Wednesday, 8 January 2014

Pedihnya Cinta: Prolog

“Aku terima nikahnya Nur Aisya Irdina binti Ilham dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 tunai!”


Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku Faiq Iskandar. Tiada siapa pun yang tahu apa yang bermain dimindaku ketika itu. Juga tiada siapa pun akan pernah bertanya kepadaku, bahagiakah aku dengan pilihan itu. Fikiranku ketika itu terus melayang-layang dibuai pilu. Perlukah aku menangis hiba? Ataupun tertawa gembira? Lamunanku terhenti tatkala terdengarkan suara seseorang berdehem di hadapanku. Kepala kuangkat  mendongak. Segak bergaya seorang lelaki yang memakai sepersalinan baju melayu putih gading dengan siap bersampin songket sedang terpaku memandangku. Aku terpaku seketika. Segak sungguh, hati nakalku mula berkata-kata. 



Tak kenal, juga tak pernah bercinta..
Bersua, tapi tak pernah berbalas bicara. .







Mereka disatukan atas ikatan janji antara kedua-dua Nenda..

Semoga berkekalan sehingga ke syurga hendakNya..




Ikuti kisah selanjutnya, 



Tuesday, 7 January 2014

Tika Kita Merindu: 3

Papa bagi amaran kepada, Dan. Sekiranya sekali lagi perkara macam ni berlaku, Papa tak akan teragak-agak untuk kahwinkan kamu berdua.”
“But we’re not doing anything wrong Papa,” balas Danial  pantas membela diri.
“Tak salah kata kamu? Yang tinggal berdua-duan dalam rumah ni tak salah?” soal Tan Sri Khaleq merenung tajam pada wajah anak terunanya itu.
“Dia dekat bilik dia, Dan dalam bilik Dan. Apa yang salahnya Papa?” soal Danial  lagi.
“Tapi kamu masih berdua-duaan! Di tempat tertutup, yang boleh menimbulkan curiga di hati sesiapa.”


Apakah sebenarnya yang telah berlaku diantara  Danial dan Sofea? 
Adakah ini bermakna bahawa





"KONFLIK"
antara mereka  akan bermula?





Encik Keliru dan Cik Dilema  pun mula menonjolkan diri masing-masing dicelah-celah kekusutan yang ada ....



Ikuti kisah selanjutnya,



Monday, 6 January 2014

Tika Kita Merindu: 2

Tum! Pintu kamar itu dihempas oleh Danial. Terkatup rapat. Sofea yang mula mengorak langkah juga terkejut badak.

            “Hempaslah pintu tu kuat-kuat. Kalau tercabut nanti, baru padan muka. Jangan kata aku pulak yang pecahkan sudah,” rungut Sofea, herot-herot mulutnya.


Tak lama kemudian...


“Mana kemeja biru laut aku?” tegas Danial  bercekak pinggang. Beberapa juraian air kelihatan masih melurut dari anak rambutnya.
            “Yang mana satu, Tuan?” soal  Sofea perlahan. Malu-malu gitu. Iyalah dengan penampilan Danial  yang seksi bertuala. 
Boleh pingsan pun, mau. Tubuh sasa lelaki itu jelas terserlah. Cepat-cepat Sofea mengucap dalam hati.
             “Tak pun baju-T Hard Rock CafĂ© . Yang putih tu. Mana?”
            “Yang tulis London tu?”
“Iyalah. Mana?” soal Danial  lagi.
“Tadi Phia dah basuh.”
“Siapa pulak yang suruh engkau basuh baju tu?” soal Danial menyelinga.
“Tadi, Tuan yang suruh Phia basuh. Tuan nak Phia ambilkan semula?”soal Sofea memandang ke arah lain. Mana berani nak tatap lelaki seksa tuh lama-lama. Patah lututnya nanti.
“Heyyy! Apasalah kau ni lembab sangat hah. Pergilah.. Aku pakai baju lain.”
Baru menapak beberapa langkah loceng pintu pun berbunyi. 



 Vs.




Ikuti kisah selanjutnya,



Tika Kita Merindu: 1

“Jangan asyik sembang dengan laut, Dik. Angin pun tak selalu datang menyapa. Kalau rindu, katakan rindu. Phia rindu pada dia yer?” soal Suraya cuba menduga.
“Rindu?”
“Haah… Rindu,” cukup selamba jawapan daripada Sofea.
“Ermm.. Pada siapa yerk?” soal Sofea kembali.

Suraya mengangkat kedua tangan dan bahunya tanda tak tahu. Saja jer buat-buat tak tahu sebenarnya.

Pada siapa agaknya Sofea merindu? Adakah si dia yang pernah muncul dalam kamus hatinya.. Atau pada James yang selalu menganggu hari-harinya di rantauan.


Vs.



Ikuti kisah selanjutnya,


Wednesday, 23 October 2013

Mukabuku oh mukabuku..

Assalamualaikum wrh. wrt.

Aduhai sahabat2ku..

Tiba-tiba pulak, pagi ni mukabuku IMANAFRINA tak boleh dibuka. Reasons yang dia bagi adalan penyelenggaraan yang tak melibatkan semua akaun FB.

Huhu.. tak dapat menjenguk ke dalam sana. Bosan jugak yerk. 
Lagi bosan kalau2 akaun mukabuku itu perlu diganti baru. Tak syoklah macam ni. 
Tak apalah... kita tunggu dulu, kalau benar2 tak boleh baru kita buat keputusan...
Kutu pun tak mati kutu cam ni..

Sabar.. sabar dan terus bersabar. Berdoalah yang terbaik untuknya.
Sesungguhnya ada hikmah yang terselindung di balik sebuah kesukaran. 
Insya-Allah.


Tika Kita Merindu


Nukilan hati yang kedua dari saya pada awal 2013 diberi tajuk sebgai " Tika Kita Merindu". Manuskrip ini masih belum siap sepenuhnya. 

Jutaan ucapan terima kasih kepada pihak Novel Melayu Kreatif  (NMK) kerana sudi meminjamkan ruang untuk enovel ini.

Sudi-sudikanlah untuk menjenguk enovel tersebut dilaman NMK bawah tema cinta.


Jumpa di sana...
(Telah dimuatnaik sehingga Bab 8)


Pedihnya Cinta..


Ini merupakan lakaran dari hatiku yang pertama pada penghujung tahun 2011.


“Awak.. Terimalah si dia kerana Allah. Demi bahagianya seorang Mama. Atas rasa kasih dan sayang seorang isteri. Isteri boleh dicari di mana-mana, awak.. Tapi Mama, hanya ada seorang saja di muka bumi ni.”
~Nur Aisya Irdina
***
“Tak payahlah kau nak tunjuk baik depan aku. Harap rupa ajer baik, kalau hati busuk buat apa? Aku dah terima kau pun cukup bagus tahu tak? Sedarlah diri tu sikit!”

“Cukup.. Jangan nak merayu-rayu depan aku. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Pergi!” 
~Tengku Faiq Iskandar
***
“Kalau I tau you ada hati lagi dengan Aisya tu lagi, I akan tembak dia dengan you sekali. Kalau I tak dapat kasih you, jangan harap orang lain nak dapat.”

“I tak main-main ni, Dear.”

“Kalau you pernah sayang dia suatu masa dulu. Atau you kasihan pada dia, baik you jauhkan diri you daripada dia untuk selamanya.” 
~Syarifah Jasmeen 

Jom singgah di NMK untuk ikuti perjalanan kisah ini.. Jumpa di sana...

(Telah dimuatnaik sehingga bab 24)