Tuesday, 8 April 2014

Pedihnya Cinta: 15



Janjinya pada Melissa perlu ditepati..

Stop it occay!  I’ll never love her. Never,” balas Tengku Faiq memujuk.
Melisa masam, memeluk tubuh lalu memalingkan tubuhnya membelakangi Tengku Faiq.
“Sudahhlah tu, sayang. Kita bincang kat rumah, hurmm..” pujuk Tengku Faiq.
“Kalau you sayang pada I, you pilih. I atau dia.”
“I nak you lepaskan dia cepatlah, Dear. I risaulah macam ni,” kata Lissa manja memerangkap Tengku Faiq. Tengkuk lelaki itu dirangkul dengan kedua tangannya.
“Lissa. Bagi I masa okey,” pinta Tengku Faiq kerisauan. 
Perlahan dia menolak. Satu persatu lengan Melissa yang berlingkar di belakang tenguknya dirungkai jatuh.



"Biar betul dia ni.."


“Awak..” jawab Nur Aisya sepatah, pelik.
“Aku mampu tanggung kau,” terang Tengku Faiq tenang.
“Tapi Aisya belum habis pengajianlah.” terang Nur Aisya perlahan.
“Tapi aku mampu. Aku boleh bagi kau belanja bulanan. Kos yang lain-lain tu juga tanggungjawab aku. Macammana?”
Nur Aisya terkedu. Sungguh tak disangka-sangka. Hajat suaminya itu berbunyi agak pelik. Dia terdiam.
Mimpi ker apa Mamat ni? Ucapnya dalam hati.
Tak lama kemudian, dia bersuara semula.
“Awak cakap apa ni?” Nur Aisya buntu. Dia tak biasa duduk diam di rumah tanpa buat apa-apa kerja.
“Aisya ada buat salah lagi ke?” tanya Nur Aisya. Mana tau ada diantara perbuatannya yang memaksa Tengku Faiq membuat keputusan begitu.

Tengku Faiq mengeleng. Kemudian, dia tersenyum. 



Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif 

Sunday, 23 March 2014

Pedihnya Cinta: 14

Membawa hati yang lara di bawah pohon, sekitar waterfront..

“Kenapa?” soal Tengku Faiq.
Nur Aisya terusan membisu.
“Aku tanya kenapa?” soal Tengku Faiq kembali dalam nada yang lembut tetapi sedikit tegas.
Nur Aisya mengeleng. Bergenang.
“Aku tanya lagi sekali, kenapa?” tanya Tengku Faiq dengan intonasi suaranya yang sedikit tinggi.

Nur Aisya terkejut. Lengannya disentap oleh Tengku Faiq sekali lagi. Terheret tubuhnya. Cepat-cepat dia menurut langkah suaminya. Mereka berjalan pulang ke hotel. Laju tanpa sebarang kata-kata. Airmata Nur Aisya berjurai disepanjang perjalanan, di sebalik kaca mata hitam yang setia.

Memori sekitar Bandaraya Kuching..

“Kau jangan nak nangis depan akulah, Aisya. Kau ingat, aku nak kesian dekat kau ker? Kenapa kau ikut aku tadi hah?” Tengku Faiq menyoal lagi.
“Aku tanya ni! Kenapa kau ikut aku?” bentak Tengku Faiq.
“Sun..sungguh. Aisya tak ikut awak,” jawab Nur Aisya.
“Bohong!”
Kamera Nur Aisya direntap kasar. Nur Aisya tidak melawan. Pandangannya masih ditumpukan pada lantai. Tengku Faiq membelek-belek gambar yang tersimpan dalam memori kamera. Satu persatu gambar itu direnung.
“Betul. Aisya tak bohong, awak. Aisya jalan-jalan aje. Tak sangka pulak boleh terserempak,” terang Nur Aisya sambil cuba mengangkat muka.
“Menjawab!”
“Aisya sedar siapa diri Aisya. Aisya ingat lagi pesan awak dulu-dulu tu. Betul.. Aisya tak tipu,” Nur Aisya menyambung membetulkan keadaan.

Ikuti kisah selanjutnya, 




Pedihnya Cinta: 13


“Kalau pun awak tak suka kat Aisya, bagilah Aisya peluang jadi isteri awak dua.. tiga tahun dulu.”
“Tak payahlah ketuk-ketuk kepala Aisya macam ni. Kalau Aisya mati tadi, macam mana?” sambung Nur Aisya lagi.
“Aku dah minta maafkan. Sumpah! Aku memang tak sengaja. Manalah aku tau kau nak lalu depan tu,” terang Tengku Faiq  serba salah.

Beginikah suasana dalam perjalan pulang dari kampung halaman Nur Aisya?
 Dia banyak mendiamkan diri sambil membuang pandang ke luar tingkap...

“Terima kasihlah, awak.”
What for?” soal Tengku Faiq serius menumpukan perhatiannya pada jalan tar hitam Lebuh Raya Utara Selatan itu.
“Yelah, dah tolong berlakon jadi suami Aisya selama kita kat kampung ni.”
Tengku Faiq tergamam. Dia tak menyangka ayat itu yang bakal keluar dari mulut Nur Aisya. Wajahnya sedikit berubah.
“Aisya hargai kerjasama dan jasa baik awak tu,” tambah Nur Aisya lagi.
“Kita jangan sebut lagi hal tu boleh tak?” ucap Tengku Faiq tegas.

Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 12

Si gadis berbaju kurung, 
Si teruma bersongket tenun,
Scallop khemah sudah pun tergantung,
Tinggal lauk  hendak disusun..

“Mama D suruh Pak Usu makan dulu.”
“Siapa?”
“Mama D. Tu kat sana,” Ardini menunding jari ke arah Nur Aisya yang duduk bersimpuh di tengah rumah sambil tersenyum simpul.
“Bisik pada Mama D, Pak Usu kenyang lagi. Nanti Pak Usu makan ye.”
Adrini berlari mendapatkan Mak Usunya, Nur Aisya. Dia berbisik ke telinga si cantik manis yang disapa sebagai Mak Usu. Dari jauh Tengku Faiq memerhati. Kelihatan Nur Aisya berkata sesuatu. Anak kecil itu mengangguk-angguk. Kemudian, dia berlari semula mendapatkan Tengku Faiq. Tengku Faiq tunduk mendengar. Mengerti.
“Bisik dengan Mama D, tunggu orang balik. Makan sama-sama.”
“Okey,” akur Ardini.

Aik! Pakai perantara pulak yer..

Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif 

Wednesday, 12 February 2014

Tika Kita Merindu: 11

Tergerak hatinya untuk menahan dia dari pergi..

“Maaf. Phia minta diri sekejap,” ucap Sofea sebelum berdiri dan mohon berlalu pergi. Malu. Dia malu sekali. Adakah benar dia punca pertelingkahan antara kedua-dua anak muda itu.
“Fe..” Danial bersuara, seolah-olah bisa membaca apa yang tersirat pada hati kecil isterinya itu. Tangan kananya kelihatan pantas menyauk lengan kiri Sofea. Tersedar, mungkin gadis itu tersinggung.
“Sekejap ajer,” luah Sofea dengan lenggok tubuh yang begitu lembut.
Danial mengangguk. Membenarkan isterinya pergi buat seketika.
“Jaga sikit mulut you, boleh?” soal Danial keras memandang Dalina sebaik sahaja Sofea berlalu.
“Mulut I, suka hati I lah. Yang you sibuk sebab apa?” balas Dalina menegas.
“Sebab dia isteri I,” segera dari mulut Danial sambil berkerut masam.


Ehh.. Apa ni? Gila ker apa? Dengus Sofea dalam hati.

“Wait! Wait! Fe..” panggil Danial.
Sofea tak mengendahkan panggilan suaminya.
“Kalau bertentang mata asyik nak bertekak ajer, baik tak payah,” bebel Sofea.
“Sayanggg!” lembut lemak-lemak merdu panggilan yang dilontarkan oleh Danial.
Panggilan itu berjaya mengunci langkah Sofea. Bergetar tubuhnya.
Tak mungkin aku bermimpi agaknya. Mana mungkin, bisiknya lagi.
“I’m so sorry, Sayang. Janganlah macam ni. I gurau jer tadi,” rayu Danial yang berdiri dibelakang Sofea. Sepasang tangannya mula melingkari pinggang Sofea. Sejuk kaki tangan Sofea.


Ikuti kisah selanjutnya,

Tuesday, 11 February 2014

Tika Kita Merindu: 10

Suka-suka hati dia nak tarik rambut orang.. 
Mari sini orang tarik pulak rambut awak tu pula. Kita tengok, sakit ker tidak..

“Kau siapa nak tengking aku?” soal Danial tercabar. Rambut Sofea digenggam kasar. Cepat-cepat Sofea menekap kepalanya yang mula terasa perit. Bibirnya dikumam. Dahi dan dagunya serentak berkerut.
“Pantang datuk nenek aku jikalau ada orang perempuan yang kurang ajar dengan aku tau?” pesan Danial menyinga.
Sofea meronta. Tapi ternyata kudratnya tak mampu untuk melawan.
“Melawan?” tarikan itu lebih kuat berbanding sebelumnya.
“Lepaslah. Sakit, tau tak,” rayu Sofea. Bergenang.
“Orang rela matilah dari hidup bersama lelaki macam awak ni,” tambah Sofea geram lalu pandangan mereka saling bertaut beberapa ketika.
“Sikit-sikit, nangis. Sikit-sikit, nangis,” Danial meleraikan cekakkan rambut yang ditariknya. Tubuh Sofea ditolak, terhumban jatuh di atas sofa.


Sakit, tak sakit.. 
            Bergenang jugaklah air mata dia..


Selisih faham pun belum reda, datang pulak segala macam syarat. 
Ini suka ker tak suka sebenarnya ni?

“Okeylah. Kalau Dan tak boleh ikut esok, Fe pun tak boleh pergi jugaklah,” pernyataan selamba dari Danial menyusup masuk ke corong telinga Mamanya.
Fe mana pulak ni? Aku ker? Soal Sofea dalam hati.
Kemudian Danial  berpaling pula ke arah Sofea, “You.. Kalau suami tak izinkan, jangan gatal-gatal nak ikut pulak tau. Tahu apa hukumnya?”. 
Bulat mata Sofea memandang wajah Danial yang selamba dalam ketegasannya.

Ikuti kisah selanjutnya,


Sunday, 9 February 2014

Pedihnya Cinta: 11


Menjenguk keluar rumah seketika dari jendela dapur 
sebelum menapak masuk ke kamar mandi.


Pelik bin ajaib ni. Tak ada bunyi air pun. Mandi ke tidur ni?

 Tengku Faiq lihat lampu pada pemanas air telah bertukar warna. Dia mula tersenyum.
Sayang pun kau kat aku ya, fikir Tengku Faiq nakal.
Butang pun ditekan. Berlumba-lumbalah air suam keluar dari pancuran mandi tadi. Nur Aisya tersenyum dari luar bila mana terdengarkan bunyi percikan air menghempas lantai. Dia segera ke bilik.



Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif