Memori Encik Kodok
Sejuk.
Lembik. Hatinya mula resah. Bulu romanya naik ditengkuk. Perlahan-lahan dia
menoleh. Sofea terpekik ketakutan.
Danial
yang baru sahaja tiba dari lorong kanan turut terkejut.
“Siapa
pula yang menjerit pagi-pagi ni?” dia berhenti berlari. Tetapi langkahnya
kembali diatur laju seperti seorang pelumba jalan kaki.
Nun
di bawah pondok kayu, Sofea masih terjerit-jerit ketakutan sambil memeluk tiang
kayu milik pondok berkenaan. Tubuhnya menggigil-gigil.
Pantai Bagan Lalang
“Dia
tahu pasal arwah?”
Danial
mengeleng.
“Aku
tak fikir dia perlu tahu,” balas Danial. Tegas bunyinya.
“Dia
Sofea, Dan. Bukannya arwah Safiyya. Aku harap-harap kau tak keliru.”
“Entahlah.
Kadang-kadang aku merasa terlalu dekat dengan arwah bila bersama dengan dia.
Aku tak nafikan bahawa wujud perasaan rindu aku pada arwah. Dia mampu hilangkan
rasa rindu aku tu. Itu yang membuatkan aku rasa takut nak berjauhan dengan dia
ni. Memang aku perlukan dia untuk itu,” luah Danial lagi.
“Jangan
macam tu, Bro. Tak adil bagi Sofea. Mereka bagaikan serupa. Tapi Sofea tetap
takkan sama dengan Safiyya. Mereka tu dua insan yang sememangnya berbeza. Kau
perlu lebih realistik. Fiyy dah lama tinggalkan kita semua.”
Danial
menyepi. Ombak yang menghempas pantai terus direnung. Pandangannya seolah-olah
dah terapung di tengah lautan.
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment