Opps! Sorry.. Saya tak sengaja.. Maafkan saya..
“Tak adalah. Mulut tu agak-agaklah sikit kalau
nak bercakap. Dia tu yang gedik, tuduh orang apahal,” terang Azira sedikit
tenang.
Gadis tersebut kembali
melenting. Matanya dibuntangkan ke arah Azira.
“Mulut kau tu jaga
sikit ye. Kau dengan kawan kau tu sama je,” kata gadis tersebut mencebik.
“Hey! Apa ni? Sayang?”
tiba-tiba seorang lelaki mencelah, ditangannya sarat menjinjing beg kertas.
“Perempuan ni lah.
Langgar I, sakit tau. Buta agaknya,” terang Suzi manja.
“Sikit jer kan,” balas
lelaki tadi.
“Err.. maaf ye Cikkk…”
lelaki itu hilang kata-katanya sebaik sahaja memalingkan badannya menghadap si
gadis yang tercegat berdiri dibelakangnya.
Bau haruman yang
semerbak mewangi ketika itu seolah-oleh amat dikenali oleh Nur Aisya. Matanya
dipejam. Membatu. Bibirnya dikumam. Mulutnya terkunci. Perlahan-lahan dia
membuka mata. Suaminya, Tengku Faiq ada di depan mata. Air liur diteguk
perlahan.
“Nur Aisya..” celah
Azira perlahan sambil memandang ke arah Nur Aisya. Serba salah pun ada.
Tiga pasang mata pun
bertembung. Sepi. Suzi semakin geram. Hatinya terbakar bila mana terlihatkan
situasi tersebut.
Gugup bila bertentang mata, lidah pun kelu nak berbicara.
Namun kau tetap tenang bila bersemuka..
Aku tau Hang sorokkan sesuatu, Cha. Hang jangan nak berlakon depan aku, bisik Azira dalam hati.
Wajah lesu Nur Aisya direnung dalam diam.
Gugup bila bertentang mata, lidah pun kelu nak berbicara.
Namun kau tetap tenang bila bersemuka..
Aku tau Hang sorokkan sesuatu, Cha. Hang jangan nak berlakon depan aku, bisik Azira dalam hati.
Wajah lesu Nur Aisya direnung dalam diam.
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment