Wednesday, 22 January 2014

Pedihnya Cinta: 6

Baik balik kampus. Duduk sini lama-lama pun, bukannya orang suka kat kita.
Selamat tinggal, awak..

Nur Aisya menarik begnya menuju ke arah balai berlepas. Setelah melangkah beberapa tapak ke hadapan, dia berhenti dan berpaling. Tengku Faiq yang ingin beransur masuk ke kereta, turut sama berhenti. Kepalanya sedikit didongakkan sebagai isyarat bertanya kenapa.
            “Mana ada orang pakai cermin mata hitam, diawal-awal pagi yang mendung  macam ni. Pengecut!” kata Nur Aisya mengusik lalu mengenyit matanya.
            Tengku Faiq terkasima. Malu. Hatinya sedikit tercuit dengan telatah gadis itu. Cepat-cepat dia masuk ke kereta dan memecut pergi. Dia belum bersedia untuk kalah dengan kemanjaan Nur Aisya ketika itu. Setelah beberapa ela perjalanan, dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Nota kecil pemberian Nur Aisya segera diamati.


Saya sayang awak – Nur Aisya

Tengku Faiq mengeleng.
Bengong budak ni, dengusnya.


Ikuti kisah selanjutnya, 


Pedihnya Cinta: 5

Berlaparlah jawabnya. Bertuah punya budak. Sesuka hati dia jer..

“Kalau gitu kata Puan, saya minta diri dulu,” balas Saerah.

Saerah berlalu pergi. Nur Aisya menghadiahi gadis pembantu itu akan sekuntum senyuman sebagai tanda terima kasih. Tengku Faiq menutup pintu, dahinya jelas berkerut memandang si isteri dengan tanda tanya. Bila masa pulak dia dah makan kat luar tadi. Dia hanya keluar, ronda-ronda bandar. Saja ukur jalan. Tangannya mengosok perut perlahan-lahan. Namun begitu, Nur Aisya kembali duduk di tepi katil. Buat hal sendiri-sendiri seperti yang dipinta.



A: Malas nak layan.. F: Ada aku suruh layan ker?


“Awak. Aisya tak nak gaduhlah,” akhirnya Nur Aisya terpaksa bersuara.
“Tak nak gaduh? Amboi, baiknya,” balas Tengku Faiq mencebik.
 “Memang Aisya baik. Habis, kenapa?  Ada masalah?” soal Nur Aisya berani.

“Heheh… masuk bakul angkat sendiri nampak. Orang tak puji, dia pulak lebih-lebih,” ujar Tengku Faiq tertawa.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Monday, 20 January 2014

Pedihnya Cinta: 4

Alhamdulillah.. 
Selesai majlis seperti yang diatur oleh Cik Faradina..

“Alahamdulillah. Semuanya cukup. Ada sikit bakinya pada saya ni,” terang Faradina.
“Tak apalah. Baki tuh kamu ambillah ya. Buat belanja kopi budak-budak yang bekerja ni.,” balas Mak Engku.
“Ehh.. upah semua dah kira dah, Mak Engku. Dah ada bahagian masing-masing. Lagipun banyak sangat ni,” Cik Faradina menolak.
“Banyak mana je pun. Saya ikhlas. Semua dah selesai, saya puas hati dengan hasil kerja budak-budak kamu tu. Datin dan Dato’ pun puas hati jugak. Dan ini ada sedikit tanda hati daripada kami sekeluarga,” Engku Najehah memuji. 



Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 3


Rose garden di perkarangan taman kediaman Engku Najehah.

Sedang dia duduk berbual-bual dengan Engku Nenda di wakaf, suaminya muncul
dengan senyuman yang berjela-jela. Tangan kanan dan pipi Engku Nenda dikucup seperti selalu. Seketika kemudiannya, pandangan pemuda itu beralih pula ke arahnya sambil tersenyum lebar. Lengan Nur Aisya ditarik lembut, lalu tubuh itu dirangkul kemas. Dahinya dikucup perlahan dengan penuh makna.
I love you, Sayang,” Kata-kata keramat itu cukup membuatkan hati Nur Aisya berbunga-bunga. Sungguh indah hidup Nur Aisya kini.
“I love you too,” itulah jawapan Nur Aisya dan terasa dialah wanita paling bahagia dan bertuah di muka bumi ini pada saat itu. 


Nasi lemak sotong antara menu kegemaran bapa mernua Nur Aisya.
Bagaimana pula dengan Tengku Faiq? 

“Kamu tunggu apa lagi? Cuba sesekali tuh ubah selera sikit. Taklah roti dan telur hari-hari. Jemu juga. Lama-lama muka pun boleh jadi macam telur,” gurau Dato’ Farid kepada anak lelakinya itu. Tengku Faiq yang sedang mengambil roti, terhenti.
Aik! Papa ni, main perli-perli nampak. Mana aci macam ni, aku sorang jerk yang kena, kata Tengku Faiq sambil membuang pandang ke arah Mamanya.
Datin Farida yang sedang menyuap nasi lemak sotong ke mulut turut sama tertawa. Kelakar bila melihat anaknya terpinga-pinga untuk mengambil roti.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Thursday, 16 January 2014

Pedihnya Cinta: 2


Bilik pengantin ker ni? Dengan duvey maroon gitu..



“Ehmmm..! Apa lagi you buat depan pintu tu? Tak tahu-tahu nak masuk,” Tengku Faiq menyapa kasar tatkala Nur Aisya masih lagi tercegat di depan pintu bilik tersebut.
“Tutup pintu tu,” arah Tengku Faiq menegas.
“Baik,” jawab Nur Aisya ringkas.
Tengku Faiq menanggalkan tanjak dikepalanya lalu diletakkan di atas katil. Dia mencapai tuala seraya berlalu ke kamar mandi.
Fuh! Lega. 


Pijamas favorite Nur Aisya..

Kenapa pula Mamat garang ni tidur di sini, bisiknya lagi.
Dia berpaling ke arah katil yang masih  kosong. Hatinya mula celaru. Tiba-tiba jiwanya resah. Wajah lena si suami terusan direnung. Pelbagai sebab menari-nari dimindanya.


Ikuti kisah selanjutnya, 


Tika Kita Merindu: 9



"Kompang dipalu pengantin baru,Duduk bersanding tersipu malu, kompang dipalu pengantin malu, Moga bahagia ke anak cucu.."



“Ni tercari-cari Phia ngaper? Baru hilang sekejap jer hilang, dah rindu yer,” seloroh Marini lagi sambil tertawa.
”Haah! Rindulah sangat-sangat ni,” balas Danial sebelum berlalu pergi. Tanjak di tangannya dibelek-belek.


 Flat screen TV? Sika-suka hati dia yer erk..

“Jangan risau. Aku tak akan minta apa-apalah dari kau. Takkan. Apalah yang ada pada kau ni? Nothing. Tak memberangsangkan langsung. Flat screen macam TV tu hah. Shape pun tak ada, lurus jer tak ada kelok-kelok. Tak selera pun,” Danial tertawa lagi. Mulutnya di muncungkan ke arah televisyen yang melekat di dinding. Satu persatu butang kemeja putihnya dibuka, lalu dicampak ke lantai. Kini, singlet putih yang tersarung dibadan pula cuba dibuka.
Suka-suka jer gelar aku flat screen yer. Macamlah dia tu segak sangat. Perasan, umpat Sofea dalam diam.


Ikuti kisah selanjutnya,

Wednesday, 15 January 2014

Tika Kita Merindu: 8

Sama? Sama dengan siapa? Apa maksud mereka agaknya?

“Sama, tapi tak serupa. Perilaku mereka, seratus peratus tak sama. Yang ni jenis ganas sikit. Yang dulu tu, liuk lentok macam pokok kelapa disapa badai kat tepi pantai. Tegak bulu roma aku dibuatnya,” sebaik sahaja Danial menyampaikan pendapatnya, berderai tawa kedua-dua lelaki itu.


Amboi! Amboi Ikram.. Nak berkenalan yer?

“Selamat berkenalan,” ucap Ikram sambil menghulurkan tangannya ke arah Sofea. Terkebil-kebil Sofea jadinya. Serba salah untuk menyambut salam lelaki berkenaan.
“Tak payah salam pun tak apa. Tak penting. Bukannya muhrim pun,” celah Danial menggeleng.
“Dah! Bila korang nak balik ni?” soal Danial serius.

“Amboi! Menghalau. Main kasar nampak,” jawab Ikram, membalikkan tubuhnya menghadap Danial yang duduk di katil sejak tadi.


"Phia tak mau kahwin..", luah hati Sofea. 



Ikuti kisah selanjutnya,