“Papa bagi amaran kepada, Dan. Sekiranya sekali lagi perkara macam ni
berlaku, Papa tak akan teragak-agak untuk kahwinkan kamu berdua.”
“But we’re not doing anything
wrong Papa,” balas
Danial pantas membela diri.
“Tak salah
kata kamu? Yang tinggal berdua-duan dalam rumah ni tak salah?” soal Tan Sri
Khaleq merenung tajam pada wajah anak terunanya itu.
“Dia dekat bilik dia, Dan dalam
bilik Dan. Apa yang salahnya Papa?”
soal Danial lagi.
“Tapi kamu masih berdua-duaan! Di
tempat tertutup, yang boleh menimbulkan curiga di hati sesiapa.”
Apakah sebenarnya yang telah berlaku diantara Danial dan Sofea?
Adakah ini bermakna bahawa
"KONFLIK"
antara mereka akan bermula?
Encik Keliru dan Cik Dilema pun mula menonjolkan diri masing-masing dicelah-celah kekusutan yang ada ....
No comments:
Post a Comment