Thursday, 10 April 2014

Pedihnya Cinta: 21

Jaga kau budak sekolah. Ada lori ada bas tau tak??

“Aisya ni memang melampaukan, Mak Nah. Pada semua orang dia nak lelong saya ni. Tak sayang suami betul,” komplen Tengku Faiq. Nur Aisya di sisi sempat dijeling.
“Mana awak pasti yang Aisya tak sayang awak? Entah-entah awak yang tak sayang Aisya,” Nur Aisya menjawab spontan.


Bila ulat bulu dah mula merancang untuk memanjat daun...


Ermm.. merancang nak kenakan Nur Aisya lah tu.
 Sambil menyelam, boleh minum air..

“Good girl. Macam itulah. Patuh arahan suami,” giliran Tengku Faiq mula menyakat.
“Siapa?” soal Nur Aisya nakal.
“Suami..” selamba daripada Tengku Faiq pula.
“Ohh… suami. Okey,” ulang Nur Aisya.
Dua-dua pun sama bengong. Susah sangat nak mengaku sayang.

Dah pandai nak bermanja-manja rupanya Mamat ni...

Terima kasih kat Mak Nah sebab hantarkan Aisya cucur udang
 yang amat bermakna ni. Love you Mak Nah..

“Ohh.. lapar rupanya. Apasal tak cakap siang-siang? Itulah, mengaku kenyang lagi. Nasib baik Aisya tak telan semua cucur udang ni. Kalau habis Aisya telan tadi, tak pasal-pasal ajer ada orang yang kempunan. Apa-apa jadi kat awak nanti, Aisya jugalah yang akan dipersalahkan. Macam-macamlah pulak orang mengata Aisyah nanti. Abaikan suamilah. Tak bertanggungjawablah. Tak sayang suamilah. Macam-macam lagilah. Itulah awak..” belum habis lagi ayat yang bakal dilontarkan oleh Nur Aisya, mulutnya cepat-cepat ditekup oleh Tengku Faiq.
“Lapar..” ucap Tengku Faiq sepatah. Jari jemarinya perlahan-lahan meninggalkan  pipi halus milik Nur Aisya.
“Lapar erk…”
Tengku Faiq mengangguk. Terkial-kial tangan Nur Aisya menuang sos di dalam piring kuih. Menggeletar tubuh rasanya bila ada mamat ego dah bertukar nak jadi romantik. Romantik ker? 




Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday, 9 April 2014

Pedihnya Cinta: 20

Opps! Sorry.. Saya tak sengaja.. Maafkan saya..

“Jiji, sudahlah tu. Malulah orang tengok,” sampuk Nur Aisya ketika menarik-narik lengan Azira. Mengajak pergi gamaknya.
 “Tak adalah. Mulut tu agak-agaklah sikit kalau nak bercakap. Dia tu yang gedik, tuduh orang apahal,” terang Azira sedikit tenang.
Gadis tersebut kembali melenting. Matanya dibuntangkan ke arah Azira.
“Mulut kau tu jaga sikit ye. Kau dengan kawan kau tu sama je,” kata gadis tersebut mencebik.
“Hey! Apa ni? Sayang?” tiba-tiba seorang lelaki mencelah, ditangannya sarat menjinjing beg kertas.
“Perempuan ni lah. Langgar I, sakit tau. Buta agaknya,” terang Suzi manja.
“Sikit jer kan,” balas lelaki tadi.
“Err.. maaf ye Cikkk…” lelaki itu hilang kata-katanya sebaik sahaja memalingkan badannya menghadap si gadis yang tercegat berdiri dibelakangnya.
Bau haruman yang semerbak mewangi ketika itu seolah-oleh amat dikenali oleh Nur Aisya. Matanya dipejam. Membatu. Bibirnya dikumam. Mulutnya terkunci. Perlahan-lahan dia membuka mata. Suaminya, Tengku Faiq ada di depan mata. Air liur diteguk perlahan.
“Nur Aisya..” celah Azira perlahan sambil memandang ke arah Nur Aisya. Serba salah pun ada.
Tiga pasang mata pun bertembung. Sepi. Suzi semakin geram. Hatinya terbakar bila mana terlihatkan situasi tersebut.


Gugup bila bertentang mata, lidah pun kelu nak berbicara.
Namun kau tetap tenang bila bersemuka..


Aku tau Hang sorokkan sesuatu, Cha. Hang jangan nak berlakon depan aku, bisik Azira dalam hati.
Wajah lesu Nur Aisya direnung dalam diam.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 19


Dapat smartphone baru yer? Yang lama tu macam mana?

“Assalamualaikum, makcik,”
“Waalaikumussalam..”
“Heheheheh,” berdekah dekah suara orang ketawa dari dalam talian tersebut.
“Siapa ni? Saya bukan makcik awak,” terang Nur Aisya sejujur-jujurnya.
“Saya tau lah awak tu bukan makcik saya. Tapi awak tu..”
“Saya apa?” tanya Nur Aisya kembali.
“Tak ada apa-apalah. Apa-apa pun tak kisah. Sila kotakan janji kau pada aku. Aku nak tuntut  malam ni. See you tonight. Pergilah belek-belek kereta baru kau tu.”
“Heheheheh…” tertawa pula suara yang berada dalam talian.
“Tengku?” tanya Nur Aisya ragu-ragu.
“Hurmm… Handphone tu okey tak? Suka?”
“Okey..” jawab Nur Aisya sepatah, lambat-lambat.
“Kalau okey, simpan elok-elok. Telefon buruk kau tuh, hantar pergi muzium ajer,” usik Tengku Faiq lagi. Tertawa.
“Hish! Ingatkan orang mana tadi. Menyesal angkat tau,” Nur Aisya geram. Mengetap bibir. Berpaling ke kiri dan kanan mencari arah.


Kau buat hatiku resah gelisah..

“Eii! Malas nak layan. Jomlah balik. Mengantuk,” ajak Nur Aisya.
“Merajuklah tuh. Dah lah tak comel, buruk lagi ada lah bila buat muka seposen macam ni,” sakat Tengku Faiq lagi sambil mencuit dagu Nur Aisya yang muncung mulutnya. Masam mencuka.
Nur Aisya membuang pandang ke cermin sisi kirinya. Geram mendengarkan usikan Tengku Faiq yang main-main itu.
“Tapi..
Nur Aisya mencerlung memandang suaminya. Menantikan bait-bait kata-kata yang terhenti setengah jalan itu.
“Siapa pulak F.I tu?” berderau darah Nur Aisya apabila soalan itu dikemukan kepadanya oleh Tengku Faiq. Serius. Secebis senyuman pun tak ada pada raut wajahnya.
 “Answer me, please,” tambah Tengku Faiq. Jari jemarinya ditari atas steering kereta. Matanya tepat merenung odometer yang bercahaya. Giginya mengigit-gigit bibir sendiri.
Nur Aisya diam seribu bahasa. Menoleh pun tidak. Tak berani woo.. 
Siapa nak tolong jawab ni??


“Abang Faiq tau pasal dia?” 
Nur Aisya menggeleng perlahan. 
Mungkin, bisik hatinya.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Tuesday, 8 April 2014

Pedihnya Cinta: 18


“Ohh.. kira wasiatlah ni,” Tengku Faiq tertawa.
“Bukan wasiat arwah nenek. Tapi ikatan janji Engku Nenda dengan arwah nenek.”
“Kerja gila.”
“Kenapa awak cakap macam tu?” tanya Nur Aisya memohon kepastian.
“Iyalah. Kau tak rasa semua ni kerja gila? Mereka yang berjanji, hidup kita yang kucar kacir. Kita yang jadi mangsa.”
Nur Aisya merenung ke dalam mata suaminya. Dalam. Perlahan, kepalanya digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Tengku Faiq terpana dengan reaksi gadis di hadapannya. Renungan tajam mata Nur Aisya di balas dengan beraninya.
“Dulu ya. Tapi sekarang, tak lagi,” jawab Nur Aisya.
Tengku Faiq mengeluh.
Ya-Allah, manusia jenis apakah yang ada di depan mataku ini, keluh lelaki itu dalam hati.


“Dah. Tidurlah..” ucap Tengku Faiq perlahan. Sukar untuknya mentafsir isi hati gadis itu.
Nur Aisya bangkit, berjalan merapati katil. Tubuhnya di rebahkan kembali ke atas tilam empuk bercadar kuning cair.
“Awak, kenapa awak baik sangat dengan Aisya hari ni?” soal Nur Aisya perlahan.
Tengku Faiq terbaring lesu memandang siling.

Apakah dia harus menerima bulat-bulat akan cerita Nur Aisya tadi. Ahhh… Dia sendiri pun tak beberapa pasti. Yang pasti, dia telah menemui sesuatu hari ini. Pintu hatinya dah mula merenggang untuk mendengarkan keluhan hati seorang insan yang bergelar isteri. 



Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 17

Tersisip di dalamnya  dua keping kad 
yang bersampulkan envelope merah jambu..


Salam rindu di angin lalu,
~ F. I ~

Kotak fikiran Tengku Faiq mula ligat berpusing.
F. I? Siapa F. I di hati Nur Aisya agaknya? Rindu? Main rindu-rindu pulak. 
Tak boleh jadi ni.

Sepantas kilat, dia teringatkan sesuatu. Kad nama yang tersisip dalam saku kecil pada kulit dalam diari dikeluarkan semula. Apakah kaitannya di antara dua kad yang ada pada tangannya? Adakah pen berjenama itu juga saling terkait sama? Tengku Faiq cuba menaakul. 



Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 16

Senyumanmu..

“Rindu?” nak tercekik Nur Aisya dibuatnya.
Tengku Faiq mengangguk menyengih.
“Aisya rasa awak ni memang tak betullah hari ni.”
“Aiik! Kena puji pun hangin juga ker makcik?” tanya Tengku Faiq.
Nur Aisya menjegilkan matanya. Mereka berdua tertawa.
Aku pun dah berjangkit demam ni, bisik Nur Aisya dalam hatinya.
“Malam ni, ada kerja tak?” tanya Tengku Faiq ingin tahu.
“Tak ada kot. Kenapa?”
Tengku Faiq tersenyum lagi lalu mengangkat keningnya. Pandangannya ditumpukan pada jalanraya. Diam. Sesekali menyengih-nyengih sendiri.
“Betullah awak ni. Memang demam ni.. Sengih sana. Sengih sini,” usik Nur Aisya lagi.

~Cristina Suzanne:Timberlake:Fathia Latif~

“Handsome ke? I lagi handsome what? Hero macam tu pun minat,” selamba Tengku Faiq membalas.
Tumpuan Nur Aisya tiba-tiba terhenti. Dia menoleh ke arah wajah suaminya. Dahinya berkerut-kerut. Mulutnya disengetkan sedikit. Dagunya juga berkerut.
“Handsome?”soalnya.
“Ermm..” jawab Tengku Faiq bangga.
“Ermm.. Bolehlah… Sikittt…” jawab Nur Aisya sambil tertawa dan mengayakan isyarat sedikit di jari kelingking dan jari ibunya.
“Apa you kata?” soal Tengku Faiq.

Tak habis lagi usikannya...

Sweet. Sekali pandang macam Nur Fathia,” terang Tengku Faiq jujur sambil mengenyit mata.
“Siapa Nur Fathia?”
“Pelakon tu lah. Budak Sunsilk,” terang Tengku Faiq. Sambil membuat aksi menyepak bola persis iklan syampu tersebut di kaca televisyen.
“Ohhh.. okey. Tapi dia cantik sangat. Saya ni kurang sikit dari dia. Almaklumlah, orang kampung aje,” jawab Nur Aisya malu-malu.
“Perasan! I tak kata yang you cantik macam budak tu. I cakap budak tuh yang cantik. Tak malu,” kata Tengku Faiq mencebik.
“Awak!” jawab Nur Aisya malu.
“Tapi kan kalau dua kali pandang macam pelakon Kris Cempaka apa yerk? Lupalah pulak,” jelas Tengku Faiq menyengih.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 15



Janjinya pada Melissa perlu ditepati..

Stop it occay!  I’ll never love her. Never,” balas Tengku Faiq memujuk.
Melisa masam, memeluk tubuh lalu memalingkan tubuhnya membelakangi Tengku Faiq.
“Sudahhlah tu, sayang. Kita bincang kat rumah, hurmm..” pujuk Tengku Faiq.
“Kalau you sayang pada I, you pilih. I atau dia.”
“I nak you lepaskan dia cepatlah, Dear. I risaulah macam ni,” kata Lissa manja memerangkap Tengku Faiq. Tengkuk lelaki itu dirangkul dengan kedua tangannya.
“Lissa. Bagi I masa okey,” pinta Tengku Faiq kerisauan. 
Perlahan dia menolak. Satu persatu lengan Melissa yang berlingkar di belakang tenguknya dirungkai jatuh.



"Biar betul dia ni.."


“Awak..” jawab Nur Aisya sepatah, pelik.
“Aku mampu tanggung kau,” terang Tengku Faiq tenang.
“Tapi Aisya belum habis pengajianlah.” terang Nur Aisya perlahan.
“Tapi aku mampu. Aku boleh bagi kau belanja bulanan. Kos yang lain-lain tu juga tanggungjawab aku. Macammana?”
Nur Aisya terkedu. Sungguh tak disangka-sangka. Hajat suaminya itu berbunyi agak pelik. Dia terdiam.
Mimpi ker apa Mamat ni? Ucapnya dalam hati.
Tak lama kemudian, dia bersuara semula.
“Awak cakap apa ni?” Nur Aisya buntu. Dia tak biasa duduk diam di rumah tanpa buat apa-apa kerja.
“Aisya ada buat salah lagi ke?” tanya Nur Aisya. Mana tau ada diantara perbuatannya yang memaksa Tengku Faiq membuat keputusan begitu.

Tengku Faiq mengeleng. Kemudian, dia tersenyum. 



Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif