Wednesday 16 April 2014

Pedihnya Cinta: 24


Tengku Farida dengan 'Misi Menantu Pilihan'.. 

Camner ni? Dia main cabar-cabarlah pulak.
Apa aku nak buat ni?

“Kalau betul-betul kamu sayang dia, buktikan. Izinkan dia bahagia!” Datin Farida bercekak pinggang di muka pintu.
“Saya cabar kamu!” tambah Datin Farida mencebik.
Nur Aisya tersentak. Memang terasa dalam hati. Terasa bahawa ibu mertuanya itu benar-benar memaksudkan ayat yang baru diluahkan sebentar tadi. Dia merasakan bagai sengaja dihina sedemikian rupa. Mengalah? Tiada erti mengalah yang berani muncul dalam kamus hidupnya.
Cabar? Nak cabar aku? Silakan. Kita tengoklah pengakhirannya nanti. Sama ada Jasmeen yang dipuja-puja tu yang dijulang atau wanita itu bakal  tersungkur padanya. Dalam gementar dan gigil yang masih bersisa, Nur Aisya bangkit untuk bersuara.
“Datin!”
“Jangan risau. Aisya akan buat yang terbaik untuk Abang. Aisya akan tunaikan permintaan Datin suami isteri. Aisya akan janjikan kebahagiaan keturunan Datin.  Itu janji Aisya,” ikrar Nur Aisya kepada ibu mertuanya.

Baik juga Mr. Arrogant ni kan..
Agak-agaklahkan, mahu tak Tengku Faiq pujuk Nur Aisya macam ni?
Mestilah mahuu.. Sebab apa eaa? 
Sebab 'cinta' sudah berputik kot...

“Dua tiga hari jer pun, bukannya lama. Takkanlah rindu sangat kot?” ujar Tengku Faiq sambil tangannya menguis anak-anak rambut  pada dahi Nur Aisya.
“Saja jer kan,” pendek dari Nur Aisya.
“Dah orang merindu, takkan kita nak marah pulak? Bersyukur ajerlah kan, sebab ada orang yang sayang kita,” berbeban-beban Tengku Faiq melontar ayat mengusik.
Malu-malu Nur Aisya dibuatnya. Tersipu-sipu.
“Orang tu tinggalkan kita ni lagilah lama.”
Dua pasang mata pun bertaut.
“Dulu..” sambung Tengku Faiq perlahan tetapi tetap sampai pada pendengaran si isteri.
Terkebil-kebil Nur Aisya seketika.
“Dahlah. Faham..” ujar Si suami sebagai pengubat rasa serba salah yang cuba mencelah di hati Nur Aisya.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 25

Cikgu Ilham dan isterinya, Cikgu Maisarah berangkat ke tanah suci Makkah.

Kata-kata terakhir ayahnya sebelum berangkat pergi bagaikan terngiang-ngiang dia telinga.
“Jangan abaikan tanggungjawab Cha pada suami.”
“Cubalah menyayanginya dengan sepenuh dan seikhlas hati, nescaya kebahagian itu akan jadi milik Cha. Percayalah pesan ayah ni.”
Nur Aisya menyeka airmatanya dalam diam. Sorok-sorok tanpa disedari oleh yang ada. Benarkah masih ada sisa cintanya buat aku? Bagaimana dengan cintanya pada  Jasmeen?

Pertemuan di nurseri milik keluarga Encik Lutfi Lee, 
mengungkap hobi baru Nur Aisya irdina menjadi kenyataan..

“Mak mertua ada?” balas Nur Aisya dengan begitu yakin dan pasti. Bersemangat gitu.
“Apa dia Kak Long? Mak mertua?” anak muda tersebut menyoal kembali. Hairan.
“Iya, mak mertua,” penuh konfiden jawapan dari Nur Aisya.
“Kalau nak cari mak mertua, kenalah jadi isteri muda saya,” menyeringai anak muda tersebut dengan jawapannya.
Aduh! Malunya aku. Apa yang aku dah cakap ni? Salah faham pulak Mamat ni nanti, pekik Nur Aisya dalam hati.

Memujuk hati yang terusik.. Kad kecil di belek-belek.

“Kau akan faham suatu hari nanti. Kau akan faham bila tekanan tiba-tiba muncul dikemudian hari.”
“Kau akan tertekan bilamana kau hadapi sesuatu yang diluar jangka dalam masa-masa yang mendatang.”
“Kau akan kecewa akhirnya,” bertubi-tubi penjelasan dari pihak si suami.
Nur Aisya setia menatap bola mata milik suaminya itu.
“Aku tak mahu kau hadapi keperitan tu.”
“Tolonglah faham,” sambung Tengku Faiq dengan penuh harapan.
Nur Aisya menunduk. Matanya mula berair. Tersentuh dengan rangkap-rangkap ayat yang terlontar dari kerongkong teman hidupnya itu.
“Tiada istilah ‘wajib berkorban’ untuk mengecapi sebarang kebahagiaan. Ianya adalah anugerah terindah dariNya buat setiap insan. Cuma masanya, kita tak dapat menduga bila. Jika tidak hari ini, mungkin jua esok atau lusa.”


Ikuti kisah selanjutnya, 

Tuesday 15 April 2014

BUKAN DIA ...gadis pilihanku

Ermm... Pikcer  #1

Okeylah.. ini baru pikcer number 1. Nanti bubuh pikcer number 2 pula. 
Belum Decide nak pilih yang mana satu.
Sekali pandang, macam ada yang tak kena dengan pikcer #1 tu..
Ermm.. Tak apa. Nanti kita ubah yang lainlah...

Apa kata kita suruh Iris & Qalif Adib yang pilih..
Kompom Iris jawab, "I tak kisah.."
Tapi kalau kita dengar Qalif punya komen pulak, tentu dia jawab macam ni kan..
"Errr.. bukan pilihanku.." sambil mengurut-urut dagunya.

Wakakakakaka... apa-apalah labu..
Check it out!


Saturday 12 April 2014

Pedihnya Cinta: 23

Benarkah Syarifah Jasmeen mirip dia..

“Kalau ikutkan kata hati I, I pilih you ajer,” sekali lagi Tengku Faiq tertawa. Tak sengaja barangkali.
Aik! Berani nampak? Silap-silap terjolok sarang tebuan ni. Kalau tebuannya mengejar, siapa nak datang tolong? Ini cari penyakit namanya ni, Tengku Faiq oii! Bisik hati lelaki itu dalam diam.
“Really? Huh! Siapa sangka kan, rupa-rupanya you masih memerlukan I. Thank you, Darling,” mulalah angin gatal menggeletis Syarifah Jasmeen keluar disebalik persembunyiannya.
“Ehhh! Tak adalah. I bergurau jer tadi tu. Jangan you salah tafsir pulak,” cepat-cepat Tengku Faiq membidas. Tau pun takut.


Tak habis-habis menyakat si isteri. 
Matanya mula melirik kasut Aisya sambil tersenyum.
Ada plan ler tu..

“Kau marah lagi kat aku?” soal Tengku Faiq inginkan kepastian.
“Pernah ker?” berkerut dahi si isteri, dalam usaha menyakat hati suaminya.
“Aisyaaa..”
“Ada ker?” soal Nur Aisya lagi. Kali ini dagunya pulak berkerut-kerut.
Tengku Faiq tetap menantikan jawapan daripada mulut Nur Aisya. Wanita itu dijeling pada ekor mata.
“Tak adalah. Mana ada. Kalau marah, mestilah Aisya dah tak nak bercakap langsung dengan awak sekarang ni. Baik Aisya pergi duduk bertapa kat pondok belakang tu, lagi bagus,” terang Nur Aisya lagi.

Dato' Farid & Datin Farida. 
Mertua Nur Aisya Irdina.

“Id, you jangan macam-macam yer. I tak akan mengaku anak perempuan tu cucu I,” pintas Datin Farida lagi.
“Tak baik awak cakap macam tu, Da. Anak Aisya, anak Faiq juga. Cucu kita. Sepatutnya you bersyukur dan doakan kebahagiaan mereka. Bukannya mencela kekurangan si Aisya tu. Tapi saya tak nampak pun keburukan budak tu.”
“Dia bukan menantu pilihan I, okey. I dah ada calon pilihan I yang jauh lebih baik daripada perempuan tu.” 


Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif 

Thursday 10 April 2014

Pedihnya Cinta: 22

Aku tak boleh buat dia macam tu. 
Bukan salah dia jika kami tak bahagia..

Tengku Faiq diam. Otaknya ligat berfikir akan topik yang manakah yang dimaksudkan oleh Mamanya dalam perbincangan itu.
“Tentang kahwin,” sambung Datin Farida.
“Kahwin? Kenapa pulak dengan kahwin?” soalan berbalas soalan.
“Ermm.. kahwin lagi,” kata Datin Farida.
“Ehh.. Mama. Siapa pulak yang nak kahwin lagi ni?” soal Tengku Faiq ragu-ragu.
Faiqlah,” jawab Datin Farida. Tegas kedengarannya.
“Pulak?” bingung Tengku Faiq jadinya.
“Bila pulaklah Faiq bagitau nak kahwin?” soal anak bongsu Datin Farida itu lagi.

Kusut kepala mengenangkan permintaan Bonda.

“Dah tolong buatkan susu pun nak marah-marah. Buatlah sendiri kalau Aisya dah tak ada nanti..” bebel Nur Aisya sendirian.
“Kau boleh tolong diam ker tak!” sergah Tengku Faiq.
Nur Aisya kembali ke kamar mandi. Pintunya dikunci rapat. Dia berdiri menghadap cermin besar yang tergantug pada dinding bilik tersebut. Dia mengeluh. Merenung wajah sendiri. Darah merah yang membasahi jarinya dicuci bawah air pili yang laju menghentam dada sinki. Sekeping pembalut luka dilekatkan pada jarinya.
“Sekejap okey, sekejap marah."
"Hish! tak faham betullah aku dengan Mamat ni. Ikut angin dia jer. Nak kata datang bulan, awak tu lelaki. Taufan apa yang melanda entah,” sungut Nur Aisya kepada dirinya.
Tanpa disedari, ada air yang menitis dari ekor matanya. Tersinggung barangkali.

Tersentuh hati kecilnya..


Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 21

Jaga kau budak sekolah. Ada lori ada bas tau tak??

“Aisya ni memang melampaukan, Mak Nah. Pada semua orang dia nak lelong saya ni. Tak sayang suami betul,” komplen Tengku Faiq. Nur Aisya di sisi sempat dijeling.
“Mana awak pasti yang Aisya tak sayang awak? Entah-entah awak yang tak sayang Aisya,” Nur Aisya menjawab spontan.


Bila ulat bulu dah mula merancang untuk memanjat daun...


Ermm.. merancang nak kenakan Nur Aisya lah tu.
 Sambil menyelam, boleh minum air..

“Good girl. Macam itulah. Patuh arahan suami,” giliran Tengku Faiq mula menyakat.
“Siapa?” soal Nur Aisya nakal.
“Suami..” selamba daripada Tengku Faiq pula.
“Ohh… suami. Okey,” ulang Nur Aisya.
Dua-dua pun sama bengong. Susah sangat nak mengaku sayang.

Dah pandai nak bermanja-manja rupanya Mamat ni...

Terima kasih kat Mak Nah sebab hantarkan Aisya cucur udang
 yang amat bermakna ni. Love you Mak Nah..

“Ohh.. lapar rupanya. Apasal tak cakap siang-siang? Itulah, mengaku kenyang lagi. Nasib baik Aisya tak telan semua cucur udang ni. Kalau habis Aisya telan tadi, tak pasal-pasal ajer ada orang yang kempunan. Apa-apa jadi kat awak nanti, Aisya jugalah yang akan dipersalahkan. Macam-macamlah pulak orang mengata Aisyah nanti. Abaikan suamilah. Tak bertanggungjawablah. Tak sayang suamilah. Macam-macam lagilah. Itulah awak..” belum habis lagi ayat yang bakal dilontarkan oleh Nur Aisya, mulutnya cepat-cepat ditekup oleh Tengku Faiq.
“Lapar..” ucap Tengku Faiq sepatah. Jari jemarinya perlahan-lahan meninggalkan  pipi halus milik Nur Aisya.
“Lapar erk…”
Tengku Faiq mengangguk. Terkial-kial tangan Nur Aisya menuang sos di dalam piring kuih. Menggeletar tubuh rasanya bila ada mamat ego dah bertukar nak jadi romantik. Romantik ker? 




Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday 9 April 2014

Pedihnya Cinta: 20

Opps! Sorry.. Saya tak sengaja.. Maafkan saya..

“Jiji, sudahlah tu. Malulah orang tengok,” sampuk Nur Aisya ketika menarik-narik lengan Azira. Mengajak pergi gamaknya.
 “Tak adalah. Mulut tu agak-agaklah sikit kalau nak bercakap. Dia tu yang gedik, tuduh orang apahal,” terang Azira sedikit tenang.
Gadis tersebut kembali melenting. Matanya dibuntangkan ke arah Azira.
“Mulut kau tu jaga sikit ye. Kau dengan kawan kau tu sama je,” kata gadis tersebut mencebik.
“Hey! Apa ni? Sayang?” tiba-tiba seorang lelaki mencelah, ditangannya sarat menjinjing beg kertas.
“Perempuan ni lah. Langgar I, sakit tau. Buta agaknya,” terang Suzi manja.
“Sikit jer kan,” balas lelaki tadi.
“Err.. maaf ye Cikkk…” lelaki itu hilang kata-katanya sebaik sahaja memalingkan badannya menghadap si gadis yang tercegat berdiri dibelakangnya.
Bau haruman yang semerbak mewangi ketika itu seolah-oleh amat dikenali oleh Nur Aisya. Matanya dipejam. Membatu. Bibirnya dikumam. Mulutnya terkunci. Perlahan-lahan dia membuka mata. Suaminya, Tengku Faiq ada di depan mata. Air liur diteguk perlahan.
“Nur Aisya..” celah Azira perlahan sambil memandang ke arah Nur Aisya. Serba salah pun ada.
Tiga pasang mata pun bertembung. Sepi. Suzi semakin geram. Hatinya terbakar bila mana terlihatkan situasi tersebut.


Gugup bila bertentang mata, lidah pun kelu nak berbicara.
Namun kau tetap tenang bila bersemuka..


Aku tau Hang sorokkan sesuatu, Cha. Hang jangan nak berlakon depan aku, bisik Azira dalam hati.
Wajah lesu Nur Aisya direnung dalam diam.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 19


Dapat smartphone baru yer? Yang lama tu macam mana?

“Assalamualaikum, makcik,”
“Waalaikumussalam..”
“Heheheheh,” berdekah dekah suara orang ketawa dari dalam talian tersebut.
“Siapa ni? Saya bukan makcik awak,” terang Nur Aisya sejujur-jujurnya.
“Saya tau lah awak tu bukan makcik saya. Tapi awak tu..”
“Saya apa?” tanya Nur Aisya kembali.
“Tak ada apa-apalah. Apa-apa pun tak kisah. Sila kotakan janji kau pada aku. Aku nak tuntut  malam ni. See you tonight. Pergilah belek-belek kereta baru kau tu.”
“Heheheheh…” tertawa pula suara yang berada dalam talian.
“Tengku?” tanya Nur Aisya ragu-ragu.
“Hurmm… Handphone tu okey tak? Suka?”
“Okey..” jawab Nur Aisya sepatah, lambat-lambat.
“Kalau okey, simpan elok-elok. Telefon buruk kau tuh, hantar pergi muzium ajer,” usik Tengku Faiq lagi. Tertawa.
“Hish! Ingatkan orang mana tadi. Menyesal angkat tau,” Nur Aisya geram. Mengetap bibir. Berpaling ke kiri dan kanan mencari arah.


Kau buat hatiku resah gelisah..

“Eii! Malas nak layan. Jomlah balik. Mengantuk,” ajak Nur Aisya.
“Merajuklah tuh. Dah lah tak comel, buruk lagi ada lah bila buat muka seposen macam ni,” sakat Tengku Faiq lagi sambil mencuit dagu Nur Aisya yang muncung mulutnya. Masam mencuka.
Nur Aisya membuang pandang ke cermin sisi kirinya. Geram mendengarkan usikan Tengku Faiq yang main-main itu.
“Tapi..
Nur Aisya mencerlung memandang suaminya. Menantikan bait-bait kata-kata yang terhenti setengah jalan itu.
“Siapa pulak F.I tu?” berderau darah Nur Aisya apabila soalan itu dikemukan kepadanya oleh Tengku Faiq. Serius. Secebis senyuman pun tak ada pada raut wajahnya.
 “Answer me, please,” tambah Tengku Faiq. Jari jemarinya ditari atas steering kereta. Matanya tepat merenung odometer yang bercahaya. Giginya mengigit-gigit bibir sendiri.
Nur Aisya diam seribu bahasa. Menoleh pun tidak. Tak berani woo.. 
Siapa nak tolong jawab ni??


“Abang Faiq tau pasal dia?” 
Nur Aisya menggeleng perlahan. 
Mungkin, bisik hatinya.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Tuesday 8 April 2014

Pedihnya Cinta: 18


“Ohh.. kira wasiatlah ni,” Tengku Faiq tertawa.
“Bukan wasiat arwah nenek. Tapi ikatan janji Engku Nenda dengan arwah nenek.”
“Kerja gila.”
“Kenapa awak cakap macam tu?” tanya Nur Aisya memohon kepastian.
“Iyalah. Kau tak rasa semua ni kerja gila? Mereka yang berjanji, hidup kita yang kucar kacir. Kita yang jadi mangsa.”
Nur Aisya merenung ke dalam mata suaminya. Dalam. Perlahan, kepalanya digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Tengku Faiq terpana dengan reaksi gadis di hadapannya. Renungan tajam mata Nur Aisya di balas dengan beraninya.
“Dulu ya. Tapi sekarang, tak lagi,” jawab Nur Aisya.
Tengku Faiq mengeluh.
Ya-Allah, manusia jenis apakah yang ada di depan mataku ini, keluh lelaki itu dalam hati.


“Dah. Tidurlah..” ucap Tengku Faiq perlahan. Sukar untuknya mentafsir isi hati gadis itu.
Nur Aisya bangkit, berjalan merapati katil. Tubuhnya di rebahkan kembali ke atas tilam empuk bercadar kuning cair.
“Awak, kenapa awak baik sangat dengan Aisya hari ni?” soal Nur Aisya perlahan.
Tengku Faiq terbaring lesu memandang siling.

Apakah dia harus menerima bulat-bulat akan cerita Nur Aisya tadi. Ahhh… Dia sendiri pun tak beberapa pasti. Yang pasti, dia telah menemui sesuatu hari ini. Pintu hatinya dah mula merenggang untuk mendengarkan keluhan hati seorang insan yang bergelar isteri. 



Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 17

Tersisip di dalamnya  dua keping kad 
yang bersampulkan envelope merah jambu..


Salam rindu di angin lalu,
~ F. I ~

Kotak fikiran Tengku Faiq mula ligat berpusing.
F. I? Siapa F. I di hati Nur Aisya agaknya? Rindu? Main rindu-rindu pulak. 
Tak boleh jadi ni.

Sepantas kilat, dia teringatkan sesuatu. Kad nama yang tersisip dalam saku kecil pada kulit dalam diari dikeluarkan semula. Apakah kaitannya di antara dua kad yang ada pada tangannya? Adakah pen berjenama itu juga saling terkait sama? Tengku Faiq cuba menaakul. 



Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 16

Senyumanmu..

“Rindu?” nak tercekik Nur Aisya dibuatnya.
Tengku Faiq mengangguk menyengih.
“Aisya rasa awak ni memang tak betullah hari ni.”
“Aiik! Kena puji pun hangin juga ker makcik?” tanya Tengku Faiq.
Nur Aisya menjegilkan matanya. Mereka berdua tertawa.
Aku pun dah berjangkit demam ni, bisik Nur Aisya dalam hatinya.
“Malam ni, ada kerja tak?” tanya Tengku Faiq ingin tahu.
“Tak ada kot. Kenapa?”
Tengku Faiq tersenyum lagi lalu mengangkat keningnya. Pandangannya ditumpukan pada jalanraya. Diam. Sesekali menyengih-nyengih sendiri.
“Betullah awak ni. Memang demam ni.. Sengih sana. Sengih sini,” usik Nur Aisya lagi.

~Cristina Suzanne:Timberlake:Fathia Latif~

“Handsome ke? I lagi handsome what? Hero macam tu pun minat,” selamba Tengku Faiq membalas.
Tumpuan Nur Aisya tiba-tiba terhenti. Dia menoleh ke arah wajah suaminya. Dahinya berkerut-kerut. Mulutnya disengetkan sedikit. Dagunya juga berkerut.
“Handsome?”soalnya.
“Ermm..” jawab Tengku Faiq bangga.
“Ermm.. Bolehlah… Sikittt…” jawab Nur Aisya sambil tertawa dan mengayakan isyarat sedikit di jari kelingking dan jari ibunya.
“Apa you kata?” soal Tengku Faiq.

Tak habis lagi usikannya...

Sweet. Sekali pandang macam Nur Fathia,” terang Tengku Faiq jujur sambil mengenyit mata.
“Siapa Nur Fathia?”
“Pelakon tu lah. Budak Sunsilk,” terang Tengku Faiq. Sambil membuat aksi menyepak bola persis iklan syampu tersebut di kaca televisyen.
“Ohhh.. okey. Tapi dia cantik sangat. Saya ni kurang sikit dari dia. Almaklumlah, orang kampung aje,” jawab Nur Aisya malu-malu.
“Perasan! I tak kata yang you cantik macam budak tu. I cakap budak tuh yang cantik. Tak malu,” kata Tengku Faiq mencebik.
“Awak!” jawab Nur Aisya malu.
“Tapi kan kalau dua kali pandang macam pelakon Kris Cempaka apa yerk? Lupalah pulak,” jelas Tengku Faiq menyengih.


Ikuti kisah selanjutnya,