~ Selamat Menjalani Ibadah Puasa ~
IMANAFRINA pun menulis menurut gambaran serta lakaran dalam hatinya. Maka, terhasilah nukilan yang tak seberapa ini..
Tuesday, 24 June 2014
Busy..busy..busy..
Alahmak!
Minggu-minggu busy dah datanglah..
Tak sempat nak update apa-apa kat sini..
Tercari-cari akan
idea.. ilham.. dan mood..
Cepatlah!
bila nak mula balik ni..???
Tak busy mana dah kot?
Banyak yang dah selesai ni hah..
Insya-Allah, esok lusa kita update yang terkini yer..
Tungguuu...
Opss..!!
TKM : 15 dah di muatnaik kat laman sesawang NMK semalam.
Tunggu approval jer.
Esok, lusa muncullah nanti tu..
Silalah menjengah ke sana..
Ikuti kisah selanjutnya,
Monday, 9 June 2014
Tika Kita Merindu : 14
“Mak Su
nak kereta ni boleh tak, sayang?” tegur Sofea, mengganggu kosentrasi anak kecil
tersebut.
“Amsyarrr!
Boleh takk?” rengek si Mak Usu manja.
“Tak
boleh,” jawab Amsyar ringkas.
“Alah..
Bolehlah. Kesian Mak Su, Mak Su tak ada kereta cantik macam Amsyar pun. Mak Su
nak pinjam sekejap jer. Bolehlah sayang,” pujuk Sofea mengusik anak kecil itu.
Danial
tekun memerhati dari jauh.
Alahai!
budak sekolah ni. Kalau macam ni punya rayu, bukan Amsyar yang akan cair ni. Tapi
Pak Su yang cair dulu, keluh Danial
sambil mengurut-urut tengkuknya.
“Tak
boleh.. Tak boleh,” tingkah Amsyar lagi sambil melarikan kereta barunya jauh dari
Sofea.
“Kesian
Mak Su tau,” rintih Sofea.
Amsyar
tertawa memandang Mak Usunya.
Banyak pulak kejutan yang amat tak terduga hari ini..
“Selamat ulang tahun, Sayang,” ucap Danial yang tersenyum macho.
Sebuah kucupan hinggap ke dahi Sofea tanpa diduga. Bergenang
airmata wanita itu.
“Ni tipu-tipu ker betul-betul ni?” bisik Sofea bingung.
“Betul-betullah. Bukan ke hari ni birthday you?”
Sofea berusaha mengingati tarikh hari itu. Senyum yang paling
menawan dilemparkan buat Danial.
Ni babak keberapa pulak ni, dengusnya.
“Thank you..” ucap Sofea malu-malu. Telunjuk
kirinya menyapu air yang merembes di pipi.
“You’re welcome..” ucap
Danial sambil memaut bahu isterinya.
Monday, 19 May 2014
Tika Kita Merindu: 13
“Dia nak try you lah kan,” soal Danial berbau cemburu.
“Hish! Tak ada maknanya. Tak baik bersangka buruk pada orang tau.”
“Bini orang pun dia nak try jugak ker?”
“Apa yang awak mengarut ni?”
Tajam mata Danial menikam anak mata isterinya itu. Menjeling. Juga
membara di hati.
“Alah.. sembang-sembang kosong jer. Orang dah tegur, tak kan
kita nak menyombong pula.”
“Dah habis anak dara kat Malaysia ni ker? Bini orang pulak yang
dia pilih,” rungut Danial geram.
“Dia mana tahu pun. Bukannya ada tanda kat dahi ni,” balas
Sofea.
“Yang you pun pergi layan, kenapa?” soal Danial lagi.
Kena pakai macam ni ker Tuan?
“Okey jugak tu,” balas Danial seraya menjeliling ke arah Sofea.
Kuda hitam marah Tuannya??
Eleh.. setakat Sofea yang pijak, apa barang? Tak sakit mana pun.
Yang kat atas ni lagi hebat.
Buntang biiji mata kena pijak dek kuda.
Amek kau!
Tika Kita Merindu @Novel Melayu Kreatif
Kuda hitam marah Tuannya??
Eleh.. setakat Sofea yang pijak, apa barang? Tak sakit mana pun.
Yang kat atas ni lagi hebat.
Buntang biiji mata kena pijak dek kuda.
Amek kau!
Ikuti kisah selanjutnya,
Sunday, 18 May 2014
Alahai Fontpage..
Aduhai! Sakan ku mengedit frontpage Bukan DIA ni.
Hari ni kubelek-belek lagi. Ku tukar pula gambar heroinnya.
Okeylah.. Rasanya ini yang final.
Bukan sebab apa, ku perlukan gambaran gadis berambut pendek pada awalan siri ini.
Sayang pulak kat rambut panjang mengurai heroin sebelumnya.
Susah juga nak dapatkan gambaran rambut pendek si gadis manis itu..
;)
Bila banyak kali fikir, "Aku ni macam syiok sendiri pon ada.."
Wahahahah! Gelak kat diri sendiri.
The latest one..
#2
#1
*Untuk selebriti kita Nad Zainal, Nelydia Senrose, Nur Fathia Latif & Zul Ariffin.
(Kupinjam foto anda berempat. Mohon halalkan yer..)
Wednesday, 14 May 2014
Frontpage baru BUKAN DIA
BUKAN DIA #2
Jeng! Jeng! Jeng!
Inilah dia usaha keduaku untuk bikin frontpage bagi siri BUKAN DIA (versi #2).
Dah jenuh kufikir untuk repair versi #1 yang kaler pink hari tu.
Blur juga nak cari gambar yang sesuai dengan perwatakan AIRIS dan QALIF.
Okey ker tak yang ini? Kali ini hijau2 sikit. Kampungkan menghijau.
Tapi,
jikalau pokok tu tak kena gaya, boleh juga ditukar nanti.
Nak cari background pokok padi yang sesuai, tak berjaya.
Kebanyakannya gambar milik peribadi.
Ermm.. apa pendapat kawan2?
BUKAN DIA #1
Okey.. yang pink ni, ku pernah upload tempoh hari.
Tajuk asal BUKAN DIA.. GADIS PILIHANKU (Versi #2),
memang sama macam dalam gambar tu.
Tapi ku ubah.
Biar pendek dan nampak lebih luas fokusnya.
Jika tak ubah, penceritaanku akan banyak tertumpu pada QALIF seorang.
memang sama macam dalam gambar tu.
Tapi ku ubah.
Biar pendek dan nampak lebih luas fokusnya.
Jika tak ubah, penceritaanku akan banyak tertumpu pada QALIF seorang.
*Untuk selebriti kita Nelydia Senrose, Nur Fathia Latif & Zul Ariffin.
(Kupinjam foto anda bertiga. Mohon halalkan yer..)
Monday, 12 May 2014
Aku Tak Sendiri: 1
Favorite place Airis Abdullah..
Di sinilah tenpatnya mencari ketenangan.
Terangkat-angkat kening Airis sebelum bersuara, “Kau bagilah baju melayu kau tu kat aku.”
Qalif tepuk dahi, “Habis aku nak balik pakai apa?”
“Pakai singlet, sudahlah. Orang lelaki tak apa seksi-seksi.”
Menyeringai Qalif dibuatnya.
“Apa?” kasar soalan daripada Airis.
“Laa.. perempuan rupanya? Ingatkan lelaki selama ni. Biasanyalah kan, kalau orang perempuan ni diaorang tak mainlah duduk dalam lubuk ikan macam kau ni, tahu? Diorang duduk rumah. Memasak ker. Membasuh ker. Tak pun menjahit.”
Kecil mata Airis dibuatnya.
“Ikut suka oranglah. Tu, nak bagi ker tak?” balas Airis sambil berkira-kira untuk berlalu ke tepi taliair semula.
“Bagi apa?”
“Bajulah.”
“Nah. Ambik. Basuh sekali, baru pulangkan.”
“Hah! Itu nak ke mana pulak tu? Baru jer sekejap tadi kena tegur, dah nak buat lagi.”
Senja dah menjengah. Airis dijemput pulang seperti biasa.
Qalif tak ubah seperti seorang ayah tiri yang garang bagi gadis itu.
“Gilalah kau. Sejahat-jahat Airis, aku tak gatal macam kaulah, Panjang! Hari-hari mengoda anak orang.”
“Habis? Kau ingat aku ni ingin sangat ker dengan kau? Tak malu!” jerkah Qalif sambil mencebik mengejek.
Aih! Garang betullah pakcik ni, Kalau dengan Julie, pijak semut pun tak mati. Bukan main romantik lagi. Geram aku. Tak apa. Ada hari nanti, aku nak balas. Siaplah kau Panjang, rungut Airis dalam hati.
Dia berjalan pulang sambil di awasi oleh Qalif dari arah belakang. Sebiji macam orang pakai bodyguard.
Seronok jugak ada bodyguard macam ni, bisik Airis dalam hati sambil menjeling memandang Qalif secara curi.
Subscribe to:
Posts (Atom)













