Monday 12 May 2014

Bukan Dia: Promo


Nantikan kemunculan Airis Abdullah dan Qalif Adib dalam siri,


~: BUKAN DIA :~


Nah! Ini dia bab sulung bagi siri BUKAN DIA yang dimuatnaik sebagai nyanyian tinta bagi  tahun 2014. Penceritaannya berkisar tentang kehidupan dan hubungan erat dua insan yang berbeza pendiriannya. 



Airis Abdullah sebagai bunganya. Tapi bunga yang mekar tanpa bau menurut tafsiran teman sekampungnya, Qalif Adib. Anak remaja yang lincah, membesar tanpa bapa. Bijak tetapi rajin orangnya. Dalam nakal, dia gadis yang sentiasa merendah diri serta hormat orang tua. Gadis ini, sengaja menyembunyikan kelebihan yang ada dalam dirinya. Juga seorang gadis yang ramah dan pemurah. Dalam keras, ada kelembutan sebenarnya. Dia membenci, bila ada yang muka suka. Itulah antara sikap peliknya. 




Manakala si Qalif Adib, anak teruna Tok Ketua yang sentiasa menjadi buah mulut setiap ibu serta pujaan  hati setiap anak gadis yang ada kampungnya. Bukan kerana sikap romeo Qalif tetapi kerana sikap  tanggungjawab yang kukuh tertanam dalam jiwanya. Lebih-lebih lagi dalam setiap perkara yang bersangkutan dengan diri serta keluarganya. Tinggi lampai serta segak bergaya orangnya. Bijak dan mudah didekati. Nampak tenang, tapi amat tegas orangnya. Hatinya terpaut pada si dia yang lemah lembut. Seringkali bertindak sebagai bodyguard kepada Airis. Tapi kenapa? 


No comments:

Post a Comment