Tuesday 23 August 2016

Salam Rindu...

Assalamualaikum Semua..

Setelah lama menyepi, baru hari ini aku dapat meluangkan sedikit masa untuk laman ini.

Ke mana aku menghilang? 
Aku tak ke mana-mana. Aku masih di sini. 
Cuma batas-batas kesihatan membuatkan aku dicemburui waktu. 

Februari 2016,
 Dia menganugerahi kami akan satu berita yang amat mengembirakan seisi keluarga. 
Bermula dengan itu, kesihatanku mula sedikit terganggu. 
Rutin harianku total berubah. 
Emosiku sukar dijangka. 
Sekejap tip top. Sekejap down. 
Bukan saja2, malah aku terus cuba untuk melawannya.
Bak kata putera puteriku,
"Ummi dah tak macam dulu.."

Tapi..
Orang yang paling terkesan pada ketika itu adalah Yang Tersayang.
Banyak tanggungjawabku diambil alih olehnya.
Cekal.. Tabah.. Begitulah dia.
Terima Kasih yang tak terhingga buatnya..
Semoga ikatan kita terus kekal bahagia sehingga ke Jannah hendaknya..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah..
Menjelang Ramadhan dan Syawal, semuanya kian berubah..
Walaupun tak berubah sepenuhnya, tapi syukur kepadaNya.. 
Bonda yang dulu kian kembali..

Menjelang akhir Syawal...
Yang Tersayang membisikkan sesuatu..
MUHAMMAD IZZ HARRAZ
 menjadi nama pilihannya buat bakal putera ayahanda..
Tanpa bantahan, aku terus terima..

Bila waktunya semakin tiba, putera puteriku semakin teruja.
Tak sabar menantikan kehadiran adinda mereka.
Segala persiapan, telah pun bermula.
Ada sahaja yang difikirkan buat si comel manja.

Pada tanggal 6 Ogos emosiku mula sedikit terganggu..
Hatiku mula meraba-raba. Tak senang duduk aku dibuatnya.
Resah dihati lantas diadu pada Yang Tersayang.
Namun, pesannya itu hanya permainan jiwa.
Jangan sekali memikirkan yang bukan2..

Putera kecil yang sentiasa mendampingiku sepi tanpa isyarat manja.
Hatiku semakin resah gelisah.
Dan pada tanggal itu, doktor pakar mengesahkan berita..
Tumpahlah airmata Bonda..
Resah hatiku memang nyata..
Mimpiku bukan hanya mainan tidur semata-mata..

Tumpahnya airmata Ayahanda..
Tersedu sedan setelah mendengarkan berita
Hatiku semakin sayu
Perginya seorang putera Ayah Bonda..
Gugurnya airmata kekanda2mu
Sebak jiwa meronta..


Lahirmu pada tanggal 14 Ogos 2016

In Sha Allah.. 

Kami redha dengan ketentuanNya..
Wajahmu kutatap mesra..
Tidurlah wahai Anak Syurga Ayah Bonda..
Moga2 rohmu dihimpunkan bersama di taman2 syurga..
Kau akan tetap dihati Ayah Bonda..
Jua tetap dihati kekanda2mu..

~Al Fatihah~



  


2 comments: