Danial menunduk lesu. Mesej Sofea buatnya dibelek-belek. Mesej yang
julung kalinya menyatakan bahawa kasih sayangnya telah bersambut.
Fe pun sayang Abang
sangat-sangat. Fe rindu Abang..
Malangnya mesej tersebut hanya dibaca setelah kejadian
hitam itu berlaku. Setelah Sofea bagaikan histeria hampir setiap malam melawan
traumanya. Setelah Sofea tidak lagi mahu berdepan dengannya seperti dulu.
Setelah tiada lagi rungut manja Sofea kedengaran di corong telinganya. Bibirnya
diketap menahan pilu.
“Aku..” berkaca, mata galak itu dikala cuba untuk
menyambung bicara.
Ikram Kamal diam dan terus memerhati. Sahabatnya itu memang
banyak berubah, berbanding dulu. Dia sendiri pun tak pasti apa sebabnya. Danial
menjadi lebih perahsia berbanding dulu. Bukan pertama kali Danial bersikap
begini. Suatu ketika dahulu juga lelaki itu pernah murung begini. Tatkala,
tunangnya pergi menghadap Ilahi dalam suatu kemalangan suatu waktu dahulu.
Dalam sepi, jemari Danial aktif melakar pada skrin
telefon pintarnya. Tanpa suara, telefon tersebut dihulurkan kepada Ikram Kamal
yang setia menemaninya.
Assalam Abang… Fe minta
maaf atas segala yang berlaku antara kita. Adalah mustahil untuk kita terus
hidup bersama. Fe mohon pada Abang untuk leraikan ikatan yang kita ada ni.
Ampun maaf daripada Fe buat Abang dan keluarga. Wassalam.
Ikram Kamal terdiam tak terkata lagi. Pening. Siapa
sangka Sofea boleh bertindak sedemikian rupa. Wajah teman di sisinya terus
direnung.
Kau tak akan faham, Am. Maaf. Tak semua perkara boleh
kita kongsi bersama. Lebih-lebih lagi rahsia rumahtangga kami, bisik Danial dalam
hatinya.
Fikiran Danial kembali melayang.
Kerana kamu..
Danial
mengeluh. Kata-kata yang disusun cantik untuk menawan semula hati Sofea bertempiaran
lari entah kemana.
“Tolonglah percaya pada Abang. Jangan
pergi daripada hidup Abang. Mari kita pertahankan rumahtangga yang kita bina ni,
sama-sama,” rayu Danial buat kesekian kalinya.
“Tak semudah itulah awak. Saya ni
dah tak ubah macam sampah dalam rumah ni. Tolonglah jangan paksa saya lagi.
Saya merayu sangat-sangat pada awak, tolong lepaskan saya,” berderai airmata
Danial bila mana mendengarkan rayuan Sofea tatkala dia merangkul kemas tubuh
genit itu. Pangkal leher wanita itu dikucup perlahan.
Sofea menggeleng-geleng. Sesekali
dikuis-kuis dengan jemari runcingnya.
“Abang merayu pada Fe,” rintih
Danial lagi.
“Atau Fe memang tak pernah sayang
Abang selama ini?”
Ahhhhh! jerit batin Sofea. Terperangkap.
“Abang bertepuk sebelah tangan
barangkali,” duga si Danial lagi.
Terasa sesak pada dada Sofea.
Rangkulan kejap Danial yang terasa keikhlasannya dibiarkan melingkari tubuh.
Kaku dalam rela.
“Kalau Abang benar-benar sayang pada Fe, lepaskanlah Fe ni
Abang. Sofea Abang, dah lama mati..”
ucap Sofea sebelum pergi meninggalkan Danial sendirian. Merah matanya menahan
tangis. Bibirnya diketap. Tubuhnya bergetar-getar. Danial pula terpaku tanpa
suara.
Assalam. Nice novel...
ReplyDeleteSenang2, jemputlah bertandang ke blog saya http://noveliszurahmy.blogspot.my/....
Boleh mohon tunjuk-ajar pada saya yang baru belajar nak kenal keyboard ni...
Thanks
assalam,
ReplyDeletekt mne nk baca dh next chapter ek, cite nya best sgt2