Suka-suka hati dia nak tarik rambut orang..
Mari sini orang tarik pulak rambut awak tu pula. Kita tengok, sakit ker tidak..
“Kau siapa nak tengking aku?” soal Danial tercabar.
Rambut Sofea digenggam kasar. Cepat-cepat Sofea menekap kepalanya yang mula terasa
perit. Bibirnya dikumam. Dahi dan dagunya serentak berkerut.
“Pantang datuk nenek aku jikalau ada orang perempuan yang
kurang ajar dengan aku tau?” pesan Danial menyinga.
Sofea meronta. Tapi ternyata kudratnya tak mampu untuk
melawan.
“Melawan?” tarikan itu lebih kuat berbanding sebelumnya.
“Lepaslah. Sakit, tau tak,” rayu Sofea. Bergenang.
“Orang rela matilah dari hidup bersama lelaki macam awak
ni,” tambah Sofea geram lalu pandangan mereka saling bertaut beberapa ketika.
Sakit, tak sakit..
Bergenang jugaklah air mata dia..
Selisih faham pun belum reda, datang pulak segala macam syarat.
Ini suka ker tak suka sebenarnya ni?
“Okeylah. Kalau Dan tak boleh ikut esok, Fe pun tak boleh pergi
jugaklah,” pernyataan selamba dari Danial menyusup masuk ke corong telinga
Mamanya.
Fe mana pulak ni? Aku ker? Soal
Sofea dalam hati.
Kemudian Danial
berpaling pula ke arah Sofea, “You.. Kalau suami tak izinkan, jangan
gatal-gatal nak ikut pulak tau.
Tahu apa hukumnya?”.
Bulat mata Sofea memandang wajah Danial yang selamba dalam ketegasannya.
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment