Selamat Bertunang..
Berulang kali dia menghubungi sahabat karibnya..
“Apasal masam mencuka ni? Orang kalau nak bertunang atau kahwin,
tersenyum simpul menahan malu. Ini tidak. Segan kalau bakal mak mertua tengok
nanti,” Usik Usu Jijah lagi.
“Alah Usu ni, ada-ada aje tau. Baru merisik jer. Bukan kahwin
pun. Kahwin nanti Cheq senyumlah lebar-lebar,” rungut Azira.
“Hisk! Manalah bini Tengku ni pergi? Tidur mati ker apa,” rungut
Azira lagi.
“Ermm.. marah Cha rupa-rupanya. Patutlah angin tak beberapa nak baik
hari ni. Kenapa?” tanya Usu Jijah kepada anak buahnya.
“Cheq telefon dia, tak angkat-angkat. Susah sangat ke nak angkat
telefon? Merajuklah tu pasal semalam,” terang Azira pula.
“Apasal pula dengan semalam?” tanya Usu Jijah lagi.
“Iyalah. Cheq tak pie konvokesyen dia..”
“Hish! Kamu ni, tak baik berprasangka. Orang dah bersuami, tak
bolehlah nak disamakan dengan zaman anak dara dulu. Kamu pun begitu juga nanti.
Adalah sebabnya tu. Lagipun banyak tanggungjawabnya bila dah berumahtangga ni. Usahlah kamu risau. Dah, senyum sikit,” Usu
Jijah memujuk anak buah kesayangannya.
“Tapi..”
“Nanti kalau dia dah perasan, tentu dia telefon kamu. Percayalah
cakap Usu ni. Bukannya Usu tak kenal perangai si Cha tu. Ni poket baju Usu ni, dah
penuh dengan perangai kamu bertiga. Baik Cha, baik Milia. Nak-nak perangai
kamu, lagilah masak ranum..” Usu Jijah membuat lawak.
“Hish! Usu ni. Buat lawak pulak dia. Ingatkan kenapa pulaklah
dengan poket baju Usu tu. Milia tuh tak payahlah nak sebut Usu, orang dah jauh
di perantauan,” balas Azira menguntum senyum.
“Hah! Macam itulah anak buah Usu..” kata Usu Jijah memeluk tubuh
anak gadis itu.
“Usu ni peliklah. Orang datang merisik mana bawak
berdulang-dulang bagai. Pastu siap suruh kita berdandan lagi. Dah serupa nak
kahwin dah ni tau. Overlah Usu ni.”
“Ehh.. Cik Abang kamu tak bagitahu ker yang mereka dah tukar
rancangan? Korang akan bertunang hari ni. Ni mesti dia nak surprise kan kamu
ni.”
“Hah? Bertunang? Surprise?” bingung Azira dibuatnya. Bulat
matanya merenung Usu Jijah.
"Renunganmu buat jiwa ini jadi pilu. Tabahmu buat diri ini jadi sendu. Senyumanmu buat hati ini jadi beku.."
“Awak..” panggil Nur Aisya mengejutkan
suaminya.
“Awak..”
Terpisat-pisat Tengku Faiq mencelikkan
matanya.
“Kenapa? Sayang sakit lagi ker?” soal
Tengku Faiq mengeliat. Merah padam muka Nur Aisya mendengarkan nama sapaan yang
disebut oleh Tengku Faiq kepadanya kali ini.
“Aisya tak apa-apa. Tapi..”
“Tapi apa, Sayang?”
“Kenapa tidur kat atas katil Aisya?”
soal Nur Aisya inginkan kepastian.
“Alah, mana-mana pun boleh. Tak salah
pun kan,” balas Tengku Faiq
terkuap-kuap.
Nur Aisya duduk bersila menghadap
suaminya. Tangannya melambai-lambai di hadapan muka Tengku Faiq.
“I sedarlah.. Tak mengigau pun.”
“Macam tak beberapa nak sedar jer Aisya
tengok.”
Tengku Faiq pula melambai-lambaikan
tangan kanannya di hadapan muka Nur Aisya.
“Aisya pun sedar. Tak mimpi pun,” balas
Aisya. Masih dibelenggu rasa keliru.
Tangan Aisya digengam oleh Tengku Faiq
kemas-kemas.
“Aisya, dengar sini. I nak minta maaf. I
selalu abaikan kehadiran you di sisi I. Sebenarnya I senang sangat bila you selalu
ada di sisi I. Tolong bagi I masa dan peluang untuk I perbaiki segala kesilapan
lalu I tu. I janji, I akan usahakan yang terbaik demi rumahtangga kita.”
Nur Aisya mengalih pandang, “Tolonglah
jangan janjikan Aisya dengan harapan. Aisya takut yang Aisya tak sedia nak
harungi dugaan yang mendatang,” balas Aisya perlahan.
“Satu lagi, I minta sangat-sangat pada
you. Tolonglah kongsi segala-galanya dengan I. Susah, senang. Suka, duka. Semuanya.
Jangan rahsiakan atau pendam apa-apa lagi
dalam hati. Jodoh tu dah ditentukankan buat kita berdua.”
Dua mata bertentangan lama.
“Please.. Abang rayu pada Aisya.”
Airmata suci Nur Aisya mula bergenang
ditubir matanya. Tengku Faiq merenung wajah itu semahu-mahunya. Tubuh Aisya di
bawa rapat ke dadanya.
Renunganmu
buat jiwa ini jadi pilu. Tabahmu buat diri ini jadi sendu. Senyumanmu buat hati ini jadi beku,
minda si suami mula menyusun kata-kata.
“Jangan menangis, Sayang. Tolonglah..
I’m so sorry,” bisik Tengku Faiq menusuk masuk ke rongga telinga Nur Aisya.
Esakan Nur Aisya sayup-sayup kedengaran.
Tengku Faiq berada di persimpangan dilema. Mungkinkah bibit-bibit cinta itu dah
semakin mekar dihatinya. Perlukah dia menafikannya lagi? Atau perlukah dia
menerimanya dengan hati yang terbuka. Wanita yang ada di dalam dakapanya itu telah
lama berjaya mencuri ruang hatinya. Tetapi setiap kali rasa itu bertamu, ianya segera
ditepis sebelum terleka. Bumbun kepala wanita itu acapkali dikucup. Dia diburu
rasa bersalah yang teramat sangat.
“I love you, Sayang,” amat perlahan sekali kata-kata keramat
itu terpacul dari mulut Tengku Faiq. Itulah kali pertama dia menuturkan kata-kata cinta buat isterinya Nur Aisya.
Ohh… Terima kasih Allah kerana
menyedarkanku, bisik Tengku Faiq dalam hatinya. Bibirnya diketap rapat.
Ikuti kisah selanjutnya,
bab ni dah buat I menangis tau, so romantic
ReplyDeletefighting kak iman, saya penggemar setia 'pedihnya cinta'. akan selalu menantikan kisah aisyah dan faiq, semoga dorang hidup bersama dengan bahagia. tapi I rasa menyampah kalau tengok mama faiq, mama faiq tu jahat sampai tegar nak pisahkan aisyah dan faiq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila novel ni nak diterbitkan...huhuhu tk sabar nak baca next episode..
ReplyDeletebila novel ni nak diterbitkan...huhuhu tk sabar nak baca next episode..
ReplyDeletesaya mahu beli ini novel....di mana-mana ada jual?
ReplyDelete