Mula-mula rindu kat BFF yang hantu doughnut dan bakal pengantin baru tu.
Lepas tu, demam rindu pulak dia yer? Rindu kat siapa tu agaknya?
“Apasal Abang pandang Dina macam tu?”
“Tak sangka. Nampak aje kurus, berat jugak kalau dikendong,” jelas Doktor
Fahim. Menyengih. Bibirnya dikulum seketika. Menyakat nampak.
“Siapa pulak yang suruh kendong kita?” balas Nur Aisya spontan.
“Habis, takkan nak suruh Milia dan Jiji pulak yang kendong, Sayang. Mau
dengan mereka berdua sekali bergolek ke bawah. Awak tuh tinggi. Diorang tu
rendang jer orangnya.”
Berderau darah ke seluruh tubuh Nur Aisya apabila mendengarkan penjelasan
lelaki kacak yang beriak sahaja di hadapannya itu. Apa maksud kata-kata lelaki
itu agaknya.
Terlena merindu..
Sedar
tak sedar, rindu sudah mula bertandang buat seseorang yang kini tersemat
dihati. Perlahan-lahan Nur Aisya mengeluarkan majalah yang diberikan oleh
Kamilia petang tadi. Direnung wajah lelaki yang menghiasi kulit majalah
business itu lama-lama. Majalah tersebut kemudiannya dibenamkan ke atas
dadanya. Di peluk erat-erat. Matanya mula layu. Lalu terlena.
No comments:
Post a Comment