan tangan Nur Aisya.
“Boleh Nenda ambil masa
Aisya sedikit? Ada perkara yang nenda hendak Nenda bincangkan.”
“Boleh Nenda. Tak ada
salahnya.”
“Nenda ada dengar berita
tentang Aisya daripada Mama. Nenda nak dengar sendiri daripada mulut Aisya. Apa
betul Aisya benar-benar ikhlas mengizinkan Faiq bernikah lagi?” terang Engku
Najehah.
Fuh!
Sentap punya soalan. Macammanalah aku nak jawab ni, kata Nur Aisya perlahan.
Mindanya mula bermain-main dengan kata-kata. Apakah yang harus dia perjelaskan
di sini. Adakah harus dia perjelaskan rasa serba salah yang selalu bersarang
dimindanya. Terkelip-kelip matanya cuba menyusun kata-kata.
“Benar,
Nenda. Sungguh seperti mana yang Mama ceritakan pada Nenda tu,” jawab Nur Aisya
terkebil-kebil.
“Nur
Aisya! Berterus teranglah. Tak perlu malu-malu, Sayang. Juga tak perlu takut.
Aisya terus terang saja dengan Nenda. Jika Aisya tak setuju, katakan tak
setuju,” terang Engku Najehah.
“Sungguh
Nenda. Memang Aisya izinkan,” jelas Nur Aisya perlahan.
“Kalau
begitu keputusan Aisya, Nenda tak boleh nak bantah. Tapi Nenda nak Aisya tahu
sesuatu. Walau apa pun terjadi, Aisya tetap ada hak ke atas diri Faiq. Dia
tetap suami Aisya. Dalam apa jua keadaan, Aisya tak boleh mengalah. Aisya berhak
pertahankan rumahtangga Aisya dan juga hak Aisya sebagai salah seorang isteri.
Ingat tu,” pesan Engku Najehah.
“Aisya
janji dengan Nenda yer,” sambung Engku Najehah lagi.
“In
shaa Allah,” jawab Nur Aisya sepatah.
“Ermm...
Nenda ingin tahu sesuatu. Harap Aisya jawab dengan jujur,” kata Engku Najehah.
“Apa
dia nenda?”
“Aisya
tak pernah sayang Faiq ker?” sayu
renungan Engku Najehah ketika mengutarakan soalan tersebut.
Bergetar-getar
bibir Nur Aisya untu menjawab soalan tersebut. Airmatanya deras mengalir.
Melihatkan deraian air mata itu, Engku Najehah sepertinya dapat membaca akan
jawapan yang sepatutnya terucap daripada bibir anak muda itu. Rebah tubuh kurus
itu dibahunya. Tersesak-esak menahan sedih. Belakang tubuh yang
terhenjut-henjut itu lantas diusap perlahan-lahan.
“Sabar,
Sayang. Nenda tahu, Aisya mampu hadapinya,” pujuk Engku Najehah.
“Assalamualaikum,” ucap
Tengku Faiq yang yang menjengah di kuka pintu. Kebetulan, dia muncul diantara perbualan
Engku Najehah dan Nur Aisya. Wajah cerianya berubah muram bilamana
terpandangkan keadaan isterinya.
Cepat-cepat Nur Aisya
menyeka airmatanya. Sebuah senyuman segera dilemparkan.
“Masuk, Faiq. Duduk sini,”
ajak Engku Najehah.
Tengku Faiq berjalan
menghampiri isterinya yang duduk di sisi nendanya. Senyuman Aisya dibalas.
Aisya menghinsut ke tepi, memberi ruang kepada suaminya.
“Wah! Ada persidangan apa
ni?” soal Tengku Faiq memulakan bicara.
“Tak
ada apa-apa. Nenda saja berbual-bual dengan Aisya. Susah betul nak jumpa dia
akhir-akhir ni,” jelas Engku Najehah.
“Orang sibuk, Nenda. Komited
dengan novel-novelnya. Memang susah nak jumpa. Memerap aje,” tambah Tengku Faiq
ceria walau dihatinya berkata-kata.
“Dia komited dengan novel.
Kamu? Komited dengan apa? Susah benar nak berjumpa dengan nenda. Dating dengan bakal isteri baru?” perli
Engku Najehah selamba.
Berdesing telinga Tengku
Faiq bila disindir oleh Engku Najehah sedemikian rupa. Terasa ingin sahaja dia
meninggalkan wanita tua di hadapannya itu sesegera yang boleh. Nur Aisya masih
terus membisu. Tak berani nak bersuara. Namun begitu, tangan kiri Tengku Faiq digenggam
erat bilamana terlihatkan riak wajah suaminya yang mula berubah tatkala diperli
oleh Engku Najeheh. Tengku Faiq memandang Nur Aisya sekilas.
“Kamu marah pada Nenda?”
soal Engku Najehah kepada cucunya.
“Tak adalah Nenda,” jawab
Tengku Faiq malas-malas.
“Habis, mengapa tarik muka. Tak
benarkah apa yang Nenda katakan tadi tu?” persoal Engku Najehah lagi.
“Tapi nak buat macammana. Kamu
berdua dah besar panjang. Pandai berfikir sendiri. Bijak memutuskan keputusan
sendiri. Nenda ni orang tua, buat apa nak masuk campur hal-hal orang muda,” jelas
Engku Najehah lagi.
“Tapi kami tak maksudkan
begitu, Nenda,” balas Nur Aisya lembut.
“Memang kamu tak maksudkan
begitu. Itu Nenda faham. Kamu berdua terpelajar orangnya, buatlah keputusan
masing-masing. Kalau keputusan itulah yang kamu berdua rasakan terbaik,
silakan. Nenda tak akan masuk campur lagi akan hal-hal rumahtangga kalian.
Iyalah, Nenda ni kolot. Nenda minta maaf banyak-banyak sebab dah porak
perandakan masa depan kamu berdua. Nenda ingat Nenda boleh lihat kamu berdua
hidup bahagia seperti orang lain, tapi Nenda salah. Nenda doakan kamu berdua bahagia
dengan keputusan yang kamu ambil ni,” bebel Engku Najehah memandang terus ke
arah cucunya.
“Nenda salah faham ni. Faiq…”
celah Tengku Faiq dalam pada cuba untuk membela diri. Nur Aisya cuba
menenangkan suaminya. Tangannya yang mendarat di atas peha kiri suaminya
berjaya mematahkan niat Tengku Faiq dari terus bersuara. Malahan tanganya pula
digenggam erat oleh si suami.
Thank you, Sayang. Hanya
Sayang seorang yang memahami jiwa Abang, bisiknya dalam hati.
“Faiq… Walau kamu dah ada
keluarga baru nanti, Aisya masih lagi dibawah tanggungjawab kamu selagi dia
masih bergelar isteri kamu. Jangan sekali-kali abaikan dia. Pandai-pandailah
kamu bahagi-bahagikan masa kamu untuk kedua-duanya.”
Bergenang kembali airmata
Nur Aisya. Saya hatinya apabila mendengarkan nasihat itu.
“Aisya.. Jangan pernah
lupakan janji kamu pada Nenda tadi,” Engku Najehah mengingatkan cucu menantunya.
Rasa kecewa yang teramat
dapat dilihat pada raut wajah wanita tua berkenaan. Tapi apakah daya, yang
punya diri juga merelakan. Dia harus hormati keputusan yang dibuat oleh isteri
cucunya itu walau dihatinya sendiri tidaklah merestui.
Nur Aisya dan Tengku Faiq
beriringan keluar meninggalkan bilik Engku Najehah.
“Macammana Aisya boleh ada
dalam bilik Nenda?” bisik Tengku Faiq kepada isterinya.
“Nenda yang panggil Aisya,” jawab Nur Aisya perlahan.
“Nenda tanya apa?”
“Ermm.. Tak ada apa-apa. Kami
hanya berbual-bual kosong jer. Nenda cuma mahukan kepastian dari Aisya
sendiri. Itu aje,” balas Nur Aisya
jujur.
“Ermm... Nenda nak jumpa
awak juga?” soal Nur Aisya.
“Tak. Kebetulan I memang nak
berjumpa dengan Nenda. Dah lama tak sembang-sembang. Tapi tak sangka pula nak
kena tembak dengan peluru berpandu macam tadi,” terang Tengku Faiq.
“Itulah, awak masuk salah
waktu. Padan muka,” tegur Nur Aisya terkekeh-kekeh.
Pinggang ramping Nur Aisya terus dirangkul oleh Tengku Faiq.
“Ni mesti ada apa-apa kan?”
duga Nur Aisya malu-malu. Merah mukanya. Telunjuknya tegak disua ke arah si
suami.
“Buatkan I kopi panas
boleh?”
“Hah... Aisya dah agak dah
pun.”
“Lepas tu, temankan I kat
bilik. Stress. I perlukan you di sisi I sekarang.”
“Awak pergi mandi dulu.
Sekejap lagi Aisya hantarkan ke bilik ye,” pinta Nur Aisya untuk ke dapur.
“Thank you, Sayang,” melekat
sekuntum kucupan di pipi kanan Nur Aisya.
“Awak! Malulah kalau ada
yang nampak,” bisik Nur Aisya perlahan.
“Biarlah. You isteri I..”
balas Tengku Faiq sebelum beredar ke kamar. Bersiul-siul kedengarannya.
“Macam-macamlah awak ni,”
rungut Nur Aisya bahagia.
Dari ruangan makan, mereka beralih pula ke ruang tamu. Jasmeen
mengambil duduk di sisi Tengku Faiq. Mereka asyik berbual tentang persiapan hari
yang penuh bermakna buat mereka berdua nanti.
Hiasan dulang hantaran bagi kedua-dua belah pihak telah siap diupah di
butik pengantin. Majlis pertunangan tersebut bakal diadakan di rumah keluarga
Jasmeen sendiri. Maka segala urusan berkaitan jamuan dan persiapan majlis nanti
merupakan hasil kerjasama antara Puan Sri Latifah sendiri dan perancang majlis.
Nur Aisya muncul di ruang
berkenaan dengan sekuntum senyuman yang dilemparkan buat kedua-duanya. Jus oren
dituang ke dalam gelas-gelas berkaki lalu disuakan buat Tengku Faiq serta tetamunya
itu. Setengah jam yang lalu, mereka telah dijamu dengan menu laksa Johor yang
menjadi kegemaran Tengku Faiq.
“Jemputlah Cik Jasmeen.
Tengku,” pelawa Nur Aisya perlahan.
Tengku Faiq tak berkelip memerhati
tingkah laku isterinya itu. Sedikit pun tidak terlakar akan riak kecewa pada
raut wajah wanita itu malah sebaliknya dia terus menguntum senyum buat
kedua-duanya.
“Thanks...” balas Jasmeen.
“Oh ya, saya nak jemput Nur
Aisya datang ke majlis kami nanti. Jangan tak datang ye,” ajak Jasmeen.
“In shaa Allah,” ucap Nur
Aisya.
Tengku Faiq terus membisu.
Sesekali kelibat isterinya dilirik melalui ekor mata. Tak berkalih-kalih.
Mujurlah tak disedari oleh Jasmeen.
“Janji. Jangan tak datang,” pujuk
Jasmeen lagi.
“Kalau tak ada aral
melintang, saya pasti sampai di rumah keluarga Cik Jasmeen,” jawab Nur Aisya
lembut.
“Faiq, kalau dia tak datang
apa kita nak buat?” soal Jasmeen kepada bakal tunangnya. Lengan Tengku Faiq
dikuis.
Tengku Faiq hanya tersenyum.
Wajah Nur Aisya terus-terusan direnung tetapi tidak secara curi kali ini.
“Apa kata kita potong gaji dia
sebagai denda!” seloroh Jasmeen lalu tertawa. Bergemar ke seluruh ruangan
tersebut.
“Takkanlah sampai nak potong
gaji saya, kot. Kalau begitu, terpaksalah saya hadir juga,” jawab Nur Aisya
memandang sekilas wajah suaminya.
“Mestilah. You dah engkar
perintah majikan. Orang yang engkar haruslah diberi denda,” terang Jasmeen.
“In shaa Allah. Jika ada kesempatan, saya pasti akan hadir. Cuma
saya tak berani nak janji. Jemputlah jamah hidangan ni, Cik Jasmeen,” pelawa
Nur Aisya sekali lagi.
“Silakan Tengku.”
“Wow! Red velvet cake,” kata Jasmeen.
“Aisya!” laung Jasmeen.
Nur Aisya yang sedang
melangkah meninggalkan ruangan tersebut pun berhenti. Dia berpaling memandang ke
arah Jasmeen yang riang di sisi bakal tunangannya.
“Saya mahu blueberry cheees cake sebagai hadiah
pertunangan saya, boleh? Dan tolong rekakan kek perkahwinan kami nanti,” pinta
Jasmeen menyengih.
Nur Aisya kembali merapat ke
arah kedua-duanya.
“Saya ni bukannya
profesional, Cik Jasmeen. In shaa Allah, jika kesihatan saya mengizinkan,”
jawab Nur Aisya tersenyum tawar.
Tengku Faiq menggiringi
pemergian isterinya dengan lirikan pada hujung mata. Sempat pula dia mengenyit mata
kepada isterinya. Tergamam Nur Aisya seketika.
“You, bertuahlah kepada
sesiapa yang menjadi suami kepada maid you tu kan? Hari-hari boleh makan kek
sedap-sedap macam ni,” kata Jasmeen sinis.
“Correction, Jasmeen. She’s
not my maid,” bidas Tengku Faiq tegas.
“Garangnya,” luah Jasmeen
sedikit kecewa. Boleh pula bakal tunangnya itu membela status Nur Aisya.
“I bukannya marah. Tapi itulah
kenyataannya. Dia bukan seperti yang awak katakan sebentar tadi.”
“Okaylah. Sorry. Habis, dia
tu siapa? Maid keluarga you?”
Tiada jawapan.
“Never
mind. Who ever she is, she look too special to your family. And back to the
question just now..” luah Jasmeen beriya-iya.
“Bertuah?” soal Tengku Faiq.
“Yes please,” balas Jasmeen
yang benar-benar ingin tahu akan komen si kacak.
“Bagi seorang hantu pastri dan
kek macam you ni, memanglah boleh dikatakan bertuah dapat Nur Aisya. Tapi
sebaliknya jika orang tuh jenis macam I ni. You buatkanlah I kek sebesar rumah
pun, ia tak akan memberi apa-apa impact kepada I,” jelas Tengku Faiq tertawa.
“You memang. Tak ada jiwa,” balas
Jasmeen lantas mencebik.
“Walau tak ada jiwa pun,
berderet yang menanti I tau. Tinggal I saja malas nak layan,” balas Tengku Faiq
dengan egonya.
“Amboi riaknya,” bidas
Jasmeen lagi.
“Nak riak tu, tak adalah.
Tapi memang adalah orang yang sanggup bertahun-tahun menagih cinta I ni,” kata
Tengku Faiq seraya menyindir secara lembut.
“You! Mengata I lah tu kan.
Perasan. You ingat, you lelaki terbaik dalam seluruh Penang ni ke?” kata
Jasmeen lagi.
“I taklah kata diseluruh
Penang ni, tapi mungkin seantero dunia pun jelas tentang hal itu,” tambah Tengku Faiq lagi. Berdekah-dekah
tawanya.
“Ehh… Hello. Dunia, konon.
Aisya yang ada dalam rumah ni pun tak tertarik langsung pada you. Ada hati nak
pergi jauh, seantero dunialah sangat,” kata Jasmeen mencebik lagi.
“Ehh... Bagaimana you pasti
yang dia memang tak ada hati dekat I?” balas Tengku Faiq.
“Dah jelas pun kan. Walau
hari-hari you tercongok depan mata dia, sikit pun dia tak tergoda. Jeling you
pun tidak. Tengok tadi. Selalunya mana-mana perempuan yang terpandangkan you
walaupun sekilas, pasti naik sasau mereka dibuatnya. Orang segaklah katakan.
Ada duit. Ada semua. Perempuan mana yang tak nak dekat,” ujar Jasmeen. Tertawa.
“Mana tau kalau-kalau dia
malu nak mengaku depan I. Entah-entah setiap hari dia termimpi-mimpikan I,” bidasTengku
Faiq yang juga turut sama tertawa.
“Perasan. Mana you tau?”
“I taulah. I dah nujum hati
dia,” usik Tengku Faiq lagi. Sengaja nak menyakat Jasmeen. Biar sampai gadis
itu melenting.
“Atauuu..” Jasmeen mula menduga-duga.
“I lelaki, Meen. I ada hak untuk
berdua. Bertiga. Ermm.. juga..” jari-jarinya menujukkan bilangan empat.
Belum pun sempat habis ayat
si Tengku Faiq, Jasmeen pantas mencelah, “Malaslah nak layan. Dah nak bertunang
pun masih nak buat perangai miang lagi.”
Tengku Faiq
tersengih-sengih. Jikalau Jasmeen yang merajuk, dia peduli apa. Dia masih bisa tertawa
gembira. Cuba tengok jika Nur Aisya yang baru didekatinya itu yang merajuk, mau
tunggang terbalik dunia ini jadinya. Lebih-lebih lagi bila melihat mulut Nur
Aisya yang muncung bagai itik serati tu. Bagaikan nak dikucup-kucup sampai
hilang rajuk wanita itu.
Nantilah perempuan tu.
Pandai betul dia berlakon yer. Tunggu malam ni. Taulah nasibmu Nur Aisya, Tengku
Faiq berbicara dalam hati. Dia menyengih lagi.
Ikuti kisah selanjutnya,

Dah takder sambungan ker cik writer. Best citer ni.
ReplyDeleteMaaf saudari Hasra dan sahabat pembaca sekalian.. Sambungannya telah lengkap dan tamat. Cuma tak dimasukkan keseluruhannya di sini..
DeleteBoleh sy th sambungan nya dekat mana
Deletemana lanjutan ceritanye, udah 4 bulan ne kutunggu-tunggu. pengen tahu lanjutan dan akhirnya. ingin banget melihat reaksi tengku dan apa pendapat mamanya. please berikan lanjutannya. aku ingin melihat kebahagiaan yang akhirnya menemui aisya. karna orang sabar akan mendapatkan kebahagiaan sebagai balasannya.
ReplyDeleteUdah dapat ya mbak full episode nya..kl udah tolong di share dong mbak..thank you..
DeleteBest sangat la...cerita nie...tp knp hanya ssmpe 30 ja..kelanjutanya....
ReplyDeleteMane sambungan cerita nie..best sgat
ReplyDeleteMna nk dapat buku ini
ReplyDeletesalam, nak cerita sudah dibukukan ke
ReplyDelete