Hari ini Airis bercadang untuk keluar
lebih awal ke sekolah. Penuh bersemangat dan ceria. Mak Sara juga riang
melihatkan perubahan yang berlaku terhadap anak tunggalnya pada pagi tersebut.
Nasi lemak yang siap ditanak, minta dibungkus comel-comel dengan beralaskan
daun pisang oleh Airis. Dua bungkus nasi lemak telah pun tersedia di atas meja. Secawan kopi ‘o’ sudah
mekar aromanya di ruangan dapur, berpadu pula dengan aroma dari daun pisang yang dilapik bawah timbunan
nasi lemak dalam pinggan makan.
“Assalamualaikum,
Bu..”
“Walaikumussalam,
sayang. Awalnya pagi ni,” tegur Mak Sara sambil mengukir senyum.
“Azam baru,” pendek
sahaja jawapan daripada Airis.
Dia meluru ke kabinet
tua berwarna coklat di sisinya. Lantas sehelai plastik kecil berwarna merah
dikeluarkan dari laci almari lama tersebut. Dua bungkus nasi lemak yang sedia
menantikan kehadirannya dibawa memenuhi plastik tadi. Maka dengan itu, bungkusan
tersebut pun segera dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
“Ai pergi dulu, Bu,”
ucap Airis sambil menghulurkan salam ke arah Mak Sara yang sedang mengemas
dapur.
“Tak minum dulu? Ibu
dah hidangkan tu,” soal Mak Sara seraya berhenti menyapu. Salam anaknya
disambut. Sebuah kucupan hinggap pada kedua belah pipinya.
Kasut bertali warna
hitam segera disarung di kaki tangga. Kemudian, Airis tergesa-gesa pergi
setelah mencapai basikal BMX merah yang sedikit kusam warnanya di tiang bawah
rumah.
“Ai… Airis!” laung
Mak Sara bilamana terpandangkan dompet duit Airis masih terdampar di atas meja
makan.
“Aih! Lupa lagilah
tu,” keluh Mak Sara ketika sampai di muka pintu.
Kedudukan alas kaki yang
senget segera dibetulkan oleh Mak Sara. Dengan tangan kanan yang masih memegang
penyapu gandum, dia menguis-nguis sepasang selipar supaya kembali tersusun rapi
di muka pintu tersebut.
“Assalamualaikum,
Bu,” Mak Sara ditegur dari belakang.
Berpalinglah si ibu
tua. Bibirnya lantas melebarkan senyuman.
“Waalaikumussalam. Qalif...”
“Ibu apa khabar pagi
ni?”
“Sihat. Baru nak ke
sekolah?” soal Mak Sara.
“Ya. Teringat nak
jenguk ibu sekejap, itu yang Qalif singgah ni. Lagipun masih awal lagi ni,”
terang Qalif Adib dengan santunnya. Jam di pergelangan tangan sempat dikerling
seketika.
“Oh yaa.. Ibu nak
minta tolong sikit boleh?” soal Mak Bibah. Dia pasti, permintaannya mesti takkan
dihampakan oleh Qalif seperti biasanya.
“Mengapa, Bu?” ujar
Qalif sambil turun dari basikalnya. Ditupang kenderaan tunggangannya itu lalu
menyongsong ke arah Mak Sara di pintu dapur.
“Wah sedapnya bau,” luah
Qalif.
“Kamu dah sarap? Ibu ada
masak nasi lemak pagi ni. Kalau belum, marilah makan dulu. Sempat lagi ni,” pelawa si ibu.
“Itulah. Bila bau
nasi lemak ibu ni, buat perut Qalif terus terasa lapar. Sekejap berlagu keroncong dan
sekejap berlagu ghazal,” balas Qalif sambil mendekati meja makan. Tudung saji
mengkuang lantas disingkap. Ceria wajahnya bilamana semuanya telah pun sedia
terhidang bersama secawan kopi ‘o’.
“Ada-adalah kamu ni
Qalif.”
“Sebenarnya Qalif dah
sarap roti bakar tadi. Tapi tak apalah, Qalif nak jamah juga sedikit,”
sambungnya lagi.
Nasi dalam pinggan
terus diluakkan sedikit. Sambal ayam Mak Sara yang selalu menjadi lauk kegemarannya
lantas dicedok ke pinggan. Beriya sungguh dia makan. Kopi ‘o’ diteguk sebagai
penutup.
“Sahaja ibu masak
lebih tadi. Ibu tahu, kamu mesti singgah.”
“Alhamdulillah. Murah rezeki saya pagi ni,”
luah Qalif ketika bangkit dari duduknya. Pinggan makan serta cawan dibawa ke
sinki untuk dicuci.
“Oh ya... Ibu nak kirim dompet Airis pada
kamu, boleh?” soal Mak Sara.
“Tertinggal lagi?”
Mak Sarah mengangguk.
Faham maksud tersirat anak muda itu.
“Hurm... Dia nak
cepat sangat tadi, langsung terlupa. Walhal, dompet ni ada aje atas meja makan
tu,” jelas Mak Sara.
“Boleh ker?” soal Mak Sara kembali.
“Ehh... Mestilah
boleh, Bu. Untuk ibu, apa-apa sahaja pun boleh.”
“Hish! Kamu ni.
Main-main pula dia.”
“Betul-betullah, Bu.
Mana ada Qalif main-main.”
“Kalau ibu minta kamu
jaga Airis jika ibu dah tak ada nanti. Boleh?” Mak Sara memaut pandang wajah
jernih Qalif.
Tergamam Qalif
dibuatnya.
“Kenapa ibu cakap
macam ni?”
“Boleh ker Qalif,”
Mak Sara menyoal kembali.
“Ibu kan ada. Qalif
ada. Mak dan Abah pun ada. Kita jagalah anak dara kesayangan ibu tu sama-sama. Mika
dan Idi pun boleh bantu.”
“Tapi Ibu lebih
berharap pada kamu. Cakap kamu seorang sahaja yang dia mau dengar. Cakap orang
lain langsung tak dihiraukannya.”
“Ibu..”
“Janji pada ibu yer, Qalif,” rayu Mak Sara.
Qalif menggangguk
perlahan.
Wajah Mak Sara
sedikit keruh.
“Qalif janji, Bu.
Qalif akan jaga Ai, sebagaimana yang Qalif mampu,” ikrar Qalif pada Mak Sara.
Kelopak mata Mak Sara mula lembab.
Kelopak mata Mak Sara mula lembab.
“Aih! Awal pula makcik tu ke sekolah hari ni.
Luar biasa ni Bu,” ujar Qalif sambil cuba untuk mengubah topik. Dompet yang
dihulur oleh Mak Sara terus dicapai lalu di simpan dalam kocek seluar.
“Entahlah. Ibu pun
rasa pelik juga. Tapi tak apalah, mungkin langkah dia nak berubahlah tu.”
“Alhamdulillah...”
sahut Qalif senyum.
Mak Sara juga turut sama tersenyum.
“Qalif pergi dulu,
Bu,” izin diminta untuk pergi.
“Iyalah. Hati-hati
ya,” pesan Mak Sara buat si bujang tampan yang rapi rambutnya tersisir ke tepi.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Apa agaknya plan Airis pagi ni?
Di perkarangan
sekolah, Airis kelihatan lebih cergas dan ceria berbanding selalu. Dia terus naik
ke tingkat atas, menuju ke kelasnya. Beg sekolah berwarna merah dan kelabu jenama
UMBRO disangkut pada kerusi kayu miliknya. Bungkusan plastik berisi bekal tadi
dikeluarkan dari perut beg. Satu bungkus nasi lemak di letakkan pada laci bawah
meja tulis tersebut manakala sebungkus lagi dijinjit keluar dari kelas. Dia melangkah
dengan pasti menuju ke tingkat paling atas.
Apabila tiba di
hadapan kelas yang paling hujung pada aras tertinggi tersebut, matanya tertumpu
pada papan tanda nama yang tertulis 5 Al Farabi pada bingkai pintu. Mekar
senyumannya. Dengan penuh berhati-hati dia menoleh ke kiri dan kanan. Koridor
tingkat berkenaan kelihatan masih lagi sunyi tanpa pelajar. Langkah diatur.
Sebuah meja paling hadapan di sudut kanan kelas terus dituju.
Meja yang berbalut dengan
kemasan alas meja berwarna kelabu dihampiri. Terdapat beberapa lukisan kejuruteraan
bersaiz kecil tersimpan di bawah plastik lutsinar pembalutnya. Juga tertera
nama pemilik meja berkenaan di situ.
Bungkusan nasi lemak daun
pisang lantas diletakkan di tengah-tengah meja tersebut. Di samping itu,
secebis nota turut dititipkan pada bawah plastik lutsinar berkenaan. Sebelum
ada yang memerhati, Airis segera beredar sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Riang
hatinya pada pagi itu. Dia menapak keluar dengan harapan agar tuan punya meja
bisa berlembut hati dengannya. Seperti biasa, dia berlari menuruni anak-anak
tangga untuk ke tempat lepaknya di tepi padang sekolah. Hatinya puas.
Mudah-mudahan dia peroleh jawapan yang positif daripada si pemunya meja.
Setibanya di sekolah,
Qalif segera mengunci basikalnya pada palang besi di tempat letak basikal yang
telah dikhaskan buat para pelajar. Sambil memerhati kawasan sekeliling, dia
memanjat anak tangga untuk ke kelasnya sebelum keluar untuk memulakan tugas
harian seperti kebiasaanya.
Terkejut. Berkerut
dahinya bilamana terpandangkan satu bungkusan di atas meja miliknya dari ambang
pintu. Dia mengundur setapak ke belakang. Berpaling ke kiri dan kanan. Sunyi. Tiada
sesiapa pun di situ. Kakinya di atur melangkah ke kelas bersebelahan. Kosong.
Melangkah lagi menuju kelas yang berikutnya. Juga masih kosong. Tiada sesiapa pun
yang ada di tingkat berkenaan. Sambil otaknya ligat berfikir, langkahnya diatur
kembali ke kelas sendiri. Ketua pengawas yang agak disegani itu terpaku di hadapan
meja sendiri. Bungkusan plastik yang terasa suam-suam lantas dicapai.
“Siapa punya ni?”
soalnya perlahan.
“Takkanlah orang
salah kelas? Salah meja?” dia lantas mengelilingi kelas dengan bungkusan nasi
lemak di tangan.
Memang tiada siapa
yang telah tiba melainkan dirinya seorang.
“Peliknya.”
Nasi lemak yang
berbungkus kemas tadi diletakkan kembali di atas meja. Otaknya dijana lebih
laju dari biasa. Tubuhnya dipalingkan memandang ke arah tingkap yang terbuka,
menghala padang sekolah.
Berfikir. Seketika, dia
menoleh ke arah bungkusan nasi lemak tadi.
“Siapa yang bagi
agaknya,” luah Qalif perlahan. Melontar pandangan ke sekitar padang sekolah
sambil berpeluk tubuh.
Tanpa disangka-sangka
matanya berhenti pada sesusuk tubuh yang duduk pada bangku batu di tepi padang.
Sendirian termenung gayanya.
“Airis?”
“Tak mungkin. Ibu pun
masak nasi lemak, takkanlah makcik tu beli nasi lemak pula. Tak logik.”
Lagipun kelas Airis
adalah di blok paling belakang. Mustahil Airis punya kerja. Itulah yang
terlintas di fikiran Qalif.
“Hoi! Pagi-pagi lagi
YB dah termenung ni. Memikirkan hal negara ker?” Qalif disapa oleh sahabat
sekelasnya.
“Engkau ni tak
sudah-sudahlah, Raz. Ada saja usaha nak mengenakan aku. Dahlah salam pun tak
bagi,” balas Qalif.
“Opps...
Assalamualaikum, wahai Yang Berhormat...” ujar Razman menyeringai.
“Waalaikumussalam.”
“Wah! Wah! Ini sudah
bagus. YB bawa bekal hari ni,” tegur Razman lagi.
“Entah-entah kau yang
punya kerja ni. Letak nasi lemak atas meja aku dan lepas tu pura-pura baru
sampai. Ini semua kerja kau kan Raz? Usahlah kau nak kenakan aku,” perangkap Qalif sambil menunding telunjuk
ke arah sahabatnya itu.
“Ehh... Bila masa
pula? Aku baru jer sampai ni hah. Beg pun belum letak lagi. Nampak,” bidas Razman
membela dirinya.
“Assalamualaikummmm...”
panjang intonasi ucapan salam yang dilontarkan oleh Azman yang baru menjenguk
ke kelas.
Maka dengan itu,
Qalif dan Razman pun segera berpaling sambil menjawab salam.
“Hah… Aku tahu... Aku
tahu... Ini mesti Pendek punya kerja ni YB,” ujar Razman kepada Qalif. Keningnya
terangkat-angkat. Siap dengan memek muka untuk menyakinkan sahabatnya yang
sering digelar dengan panggilan YB itu.
Manakala Azman pula ternganga di ambang pintu. Tumpul otaknya nak berfikir. Masuk-masuk jer, dah
kena tuduh. Apa hujung dan pangkal ceritanya pun dia tak tahu.
“Masuklah... Yang kau
tercegat macam patung cendana depan muka pintu tu, kenapa?”
“Sini kau, YB nak
jumpa ni. Urusan seri paduka baginda,” tambah si Razman lagi.
“Aku nak masuklah ni. Tapi apa halnya ni? Tetiba jer korang petik nama aku,” soal Azman yang sedikit katik
berbanding dengan kedua-dua sahabat akrabnya itu.
“Ini, YB nakkan
penjelasan daripada kau.”
“Penjelasan apanya pula ni?”
Azman mula cuak. Mana taknya walaupun mereka sama-sama pengawas, tapi Qalif
adalah ketua mereka.
“Ada kau letak bungkusan
nasi lemak secara curi-curi atas meja YB?” soal Razman sambil menunding bungkusan
nasi lemak yang masih terdampar di atas meja milik Qalif.
“Bila pula?” soal
Azman kembali.
Qalif menepuk dahi.
Nak ketawa pun ada bila tengok gelagat sahabat-sahabatnya itu. Dah macam polis
pula si Razman menyoal siasat.
“Haish! Cukuplah
tubuh kau saja yang pendek. Janganlah akal kau tu pun dipendekkan sekali. Dah
sah-sahlah kami tujukan kepada nasi lemak yang tergonggok kat tengah-tengah meja YB ni
hah. Boleh pula dia tanya kita bila,” sungut si Razman. Menggeleng-geleng
kepalanya.
“Heheh... Janganlah
marah. Otak aku ni, kalau sesubuh ‘sapiee’ cam ni memang lambat pick-up sikit."
"Ada sahaja alasan kau."
"Alahai... Hal berkenaan nasi lemak rupa-rupanya. Ingatkan hal kena samun ker. Tak pun kena copet ker tadi,” jelas Azman lagi.
"Ada sahaja alasan kau."
"Alahai... Hal berkenaan nasi lemak rupa-rupanya. Ingatkan hal kena samun ker. Tak pun kena copet ker tadi,” jelas Azman lagi.
“Kau jangan banyak
cakaplah, Man. Kau ker yang letak nasi lemak ni?” soal Qalif.
“Bila pula? Daripada
aku letak atas meja kau, baik aku yang makan. Dahlah aku tengah lapar ni.
Kesiangan. Mak aku pula tak sempat nak buat sarapan subuh tadi,” jelas Azman.
“Iya tak iya juga eh,” balas si Qalif.
“Jadi, ini barang kes
lah ni yer?” soal Azman nakal sambil menunding telunjuknya ke arah nasi lemak
tersebut. Terteleng-teleng kepalanya memerhati nasi lemak tersebut.
“Ha... Lah...” garang
pula jawapan si Razman.
“Alah, nasi lemak jer pun. Bukannya gajah ker.
Jet pejuang ker. Kalau yang itu barulah masalah besar,” celah Azman lagi.
“Banyaklah kau punya
besar,” tokok si Razman pula.
“Kau makan jerlah, YB. Entah-entah, ada secret admirer yang sengaja belikan untuk kau kot. Mana tau, dia nak pikat
hati kau,” tambah Azman.
“Yerlah YB... Betul juga cakap si Pendek ni. Baik kau makan
jerlah nasi lemak ni. Baunya pun macam sedap,” sokong si Razman.
“Kau nak? Kau kata
kau lapar tadi,” tawar Qalif.
“Ehh... Kau lupa ker? Pendek kita ni mana
makan nasi lemak. Diakan keturunan Mat Saleh. Makan beef steak saja,” usik Razman.
“Kau jangan nak macam-macam,
Bulat. Aku siku kau karang. Pembetulan sikit yer. Memanglah aku ni cucu Mat Saleh. Bapa aku bernama Pak Nayan. Walaupun aku lahir dari keturunan Mat Saleh, tapi aku telan petai dan tempoyak tau.
Kau ada?”
“Eei... Ehh... Aiman
ler,” cecepat Razman mengalih topik. Telunjuknya menunding ke arah Airis yang masih
duduk di tepi padang sekolah sebelum dia menjadi bahan umpatan kawan-kawannya pula.
Sekilas Qalif menoleh. Tajam jelingannya.
“Sesuka hati kau jer nak
mengubah nama anak orang,” tegur Qalif sambil melirik jam di tangan. Dia
berlalu pergi kemudiannya.
“Huh! YB marah tu,” usik Razman.
Azman hanya tersengih lalu kedua-duanya pantas meluru Qalif daripada arah belakang.
“Hoi! Tunggulah. Menonong jer,” laung Azman.
Qalif menghentikan langkahannya. Bia berpaling. Wajahnya kelihatan serius.
“Seriusnya. Relakslah kawan. Hidup ni, kena ceria,” pujuk Azman.
“Tapi tidaklah sentiasa ceria. Adakalanya kita kena serius juga,” bidas Qalif tegas.
"Alahai.. Aku bergurau BFF jer. Tak kan itupun nak sentap,” balas Razman.
“Huh! YB marah tu,” usik Razman.
Azman hanya tersengih lalu kedua-duanya pantas meluru Qalif daripada arah belakang.
“Hoi! Tunggulah. Menonong jer,” laung Azman.
Qalif menghentikan langkahannya. Bia berpaling. Wajahnya kelihatan serius.
“Seriusnya. Relakslah kawan. Hidup ni, kena ceria,” pujuk Azman.
“Tapi tidaklah sentiasa ceria. Adakalanya kita kena serius juga,” bidas Qalif tegas.
"Alahai.. Aku bergurau BFF jer. Tak kan itupun nak sentap,” balas Razman.
“Selain mak bapa, kami inilah pelengkap hidup kau. BFF kau,” jelas Azman lagi.
"Kami?" soal Qalif kembali.
"Iyalah. Aku. Bulat. Dia,” balas si Azman.
"Seorang bernama Azman. Seorang bernama Razman. Dan yang seorang lagi tentulah bernama Aiman,” sampuk Razman dalam pada cuba melawak.
"Kami?" soal Qalif kembali.
"Iyalah. Aku. Bulat. Dia,” balas si Azman.
"Seorang bernama Azman. Seorang bernama Razman. Dan yang seorang lagi tentulah bernama Aiman,” sampuk Razman dalam pada cuba melawak.
“Tak cukup lawak. Malaslah nak layan
korang. Aku dah lambat ni. Aku bertugas kat pagar depan hari ni. Nanti memetir pula Cikgu
Rashidi bila tengok tak ada orang yang bertugas kat sana sekarang.”
“Ohh... Aku bertugas dipagar
belakang hari ni,” ujar Azman sambil membetulkan tali lehernya.
“Oklah, nanti kita
jumpa. Aku pun nak pergi naikkan bendera kat tapak perhimpunan ni,” ujar Razman
pula.
“Semalam hujan lebat ker? Lupa pula aku,”
luah Qalif.
“Iyalah, sebab tu aku
turunkan bendera tengahari semalam. Sekarang ni kan musim hujan,” balas Razman.
“Banyak makan semutlah ni.
Sebab itulah cuaca semalam pun kau dah lupa,” celah Azman pula.
“Banyaklah kau punya
semut,” sambung Qalif pula.
Ketiga-tiga mereka
berpecah menuju ke destinasi masing-masing.
Loceng sekolah
berbunyi menandakan waktu untuk masuk kelas pun tiba. Semua pelajar meremut beratur di koridor
kelas masing-masing. Ahli Unit Pandang Dengar sekolah telah bersedia untuk
menjalankan tugas mereka. Lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah bakal
berkumandang satu persatu melalui corong-corong yang ada di setiap blok. Maka ketiga-tiganya
dilagukan satu persatu oleh semua pelajar dengan penuh semangat. Apabila selasai
menyanyikan lagu-lagu berkenaan, Qalif sebagai ketua pelajar akan memimpin
semua pelajar untuk mengucapkan ikrar pelajar berserta Rukun Negara. Setelah
masuk ke kelas, giliran wakil dari Jawatankuasa Persatuan Pelajar Islam yang
bertugas pula memimpin semua pelajar islam memanjatkan doa. Maka dengan itu, sesi persekolahan pun
bermula.
Loceng berbunyi dua
kali. Itu maknanya waktu rehat telah tiba. Qalif mengangkut bungkusan nasi
lemak misterinya ke kantin sekolah. Di dalam perjalanan, dia terserempak dengan
Julia. Manis senyuman yang dilemparkan oleh gadis itu. Gadis yang berjaya
mencuri hati Qalif itu dikelilingi oleh teman-teman rapatnya yang sama-sama
cantik dan comel.
Qalif menegur Julia serta
sahabat-sahabatnya ketika mereka sedang asyik berbual sambil bergosip. Bungkusan
nasi lemak yang dibimbitnya lantas dihulurkan buat Julia.
“Apa ni?” Julia
buat-buat bertanya.
“Nasi lemak untuk
awak?”
“Iya? Awak tak makan
sama?”
“Tak apalah, saya dah
makan kat rumah tadi. Masih kenyang lagi ni,” terang Qalif.
Bungkusan tersebut
terus dibuka. Terlambaklah nasi lemak ayam yang kelihatan enak sekali. Ada sambal
ayam. Ada belahan telur rebus dan juga timun. Juga ada kangkung dan kiub ubi kentang goreng di dalamnya. Sambalnya yang pedas-pedas manis bisa menaikkan lagi
selera si pemakannya.
“Rasalah...” tegur
Qalif.
Julia mengangguk. Sesudu
nasi disuap ke mulut bersama sambal ayam. Selepas sesudu, sesudu lagi masuk ke
mulutnya.
“Ermm... Sedaplah,”
puji Julia.
Kembang kempis Qalis
bilamana dipuji oleh buah hatinya itu.
“Lain kali bolehlah awak belanja saya lagi,” pinta Julia manja.
Qalif tak putus-putus
menguntum senyum.
Dari jauh, Airis yang
berseri-seri dengan semangat baru, bangkit dari duduknya. Memerhati dan terus
memerhati akan gelagat Julia dan Qalif dari jauh.
Aih! Gediknya
perempuan tu. Dahlah tu, pelahap betul. Macam tak pernah jumpa nasi lemak ayam
pula. Aku tahulah yang nasi lemak mak aku tu memang hebat rasanya. Naik juling
kau basuh selera yer, bebel Airis dalam hati sambil rasa tak puas hati terus bermekar di dalam hatinya.
Airis ingin beredar.
Kakinya diangkat melangkahi kerusi kantin. Terkasima sahabat-sahabatnya yang
lain bilamana terlihatkan bungkusan nasi lemak yang ditinggalkan di atas meja kantin.
“Ehh... Ai... Nak ke
mana tu?” soal Zarra satu-satunya sahabat perempuan yang benar-benar ikhlas bersahabat
dengan Airis. Yang lain-lain semuanya rapat dengan makna.
“Ai... Airis!” laung Zarra
sambil bangkit.
Qalif menoleh apabila
terdengarkan laungan nama Airis.
“Airis! Ni, nasi lemak
kau ni,” terang Zarra lagi. Bungkusan nasi lemak tersebut disuakan kepada
Airis. Namun, Airis tak menoleh langsung.
“Kau makanlah... Aku
tak lapar,” laung Airis ketika meluru pergi.
Qalif seakan terpinga-pinga. Otaknya tiba-tiba jadi kosong.
Qalif seakan terpinga-pinga. Otaknya tiba-tiba jadi kosong.
“Kenapa? Kenapa?” soal
Razman kepada Zarra.
“Entahlah, tadi bukan
main lapar lagi si Airis tu. Tak menyempat-nyempat nak makan nasi lemak ni. Alih-alih, dia pergi macam tu aje. Nasi lemak ni langsung tak
dijamah sedikit pun.”
“Hermm... Kes nasi
lemaklah ni,” sampuk si Azman.
“Kes nasi lemak?”
soal Zarra kepada Azman.
“Hurm… Nasi lemak
misteri,” jelas Azman.
“Mengarutlah…” balas Zarra
sinis.
"Ehh.. Iya. Tak percaya?" soal Azman kembali.
Zarra mencebik ke arah Azman. Bungkusan nasi lemak yang ditinggalkan oleh Airis terus dibuka. Maka aromanya terus menerawang ke udara. Dah perutnya memang lapar pada ketika itu, memang rezekilah namanya.
"Ehh.. Iya. Tak percaya?" soal Azman kembali.
Zarra mencebik ke arah Azman. Bungkusan nasi lemak yang ditinggalkan oleh Airis terus dibuka. Maka aromanya terus menerawang ke udara. Dah perutnya memang lapar pada ketika itu, memang rezekilah namanya.
Buntang mata si
Azman. Sekejap dia memandang ke meja Zarra, sekejap lagi dia menjenguk pula ke
meja sebelah yang diduduki oleh Julia serta rakan-rakannya termasuk Qalif.
“Bulat...” panggil
Azman sambil menarik lengan Razman yang sedang memegang roti sosej.
“Hermm...” balas
Razman yang berhajat untuk melabuh punggung di sebelah Qalif.
“Tunggu...” Razman
ditegah duduk.
“Apa? Aku nak makan
ni. Lapar.”
“Nasi lemak.”
“Roti sosej jer. Bila
masa pula aku beli nasi lemak?” ujar Razman sambil mengunyah roti ditangannya.
“Haish! Sinilah”
Razman menurut.
“Kau tengok Zarra.
Kau tengok Julia.”
Razman menurut betul-betul
seperti yang diarahkan oleh Azman. Sekejap toleh kiri dan sekejap lagi menoleh
ke kanan. Berulang kali.
“Bukan muka merekalah.
Cuba tengok nasi lemak tu hah.”
Razman akur pada
arahan sahabatnya itu.
“Hurm.. Nampak tak?
Nampak? Apa yang sama?”
“Ermm.. Dua-dua tu nasi lemak
ayam. Kenapa?”
“Cubalah kau tengok
betul-betul.”
“Agak-agak kau, sama tak
nasi tu?” soal Azman.
“Lebih kuranglah."
“Jangan main-mainlah. Cuba serius sikit,” tegur Azman geram.
Razman akur kepada arahan sahabatnya itu, kali ini.
"Ermm... Sama! Sangat sama!” terkedu Razman seketika. Matanya difokuskan lebih tepat ke arah kedua-dua bungkusan nasi lemak tersebut.
“Jangan main-mainlah. Cuba serius sikit,” tegur Azman geram.
Razman akur kepada arahan sahabatnya itu, kali ini.
"Ermm... Sama! Sangat sama!” terkedu Razman seketika. Matanya difokuskan lebih tepat ke arah kedua-dua bungkusan nasi lemak tersebut.
“Kau pasti?”
“Aku memang pasti.”
“Aih! Dah macam polis
pula aku,” ujar Razman. Kedua-dua keningnya diangkat-angkat. Tersenyum.
“Seriuslah!”
“Iyalah. Aku
seriuslah ni. Sama,” beriya-iya Razman mengesahkan.
Mereka berdua pun saling
berpandangan. Menyeringai tersengih.
“Juuu... Mana hang
beli nasi lemak ayam tu? Nampak sedaplah,” soal Razman ketika melabuh punggung
di sisi Qalif.
“Qal beli...” ringkas
jawapan Julia. Dia masih asyik menyuap nasi tersebut ke mulut.
Razman dan Azman
serentak memaut pandang pada Qalif. Qalif hanya tersenyum.
Azman dan Razman
saling berpandangan.
“Checkmate!” ujar
Azman.
Kedua belah tangan
Razman menunjukkan isyarat mengapa.
“Aiman tak kisahhhh,”
ujar Azman lucu.
Berderai tawa mereka
berdua.
“Dah korang berdua ni
kenapa? Cepat sikit makan tu, nanti waktu rehat tamat, baru padan muka tu. berlaparlah sampai tengahari nanti.”
Qalif tiba-tiba
bangkit.
“Kau pula nak ke mana
tu?”
“Cari Airis sekejap.
Aku lupa nak bagi dompet dia pagi tadi,” ujar Qalif separa berbisik. Tak mahu jawapan itu sampai pada pendengaran Julia.
“Hurm... Elok
sangatlah tu. Kang berlapar pula dia,” balas Azman.
“Almaklumlah, bekalannya dah didermakan pada orang lain. Sama sebiji macam kau,” sambung si Razman.
“Korang
ni kenapa tak habis-habis bercerita tentang topik nasi lemak sejak pagi tadi ni?”
“Topic
of the day is nasi lemak. What do you feel today when you received a nasi lemak
from someone mistery?”
“Lawaklah
korang ni,” ujar Qalif sebelum pergi.
Setelah
hampir lima minit menunggu di tepi padang, Airis akhirnya muncul. Namun, gadis muda itu berpatah balik bila ternampakkan Qalif sedang duduk di bangku batu yang selalu
menjadi tempat lepaknya. Bunyi ranting kayu dipijak membuatkan Qalif menoleh ke belakang.
Airis yang kelihatan melangkah dengan berhati-hati langsung dipanggil.
“Ai!
Tunggu,” Qalif bangkit mendapatkan Airis.
Namun
Airis buat-buat tak dengar.
“Ai...”
“Airis!”
tubuh kurus itu berjaya dipintas.
“Kenapa?
Marah aku duduk tempat kau?”
Airis
buat-buat tak dengar. Selamba sahaja mukanya. Malah wajah Qalif langsung tak
dipandangnya.
“Aku
cakap dengan kau ni, Ai. Jawablah. Tengok muka aku ni.”
“Ada
nama aku kat situ ker?” balas Airis akhirnya bersuara. Matanya bulat merenung
wajah lelaki di hadapannya. Tak berkedip.
“Memanglah
tak ada. Tapi aku tahu, itu port lepak kegemaran kau. Yang engkau marah sangat
kat aku ni kenapa?”
“Ada aku marah kau ke?”
“Habis,
yang terjengket-jengket melangkah tadi tu bukan cubaan nak lari daripada aku?”
“Terpulang. Kalau itu yang kau rasa. Aku boleh buat apa?”
“Apa ni, Ai?”
“Apanya? Kau nak apa daripada aku? Aku ada hal ni. Anu nak cepat,” tegas Airis.
“Apa ni, Ai?”
“Apanya? Kau nak apa daripada aku? Aku ada hal ni. Anu nak cepat,” tegas Airis.
“Tak
ada apa pun. Aku cuma nak bagi dompet ni hah. Tertinggalkan, pagi tadi?” lantas dompet
yang dikeluarkan dari kocek seluarnya diserah pada Airis.
“Pergilah makan. Nanti loceng bunyi pula,”
pesan Qalif.
“Terima
kasih.”
Maka
dengan itu, dompet tersebut pun bertukar tangan.
“Kau dah makan?” Airis tiba-tiba menyoal.
“Aku
kenyang lagi, tadi dah sarap nasi lemak ayam kat rumah ibu.”
“Aku
pergi dulu,” ujar Airis sambil teragak-agak untuk menguntum senyum.
Qalif
memerhati Airis sehingga hilang disebalik bangunan tiga tingkat itu. Namun hatinya mula berbunga-bunga bilamana wajah redup Airis kelihatan kembali bercahaya. Tak lama
kemudian, loceng pun berbunyi dua kali menandakan waktu rehat telah pun tamat.
Qalif mengemas meja tulisnya sementara menantikan guru bertugas masuk untuk mengajar. Buku teks matematik tambahan dikuit sedikit ke tepi. Bola matanya menangkap sesuatu di sebalik plastik lutsinar pembalut meja. Maka dengan itu, perlahan-lahan tangan kanannya dibawa melurut pada permukaan meja tersebut. Dengan penuh berhati-hati, dia memasukkan tangannya disebalik plastik lutsinar berkenaan bagi mengeluarkan secebis nota yang kelihatan masih baru tersisip di situ.
“Macammana aku boleh tak perasan ada nota bawah plastik pembalut meja aku ni?" perlahan Qalif menyoal dirinya sendiri.
Cebisan kertas biru, dibuka lipatannya.
Salam
perkenalan. Moga2 Allah memberkatimu sentiasa.
Mulakan pagimu dengan senyuman. Lewati hari-harimu
dengan sejuta kenangan...
Perlahan-lahan
ulas bibir itu mengukir senyum. Nota kecil yang bertulisan tangan tersebut terus ditatap.
Cantik tulisannya. Mungkin setulus hati penulisnya.