“Assalamualaikum,
makcik,”
“Waalaikumussalam..”
“Heheheheh,”
berdekah dekah suara orang ketawa dari dalam talian tersebut.
“Siapa
ni? Saya bukan makcik awak,” terang Nur Aisya sejujur-jujurnya.
“Saya
tau lah awak tu bukan makcik saya. Tapi awak tu..”
“Saya
apa?” tanya Nur Aisya kembali.
“Tak
ada apa-apalah. Apa-apa pun tak kisah. Sila kotakan janji kau pada aku. Aku nak
tuntut malam ni. See you
tonight. Pergilah belek-belek kereta baru kau tu.”
“Heheheheh…”
tertawa pula suara yang berada dalam talian.
“Tengku?”
tanya Nur Aisya ragu-ragu.
“Hurmm…
Handphone tu okey tak?
Suka?”
“Okey..”
jawab Nur Aisya sepatah, lambat-lambat.
“Kalau
okey, simpan elok-elok. Telefon buruk kau tuh, hantar pergi muzium ajer,” usik
Tengku Faiq lagi. Tertawa.
“Hish!
Ingatkan orang mana tadi. Menyesal angkat tau,” Nur Aisya geram. Mengetap
bibir. Berpaling ke kiri dan kanan mencari arah.
Kau buat hatiku resah gelisah..
“Eii!
Malas nak layan. Jomlah balik. Mengantuk,” ajak Nur Aisya.
“Merajuklah
tuh. Dah lah tak comel, buruk lagi ada lah bila buat muka seposen macam ni,”
sakat Tengku Faiq lagi sambil mencuit dagu Nur Aisya yang muncung mulutnya.
Masam mencuka.
Nur
Aisya membuang pandang ke cermin sisi kirinya. Geram mendengarkan usikan Tengku
Faiq yang main-main itu.
“Tapi..
Nur
Aisya mencerlung memandang suaminya. Menantikan bait-bait kata-kata yang
terhenti setengah jalan itu.
“Siapa
pulak F.I tu?” berderau darah Nur Aisya apabila soalan itu dikemukan kepadanya
oleh Tengku Faiq. Serius. Secebis senyuman pun tak ada pada raut wajahnya.
“Answer me, please,” tambah Tengku Faiq. Jari
jemarinya ditari atas steering kereta. Matanya tepat merenung odometer yang
bercahaya. Giginya mengigit-gigit bibir sendiri.
Nur
Aisya diam seribu bahasa. Menoleh pun tidak. Tak berani woo..
Siapa nak tolong jawab ni??
Siapa nak tolong jawab ni??
“Abang Faiq
tau pasal dia?”
Nur Aisya menggeleng perlahan.
Mungkin, bisik hatinya.
Mungkin, bisik hatinya.
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment