Tengku Farida dengan 'Misi Menantu Pilihan'..
Camner ni? Dia main cabar-cabarlah pulak.
Apa aku nak buat ni?
“Kalau betul-betul kamu sayang dia, buktikan. Izinkan dia
bahagia!” Datin Farida bercekak pinggang di muka pintu.
“Saya cabar kamu!” tambah Datin Farida mencebik.
Nur Aisya tersentak. Memang terasa dalam hati. Terasa bahawa ibu
mertuanya itu benar-benar memaksudkan ayat yang baru diluahkan sebentar tadi.
Dia merasakan bagai sengaja dihina sedemikian rupa. Mengalah? Tiada erti
mengalah yang berani muncul dalam kamus hidupnya.
Cabar? Nak cabar aku? Silakan. Kita tengoklah pengakhirannya
nanti. Sama ada Jasmeen yang dipuja-puja tu yang dijulang atau wanita itu bakal tersungkur padanya. Dalam gementar
dan gigil yang masih bersisa, Nur Aisya bangkit untuk bersuara.
“Datin!”
“Jangan risau. Aisya akan buat yang terbaik untuk Abang. Aisya
akan tunaikan permintaan Datin suami isteri. Aisya akan janjikan kebahagiaan
keturunan Datin. Itu janji Aisya,” ikrar
Nur Aisya kepada ibu mertuanya.
Baik juga Mr. Arrogant ni kan..
Agak-agaklahkan, mahu tak Tengku Faiq pujuk Nur Aisya macam ni?
Mestilah mahuu.. Sebab apa eaa?
Sebab 'cinta' sudah berputik kot...
“Dua tiga hari jer pun, bukannya lama. Takkanlah rindu sangat
kot?” ujar Tengku Faiq sambil tangannya menguis anak-anak rambut pada dahi Nur Aisya.
“Saja jer kan,” pendek dari Nur Aisya.
“Dah orang merindu, takkan kita nak marah pulak? Bersyukur
ajerlah kan, sebab ada orang yang sayang kita,” berbeban-beban Tengku Faiq
melontar ayat mengusik.
Malu-malu Nur Aisya dibuatnya. Tersipu-sipu.
“Orang tu tinggalkan kita ni lagilah lama.”
Dua pasang mata pun bertaut.
“Dulu..” sambung Tengku Faiq perlahan tetapi tetap sampai pada
pendengaran si isteri.
Terkebil-kebil Nur Aisya seketika.
“Dahlah. Faham..” ujar Si suami sebagai pengubat rasa serba
salah yang cuba mencelah di hati Nur Aisya.
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment