Sama? Sama dengan siapa? Apa maksud mereka agaknya?
“Sama, tapi tak serupa. Perilaku
mereka, seratus peratus tak
sama. Yang ni jenis ganas
sikit. Yang dulu tu, liuk lentok macam pokok kelapa disapa badai kat tepi
pantai. Tegak bulu roma aku dibuatnya,” sebaik sahaja Danial menyampaikan
pendapatnya, berderai tawa kedua-dua lelaki itu.
Amboi! Amboi Ikram.. Nak berkenalan yer?
“Selamat berkenalan,” ucap Ikram
sambil menghulurkan tangannya ke arah Sofea. Terkebil-kebil Sofea jadinya.
Serba salah untuk menyambut salam lelaki berkenaan.
“Tak payah salam pun tak apa. Tak
penting. Bukannya muhrim pun,” celah Danial menggeleng.
“Dah! Bila korang nak balik ni?” soal
Danial serius.
“Amboi! Menghalau. Main kasar
nampak,” jawab Ikram, membalikkan tubuhnya menghadap Danial yang duduk di katil
sejak tadi.
"Phia tak mau kahwin..", luah hati Sofea.
Ikuti kisah selanjutnya,
No comments:
Post a Comment