Tuesday 9 December 2014

Pedihnya Cinta: 27 (Pt. 2)

….(sambungan)
  Semoga hari ini lebih hebat dari semalam..

Tingkap cermin yang separa gelap pantas tertutup. Kereta kesayangan Tengku Faiq mula memacu laju membelah lorong tersebut.
“Tak suka?” soal Tengku Faiq bilamana terlihatkan Nur Aisya yang membisu sedari tadi dengan setia merenung jambangan bunga ditangan.
“Orang dah bagi tu, terima ajerlah. Buat apa nak fikir-fikir lagi.”
“Ohhh! Ini awaklah yang punya kerja yer,” Nur Aisya pura-pura bengang walhal dalam hati bukan main lagi melonjak gembira.
“Suka ker tak?”
“Tak. Tapi… Benda percuma, ambil jerlah.”
“Eleh.. Tak payahlah pura-pura. Tengok mata pun dah boleh agak. Lagi mau sorok,” cebik Tengku Faiq mengekek.
Nur Aisya pantas mengacu kedua pasang telunjuk dan ibu jarinya untuk mencubit Tengku Faiq.
“Woo!Woo! I’m driving okay. Jangan nak cuit-cuit orang. Dah elok-elok nak bercuti di hotel, kang tak pasal-pasal bercuti kat hospital.”
“Bercuti?”
“Hurm..”
“Sebab?”
“Eii.. banyak cakaplah. Duduk diam-diam, peluk bunga tu sudahlah,” komplen si suami.
“Sebab?”
“On your graduation..”
“Ohh.. Thanks,” bersinar-sinar anak mata itu memaut pandang pada wajah lelaki di sisinya.
“Kenapa casa lily?”
“Shutt!”
“Tapi.. Roses yang kat rumah tu untuk apa pulak?”
“Yang ini penggantinya sebab yang itu bukan dah layu ker?”
Lebar senyum Nur Aisya. Malu pun ada.

Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 28



Selamat Bertunang..
Berulang kali dia menghubungi sahabat karibnya..

“Apasal masam mencuka ni? Orang kalau nak bertunang atau kahwin, tersenyum simpul menahan malu. Ini tidak. Segan kalau bakal mak mertua tengok nanti,” Usik Usu Jijah lagi.
“Alah Usu ni, ada-ada aje tau. Baru merisik jer. Bukan kahwin pun. Kahwin nanti Cheq senyumlah lebar-lebar,” rungut Azira.
“Hisk! Manalah bini Tengku ni pergi? Tidur mati ker apa,” rungut Azira lagi.
“Ermm.. marah Cha rupa-rupanya. Patutlah angin tak beberapa nak baik hari ni. Kenapa?” tanya Usu Jijah kepada anak buahnya.
“Cheq telefon dia, tak angkat-angkat. Susah sangat ke nak angkat telefon? Merajuklah tu pasal semalam,” terang Azira pula.
“Apasal pula dengan semalam?” tanya Usu Jijah lagi.
“Iyalah. Cheq tak pie konvokesyen dia..”
“Hish! Kamu ni, tak baik berprasangka. Orang dah bersuami, tak bolehlah nak disamakan dengan zaman anak dara dulu. Kamu pun begitu juga nanti. Adalah sebabnya tu. Lagipun banyak tanggungjawabnya bila dah berumahtangga ni.  Usahlah kamu risau. Dah, senyum sikit,” Usu Jijah memujuk anak buah kesayangannya.
“Tapi..”
“Nanti kalau dia dah perasan, tentu dia telefon kamu. Percayalah cakap Usu ni. Bukannya Usu tak kenal perangai si Cha tu. Ni poket baju Usu ni, dah penuh dengan perangai kamu bertiga. Baik Cha, baik Milia. Nak-nak perangai kamu, lagilah masak ranum..” Usu Jijah membuat lawak.
“Hish! Usu ni. Buat lawak pulak dia. Ingatkan kenapa pulaklah dengan poket baju Usu tu. Milia tuh tak payahlah nak sebut Usu, orang dah jauh di perantauan,” balas Azira menguntum senyum.
“Hah! Macam itulah anak buah Usu..” kata Usu Jijah memeluk tubuh anak gadis itu.
“Usu ni peliklah. Orang datang merisik mana bawak berdulang-dulang bagai. Pastu siap suruh kita berdandan lagi. Dah serupa nak kahwin dah ni tau. Overlah Usu ni.”
“Ehh.. Cik Abang kamu tak bagitahu ker yang mereka dah tukar rancangan? Korang akan bertunang hari ni. Ni mesti dia nak surprise kan kamu ni.”
“Hah? Bertunang? Surprise?” bingung Azira dibuatnya. Bulat matanya merenung Usu Jijah.

"Renunganmu buat jiwa ini jadi pilu. Tabahmu buat diri ini jadi sendu. Senyumanmu buat hati ini  jadi beku.."

“Awak..” panggil Nur Aisya mengejutkan suaminya.
“Awak..”
Terpisat-pisat Tengku Faiq mencelikkan matanya.
“Kenapa? Sayang sakit lagi ker?” soal Tengku Faiq mengeliat. Merah padam muka Nur Aisya mendengarkan nama sapaan yang disebut oleh Tengku Faiq kepadanya kali ini.
“Aisya tak apa-apa. Tapi..”
“Tapi apa, Sayang?”
“Kenapa tidur kat atas katil Aisya?” soal Nur Aisya inginkan kepastian.
“Alah, mana-mana pun boleh. Tak salah pun kan,”  balas Tengku Faiq terkuap-kuap.
Nur Aisya duduk bersila menghadap suaminya. Tangannya melambai-lambai di hadapan muka Tengku Faiq.
“I sedarlah.. Tak mengigau pun.”
“Macam tak beberapa nak sedar jer Aisya tengok.”
Tengku Faiq pula melambai-lambaikan tangan kanannya di hadapan muka Nur Aisya.
“Aisya pun sedar. Tak mimpi pun,” balas Aisya. Masih dibelenggu rasa keliru.
Tangan Aisya digengam oleh Tengku Faiq kemas-kemas.
“Aisya, dengar sini. I nak minta maaf. I selalu abaikan kehadiran you di sisi I. Sebenarnya I senang sangat bila you selalu ada di sisi I. Tolong bagi I masa dan peluang untuk I perbaiki segala kesilapan lalu I tu. I janji, I akan usahakan yang terbaik demi rumahtangga kita.”
Nur Aisya mengalih pandang, “Tolonglah jangan janjikan Aisya dengan harapan. Aisya takut yang Aisya tak sedia nak harungi dugaan yang mendatang,” balas Aisya perlahan.
“Satu lagi, I minta sangat-sangat pada you. Tolonglah kongsi segala-galanya dengan I. Susah, senang. Suka, duka. Semuanya. Jangan rahsiakan atau pendam  apa-apa lagi dalam hati. Jodoh tu dah ditentukankan buat kita berdua.”
Dua mata bertentangan lama.
“Please.. Abang rayu pada Aisya.”
Airmata suci Nur Aisya mula bergenang ditubir matanya. Tengku Faiq merenung wajah itu semahu-mahunya. Tubuh Aisya di bawa rapat ke dadanya.
Renunganmu buat jiwa ini jadi pilu. Tabahmu buat diri ini jadi sendu. Senyumanmu buat hati ini jadi beku, minda si suami mula menyusun kata-kata.
“Jangan menangis, Sayang. Tolonglah.. I’m so sorry,” bisik Tengku Faiq menusuk masuk ke rongga telinga Nur Aisya.
Esakan Nur Aisya sayup-sayup kedengaran. Tengku Faiq berada di persimpangan dilema. Mungkinkah bibit-bibit cinta itu dah semakin mekar dihatinya. Perlukah dia menafikannya lagi? Atau perlukah dia menerimanya dengan hati yang terbuka. Wanita yang ada di dalam dakapanya itu telah lama berjaya mencuri ruang hatinya. Tetapi setiap kali rasa itu bertamu, ianya segera ditepis sebelum terleka. Bumbun kepala wanita itu acapkali dikucup. Dia diburu rasa bersalah yang teramat sangat.
“I love you, Sayang,” amat perlahan sekali kata-kata keramat itu terpacul dari mulut Tengku Faiq. Itulah kali pertama dia menuturkan kata-kata cinta buat isterinya Nur Aisya.
Ohh… Terima kasih Allah kerana menyedarkanku, bisik Tengku Faiq dalam hatinya. Bibirnya diketap rapat.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday 3 December 2014

Tika Kita Merindu: 19

 Luluh hatiku..

“Binatang!” jerit Danial lantang.
          “Aku bunuh kau!” laung Danial marah. Menggigil tubuhnya melihat Sofea yang mula longlai. Perlahan dia mengensot ke sebalik sofa.
          “Fe..”
          “Fe sayang..”  ulang Danial lagi.
          “Sofeaaa!” jerit Danial tatkala terlihat Sofea terkulai ke lantai.
          Dia sedaya upaya mengensot ke arah isterinya.  Hiba. Kudratnya tak sekuat mana untuk mengensot dalam keadaan terikat begitu.
          Rumah besar itu ditinggalkan segera oleh ketiga-tiga lelaki asing tadi dengan hilai tawa seolah-olah puas melihatkan keruntuhan kebahagian penghuni-penghuninya.

          Luluh hati lelaki Danial. Tiada siapa yang tahu.

KepadaNya aku berserah..

“Abang sayang Fe sangat-sangat.. Abang sayang Fe.”
          “Bangun, Sayang. Bangunlah, Fe.. Tolonglah bangun, Sayang. Ya-Allah!” rintih Danial lagi.
          Menitis darah dari mulutnya ke wajah si isteri. Pipi kusam itu dikucup beberapa kali. Sofea tetap tak bergerak. Manakala, bibirnya bengkak dan berdarah.

Fina terduduk. Hilang kata-kata.

Ikuti kisah selanjutnya,

Tika Kita Merindu: 18

Janji setia antara kita..

“Tak! Kali ni betul! Abang janji.”     
      Sofea tertawa.         
            “Apa yang tak? Apa yang betul ni?” soal Sofea tertawa nakal lagi.
            “Betul! Abang janji. Abang takkan mabuk lagi,” ikrar Danial di hadapan Sofea.
Alih-alih terus kata ganti diri I bertukar jadi Abang bila nak merayu. Itulah hebatnya si teruna bernama Ikhwan Danial ni. Lembut gusi dari lidah. 

Ku bermohon padaNya..

“Maafkan orang yer awak..”
Terpana seketika. Sayu mencengkam jiwanya bila mendengarkan suara di talian sedang berbicara.
“Ermm..” tak terluah dengan kata-kata bilamana mendengarkan ayat terakhir yang diungkapkan oleh Danial sebentar tadi.
“Waalaikummus salam,” talian diputuskan dari sebelah sana. Sofea rebah ke tilam. Semakin laju butiran mutiara itu membasahi kain telekung yang masih tersarung dikepalanya. Bingkai gambar ditangan kembali didakap erat.
“Orang rindu awak juga. Orang pun sayang awak sangat-sangat,” rintih Sofea berlagu sendu.

Ikuti kisah selanjutnya,

Tika Kita Merindu: 17

Ikan berlada, sambal udang, bendi goreng belacan, 
sambal belacan, gulai telur itik dan ditambah pula dengan ulam-ulaman 
serta sambal tempoyak.

“Tak ada maknanya realiti, semua tu. Orang bukannya apa, cuma terpegun tengok gelagat ada seorang mamat tu makan. Kelaparan sungguh nampaknya. Selamba jer dia mencolek sambal tempoyak masuk ke mulut. Lauk pauk dalam pinggannya menggunung pula tu.”
“Naklah tu?” Danial menyua sesuap nasi ke arah Sofea.
“Ehh.. tak ada maknanya. Pedas-pedas belaka semua tu. Tak pasal-pasal sakit perut nanti. Tak mahulah.”
“Aku offer sekali jer, makcik. Kalau tak nak, kaulah yang rugi. Bukan selalu aku nak suap orang lain makan tau. Edisi terhad ni.”


Tersentuh jiwaku,
Tatkala kau menitiskan airmata..

“I tak kata salah bila you tekad untuk berubah demi I. Tapi I tahu you tak selesa dengan semua ni. I tak pernah mengharapkan you jadi seperti mereka.”
“I senang dengan apa yang you ada.”
“Dah.. pergi cuci make-up ni semua. Dah elok-elok comel, lagi nak conteng muka tu dengan warna-warna ni.”
“Cepatlah.. Perut I dah berghazal ni.”
Ketika si comel ayu berlalu ke kamar mandi, Danial sempat menyakat Sofea.
“Siapa yang bagi you baju seksi tu? Cantik tapi tak beberapa sesuailah dengan you. Nanti I belikan yang lain yer.”
“Yang lebih seksi..” sambung Danial sedikit perlahan.
“Apa dia awak?” soal Sofea dari dalam kamar mandi berhampiran.
“Ermm.. I tak cakap apa-apa pun,” nafi Danial. Menyengih sendiri.
Malu.


Ikuti kisah selanjutnya,

Tuesday 16 September 2014

Pedihnya Cinta : Dalam Senyum, Hatiku Merintih..

Andaiku tahu..

*Hati Ini, 
Berasa Galau Apabila  
 Melihatmu Kerap Bersama Dengannya,
Hati Ini,
Berasa Sedih Tatkala
Kau  Mula Bergandingan Tangan Dengannya
Hati Ini 
Terasa Mati  Bilamana
Kau Memutuskan 
Untuk Terus Hidup Bersama Dengannya..


Cinta & Doa

*Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan Matahari,
DIA Datangkan Petir Dan Kilat,
Kita Bersedih Dan Tertanya-tanya Ke Mana Hilangnya Matahari.
Rupa-rupanya..
ALLAH Ingin Hadiahkan Kita Pelangi Yang Indah Warnanya..


"Janganlah Kamu Bersedih, Sesungguhnya ALLAH Bersama Kita."
(AT-TAUBAH:40)

Ikuti kisah selanjutnya, 

*Kredit Untuk Pereka Mutiara Kata Yang Berkenaan

Tuesday 26 August 2014

Tika Kita Merindu: 16

“Jemput minum Cik Dee. Maaflah, air bujang saja,” pelawa Sofea sambil duduk pada sofa berhadapan.

            “Thank you,” balas Airin Dalina serius.

            “Tak lama lagi sampailah agaknya Abang Dan tu. Sofea ada kerja sikit nak buat kat belakang. Mohon diri sekejap. Cik Dee duduklah dulu yer,” terang Sofea sambil bangkit dari duduknya.

Aduhai! Macam-macam ragam yer..

“Apa perempuan tu buat kat bilik aku? Siapa yang bagi dia izin tidur atas katil aku?” soal Danial dengan wajah yang keruh.

            “Perempuan?”

            “Iyalah. Perempuan gedik, opera cina itulah,” luah Danial tak puas hati.

            “Sesedap hati jer naik katil orang. Tak malu ker apa? Siap lena lagi. Bini aku pun tak pernah naik katil tu tanpa izin aku,” rungut Danial lagi.

            Sofea menggaru-garu kepalanya. Manakala Danial mengeluh lagi.

Hish! Takkanlah rambut Sofea serupa gini 
lepas kena tarik dengan Airin Dalina..

“Kau ni apasal? Macam hantu Kak Limah jer aku tengok.”

            “Awak jangan banyak cakap yer. Buah hati awaklah punya angkara ni. Suka-suka hati jer nak rentap rambut orang.”

“Aku suruh kau halau dia balik, bukannya berlawan gusti dengan dia.”


Ikuti kisah selanjutnya,

Monday 25 August 2014

Tika Kita Merindu : 15

Memori Encik Kodok

Sejuk. Lembik. Hatinya mula resah. Bulu romanya naik ditengkuk. Perlahan-lahan dia menoleh. Sofea terpekik ketakutan.

            Danial yang baru sahaja tiba dari lorong kanan turut terkejut.

            “Siapa pula yang menjerit pagi-pagi ni?” dia berhenti berlari. Tetapi langkahnya kembali diatur laju seperti seorang pelumba jalan kaki.

            Nun di bawah pondok kayu, Sofea masih terjerit-jerit ketakutan sambil memeluk tiang kayu milik pondok berkenaan. Tubuhnya menggigil-gigil. 


Pantai Bagan Lalang


“Dia tahu pasal arwah?”

 Danial mengeleng.

            “Aku tak fikir dia perlu tahu,” balas Danial. Tegas bunyinya.

            “Dia Sofea, Dan. Bukannya arwah Safiyya. Aku harap-harap kau tak keliru.”

            “Entahlah. Kadang-kadang aku merasa terlalu dekat dengan arwah bila bersama dengan dia. Aku tak nafikan bahawa wujud perasaan rindu aku pada arwah. Dia mampu hilangkan rasa rindu aku tu. Itu yang membuatkan aku rasa takut nak berjauhan dengan dia ni. Memang aku perlukan dia untuk itu,” luah Danial lagi.

            “Jangan macam tu, Bro. Tak adil bagi Sofea. Mereka bagaikan serupa. Tapi Sofea tetap takkan sama dengan Safiyya. Mereka tu dua insan yang sememangnya berbeza. Kau perlu lebih realistik. Fiyy dah lama tinggalkan kita semua.”

            Danial menyepi. Ombak yang menghempas pantai terus direnung. Pandangannya seolah-olah dah terapung di tengah lautan.


Ikuti kisah selanjutnya,

Tuesday 24 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan


~ Selamat Menjalani Ibadah Puasa ~

Busy..busy..busy..

Alahmak!
Minggu-minggu busy dah datanglah..
Tak sempat nak update apa-apa kat sini..


Tercari-cari akan
idea.. ilham.. dan mood..
Cepatlah!
bila nak mula balik ni..???


Tak busy mana  dah kot? 
Banyak yang dah selesai ni hah..
Insya-Allah, esok lusa kita update yang terkini yer..
Tungguuu...

Opss..!!
 TKM : 15 dah di muatnaik kat laman sesawang NMK semalam. 
Tunggu approval jer.
Esok, lusa muncullah nanti tu..
Silalah menjengah ke sana..

Ikuti kisah selanjutnya,

Monday 9 June 2014

Tika Kita Merindu : 14


“Mak Su nak kereta ni boleh tak, sayang?” tegur Sofea, mengganggu kosentrasi anak kecil tersebut.
“Amsyarrr! Boleh takk?” rengek si Mak Usu manja.
“Tak boleh,” jawab Amsyar ringkas.
“Alah.. Bolehlah. Kesian Mak Su, Mak Su tak ada kereta cantik macam Amsyar pun. Mak Su nak pinjam sekejap jer. Bolehlah sayang,” pujuk Sofea mengusik anak kecil itu.
Danial tekun memerhati dari jauh.
Alahai! budak sekolah ni. Kalau macam ni punya rayu, bukan Amsyar yang akan cair ni. Tapi Pak Su yang cair dulu, keluh  Danial sambil mengurut-urut tengkuknya.
“Tak boleh.. Tak boleh,” tingkah Amsyar lagi sambil melarikan kereta barunya jauh dari Sofea.
“Kesian Mak Su tau,” rintih Sofea.
Amsyar tertawa memandang Mak Usunya.

Banyak pulak kejutan yang amat tak terduga hari ini..

“Selamat ulang tahun, Sayang,” ucap Danial yang tersenyum macho.
Sebuah kucupan hinggap ke dahi Sofea tanpa diduga. Bergenang airmata wanita itu.
“Ni tipu-tipu ker betul-betul ni?” bisik Sofea bingung.
“Betul-betullah. Bukan ke hari ni birthday you?”
Sofea berusaha mengingati tarikh hari itu. Senyum yang paling menawan dilemparkan buat Danial.
Ni babak keberapa pulak ni, dengusnya.
“Thank you..” ucap Sofea malu-malu. Telunjuk kirinya menyapu air yang merembes di pipi.
“You’re welcome..” ucap Danial sambil memaut bahu isterinya.

Ikuti kisah selanjutnya,
Tika Kita Merindu @Novel Melayu Kreatif

Monday 19 May 2014

Tika Kita Merindu: 13

“Dia nak try you lah kan,” soal Danial berbau cemburu.
“Hish! Tak ada maknanya. Tak baik bersangka buruk pada orang tau.”
“Bini orang pun dia nak try jugak ker?”
“Apa yang awak mengarut ni?”
Tajam mata Danial menikam anak mata isterinya itu. Menjeling. Juga membara di hati.
“Alah.. sembang-sembang kosong jer. Orang dah tegur, tak kan kita nak menyombong pula.”
“Dah habis anak dara kat Malaysia ni ker? Bini orang pulak yang dia pilih,” rungut Danial geram.
“Dia mana tahu pun. Bukannya ada tanda kat dahi ni,” balas Sofea.
“Yang you pun pergi layan, kenapa?” soal Danial lagi.

Kena pakai macam ni ker Tuan?

“Hisk! Lain kali orang pakai tag besar-besar kat tudung ni macam budak sekolah tu. Tulis ‘isteri orang’. Okey tak?” ujar Sofea dalam cuba meredakan bara di dada suaminya.
“Okey jugak tu,” balas Danial seraya menjeliling ke arah Sofea.



Kuda hitam marah Tuannya??

Eleh.. setakat Sofea yang pijak, apa barang? Tak sakit mana pun. 
Yang kat atas ni lagi hebat.
 Buntang biiji mata kena pijak dek kuda. 
Amek kau!


Ikuti kisah selanjutnya,
Tika Kita Merindu @Novel Melayu Kreatif


Sunday 18 May 2014

Alahai Fontpage..

Aduhai! Sakan ku mengedit frontpage Bukan DIA ni. 
Hari ni kubelek-belek lagi. Ku tukar pula gambar heroinnya.
Okeylah.. Rasanya ini yang final.

Bukan sebab apa, ku perlukan gambaran gadis berambut pendek pada awalan siri ini.
Sayang pulak kat rambut panjang mengurai heroin sebelumnya. 
Susah juga nak dapatkan gambaran rambut pendek si gadis manis itu..
;)

Bila banyak kali fikir, "Aku ni macam syiok sendiri pon ada.."
Wahahahah! Gelak kat diri sendiri.

The latest one..


#2

#1


*Untuk selebriti kita Nad Zainal, Nelydia Senrose, Nur Fathia Latif & Zul Ariffin.
(Kupinjam foto anda berempat. Mohon halalkan yer..)

Wednesday 14 May 2014

Frontpage baru BUKAN DIA


BUKAN DIA #2

Jeng! Jeng! Jeng!
Inilah dia usaha keduaku untuk bikin frontpage bagi siri BUKAN DIA (versi #2).
Dah jenuh kufikir untuk repair versi #1 yang kaler pink hari tu.
Blur juga nak cari gambar yang sesuai dengan perwatakan AIRIS dan QALIF.
Okey ker tak yang ini? Kali ini hijau2 sikit. Kampungkan menghijau.
Tapi,
jikalau pokok tu tak kena gaya, boleh juga ditukar nanti. 
Nak cari background pokok padi yang sesuai, tak berjaya. 
Kebanyakannya gambar milik peribadi.
Ermm.. apa pendapat kawan2?


BUKAN DIA #1

Okey.. yang pink ni, ku pernah upload tempoh hari. 
Tajuk asal BUKAN DIA.. GADIS PILIHANKU (Versi #2), 
memang sama macam dalam gambar tu.
 Tapi ku ubah. 
Biar pendek dan nampak lebih luas fokusnya. 
Jika tak ubah, penceritaanku akan banyak tertumpu pada QALIF seorang.


*Untuk selebriti kita Nelydia Senrose, Nur Fathia Latif & Zul Ariffin.
(Kupinjam foto anda bertiga. Mohon halalkan yer..)