Tuesday, 14 January 2014

Tika Kita Merindu: 5

Skodeng Cik Phia yang dimaksudkan oleh Danial?

“Aku fikir, kau dah salah gambar ni,” katanya perlahan. Telefon itu bertukar tangan.
“Tak. Memang dia. Sofea Abdullah,” balas Danial  dalam nada yang perlahan sambil memandang pada skrin telefon yang ada dalam genggamannya itu. Telefon tersebut pantas diletakkan di atas meja.
“Really?” soal Ikram pantas mengambil kembali telefon pintar yang terbaring di atas meja.
“Biar betul Bro!” kata Ikram lagi sambil menyerahkan telefon tersebut kepada Lia Aryana.
Melopong mulut Lia Aryana apabila menatap wajah itu. Pandangannya di alih satu persatu daripada Danial  kepada Ikram.


 Tak sangka pulak pohon rambutan gading tu tak besar mana yer..
Jangan marah-marah. Nanti cepat tua, Bro..

“Itu?” soal Danial kembali.
Sofea mengangguk.
“Besar tu? Macammana nak panjat?”
“Sebab itulah orang suruh guna galah jer tadi. Tuan degil, tak mau dengar,” jelas Sofea berani.
“Kalau aku sangkut kau atas pokok tu, nak?” Danial mula naik angin. Tebal mukanya menahan malu. 
“Tak sempat nak tersangkut pun, patah terus dahan tu,” balas Sofea hampir-hampir terhambur tawanya di depan Danial.


Ikuti kisah selanjutnya,
Tika Kita Merindu @Novel Melayu Kreatif


Sunday, 12 January 2014

Tika Kita Merindu: 4


Bila Si Mama mula memujuk,
Si anak teruna pula mula mengusik..

“Maaa.. Hishhhh! Mengarutlah. Dan ni straight tau. Kalau pembaris besi tu lurus, Dan lagi lurus tau. Agak-agaklah kalau nak melawak pun..”
“Habis?”
“Habis apanya, Ma?”
“Teruk sangat ker Phia tuh, Dan?”
“Dan tak katalah dia tu teruk. Buat kawan mungkin bolehlah. Dah macam adik jer pada Dan. Kalau lebih dari tu, tak mungkin. Tak akan mungkin. Fullstop,” balas Danial siap dengan gaya lagi.
“Memilih!”
“Of course what.. Memilih yang terbaik untuk diri sendiri itu memang perlu, Ma. Kita nak hidup lama berdua. Bukannya satu dua hari ajer. Apa kata kita serah saja budak tu pada Papa?” usik Danial.




Perit dipipi, perit lagi rasa dihati..

“Tuan nak tampar orang? Silalah.. Sila.. Tampar!”
"Kau jangan Cabar aku Sofea," ucap Danial mengetap gigirnya menahan marah.
“Orang sedarlah, orang ni siapa kat rumah ni. Orang belum lupa diri tau. Tuan tu yang tak sedar diri. Tak tahu diuntung,” Sofea bersuara. Tinggi intonasinya.



Ikuti kisah selanjutnya,

Thursday, 9 January 2014

Pedihnya Cinta: 1

“Abang Long harap Faiq boleh jadi pembimbing dan pelindung buat Nur Aisya. Dialah satu-satunya saudara kandung yang Abang Long ada. Jaga dia bagi pihak Abang Long dan keluarga.” 
Mereka berpelukan. Tengku Faiq mengangguk. Anak matanya dilemparkan pada wajah tulus isterinya, Nur Aisya.


Ardini kesayangan Mama D..


 Kanopi dan pergola dihias indah dengan bunga-bunga segar dari warna hijau dan putih.


Kek perkahwinan yang dihias cantik .

Semuanya telah tersedia, menanti malam menjelma..
Resepsi indah buat dara dan teruna..


Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif  




Wednesday, 8 January 2014

Pedihnya Cinta: Prolog

“Aku terima nikahnya Nur Aisya Irdina binti Ilham dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai!”


Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku Faiq Iskandar. Tiada siapa pun yang tahu apa yang bermain dimindaku ketika itu. Juga tiada siapa pun akan pernah bertanya kepadaku, bahagiakah aku dengan pilihan itu. Fikiranku ketika itu terus melayang-layang dibuai pilu. Perlukah aku menangis hiba? Ataupun tertawa gembira? Lamunanku terhenti tatkala terdengarkan suara seseorang berdehem di hadapanku. Kepala kuangkat  mendongak. Segak bergaya seorang lelaki yang memakai sepersalinan baju melayu putih gading dengan siap bersampin songket sedang terpaku memandangku. Aku terpaku seketika. Segak sungguh, hati nakalku mula berkata-kata. 



Tak kenal, juga tak pernah bercinta..
Bersua, tapi tak pernah berbalas bicara. .







Mereka disatukan atas ikatan janji antara kedua-dua Nenda..

Semoga berkekalan sehingga ke syurga hendakNya..




Ikuti kisah selanjutnya, 



Tuesday, 7 January 2014

Tika Kita Merindu: 3

Papa bagi amaran kepada, Dan. Sekiranya sekali lagi perkara macam ni berlaku, Papa tak akan teragak-agak untuk kahwinkan kamu berdua.”
“But we’re not doing anything wrong Papa,” balas Danial  pantas membela diri.
“Tak salah kata kamu? Yang tinggal berdua-duan dalam rumah ni tak salah?” soal Tan Sri Khaleq merenung tajam pada wajah anak terunanya itu.
“Dia dekat bilik dia, Dan dalam bilik Dan. Apa yang salahnya Papa?” soal Danial  lagi.
“Tapi kamu masih berdua-duaan! Di tempat tertutup, yang boleh menimbulkan curiga di hati sesiapa.”


Apakah sebenarnya yang telah berlaku diantara  Danial dan Sofea? 
Adakah ini bermakna bahawa





"KONFLIK"
antara mereka  akan bermula?





Encik Keliru dan Cik Dilema  pun mula menonjolkan diri masing-masing dicelah-celah kekusutan yang ada ....



Ikuti kisah selanjutnya,



Monday, 6 January 2014

Tika Kita Merindu: 2

Tum! Pintu kamar itu dihempas oleh Danial. Terkatup rapat. Sofea yang mula mengorak langkah juga terkejut badak.

            “Hempaslah pintu tu kuat-kuat. Kalau tercabut nanti, baru padan muka. Jangan kata aku pulak yang pecahkan sudah,” rungut Sofea, herot-herot mulutnya.


Tak lama kemudian...


“Mana kemeja biru laut aku?” tegas Danial  bercekak pinggang. Beberapa juraian air kelihatan masih melurut dari anak rambutnya.
            “Yang mana satu, Tuan?” soal  Sofea perlahan. Malu-malu gitu. Iyalah dengan penampilan Danial  yang seksi bertuala. 
Boleh pingsan pun, mau. Tubuh sasa lelaki itu jelas terserlah. Cepat-cepat Sofea mengucap dalam hati.
             “Tak pun baju-T Hard Rock CafĂ© . Yang putih tu. Mana?”
            “Yang tulis London tu?”
“Iyalah. Mana?” soal Danial  lagi.
“Tadi Phia dah basuh.”
“Siapa pulak yang suruh engkau basuh baju tu?” soal Danial menyelinga.
“Tadi, Tuan yang suruh Phia basuh. Tuan nak Phia ambilkan semula?”soal Sofea memandang ke arah lain. Mana berani nak tatap lelaki seksa tuh lama-lama. Patah lututnya nanti.
“Heyyy! Apasalah kau ni lembab sangat hah. Pergilah.. Aku pakai baju lain.”
Baru menapak beberapa langkah loceng pintu pun berbunyi. 



 Vs.




Ikuti kisah selanjutnya,



Tika Kita Merindu: 1

“Jangan asyik sembang dengan laut, Dik. Angin pun tak selalu datang menyapa. Kalau rindu, katakan rindu. Phia rindu pada dia yer?” soal Suraya cuba menduga.
“Rindu?”
“Haah… Rindu,” cukup selamba jawapan daripada Sofea.
“Ermm.. Pada siapa yerk?” soal Sofea kembali.

Suraya mengangkat kedua tangan dan bahunya tanda tak tahu. Saja jer buat-buat tak tahu sebenarnya.

Pada siapa agaknya Sofea merindu? Adakah si dia yang pernah muncul dalam kamus hatinya.. Atau pada James yang selalu menganggu hari-harinya di rantauan.


Vs.



Ikuti kisah selanjutnya,