Tuesday 9 December 2014

Pedihnya Cinta: 27 (Pt. 2)

….(sambungan)
  Semoga hari ini lebih hebat dari semalam..

Tingkap cermin yang separa gelap pantas tertutup. Kereta kesayangan Tengku Faiq mula memacu laju membelah lorong tersebut.
“Tak suka?” soal Tengku Faiq bilamana terlihatkan Nur Aisya yang membisu sedari tadi dengan setia merenung jambangan bunga ditangan.
“Orang dah bagi tu, terima ajerlah. Buat apa nak fikir-fikir lagi.”
“Ohhh! Ini awaklah yang punya kerja yer,” Nur Aisya pura-pura bengang walhal dalam hati bukan main lagi melonjak gembira.
“Suka ker tak?”
“Tak. Tapi… Benda percuma, ambil jerlah.”
“Eleh.. Tak payahlah pura-pura. Tengok mata pun dah boleh agak. Lagi mau sorok,” cebik Tengku Faiq mengekek.
Nur Aisya pantas mengacu kedua pasang telunjuk dan ibu jarinya untuk mencubit Tengku Faiq.
“Woo!Woo! I’m driving okay. Jangan nak cuit-cuit orang. Dah elok-elok nak bercuti di hotel, kang tak pasal-pasal bercuti kat hospital.”
“Bercuti?”
“Hurm..”
“Sebab?”
“Eii.. banyak cakaplah. Duduk diam-diam, peluk bunga tu sudahlah,” komplen si suami.
“Sebab?”
“On your graduation..”
“Ohh.. Thanks,” bersinar-sinar anak mata itu memaut pandang pada wajah lelaki di sisinya.
“Kenapa casa lily?”
“Shutt!”
“Tapi.. Roses yang kat rumah tu untuk apa pulak?”
“Yang ini penggantinya sebab yang itu bukan dah layu ker?”
Lebar senyum Nur Aisya. Malu pun ada.

Ikuti kisah selanjutnya, 

Pedihnya Cinta: 28



Selamat Bertunang..
Berulang kali dia menghubungi sahabat karibnya..

“Apasal masam mencuka ni? Orang kalau nak bertunang atau kahwin, tersenyum simpul menahan malu. Ini tidak. Segan kalau bakal mak mertua tengok nanti,” Usik Usu Jijah lagi.
“Alah Usu ni, ada-ada aje tau. Baru merisik jer. Bukan kahwin pun. Kahwin nanti Cheq senyumlah lebar-lebar,” rungut Azira.
“Hisk! Manalah bini Tengku ni pergi? Tidur mati ker apa,” rungut Azira lagi.
“Ermm.. marah Cha rupa-rupanya. Patutlah angin tak beberapa nak baik hari ni. Kenapa?” tanya Usu Jijah kepada anak buahnya.
“Cheq telefon dia, tak angkat-angkat. Susah sangat ke nak angkat telefon? Merajuklah tu pasal semalam,” terang Azira pula.
“Apasal pula dengan semalam?” tanya Usu Jijah lagi.
“Iyalah. Cheq tak pie konvokesyen dia..”
“Hish! Kamu ni, tak baik berprasangka. Orang dah bersuami, tak bolehlah nak disamakan dengan zaman anak dara dulu. Kamu pun begitu juga nanti. Adalah sebabnya tu. Lagipun banyak tanggungjawabnya bila dah berumahtangga ni.  Usahlah kamu risau. Dah, senyum sikit,” Usu Jijah memujuk anak buah kesayangannya.
“Tapi..”
“Nanti kalau dia dah perasan, tentu dia telefon kamu. Percayalah cakap Usu ni. Bukannya Usu tak kenal perangai si Cha tu. Ni poket baju Usu ni, dah penuh dengan perangai kamu bertiga. Baik Cha, baik Milia. Nak-nak perangai kamu, lagilah masak ranum..” Usu Jijah membuat lawak.
“Hish! Usu ni. Buat lawak pulak dia. Ingatkan kenapa pulaklah dengan poket baju Usu tu. Milia tuh tak payahlah nak sebut Usu, orang dah jauh di perantauan,” balas Azira menguntum senyum.
“Hah! Macam itulah anak buah Usu..” kata Usu Jijah memeluk tubuh anak gadis itu.
“Usu ni peliklah. Orang datang merisik mana bawak berdulang-dulang bagai. Pastu siap suruh kita berdandan lagi. Dah serupa nak kahwin dah ni tau. Overlah Usu ni.”
“Ehh.. Cik Abang kamu tak bagitahu ker yang mereka dah tukar rancangan? Korang akan bertunang hari ni. Ni mesti dia nak surprise kan kamu ni.”
“Hah? Bertunang? Surprise?” bingung Azira dibuatnya. Bulat matanya merenung Usu Jijah.

"Renunganmu buat jiwa ini jadi pilu. Tabahmu buat diri ini jadi sendu. Senyumanmu buat hati ini  jadi beku.."

“Awak..” panggil Nur Aisya mengejutkan suaminya.
“Awak..”
Terpisat-pisat Tengku Faiq mencelikkan matanya.
“Kenapa? Sayang sakit lagi ker?” soal Tengku Faiq mengeliat. Merah padam muka Nur Aisya mendengarkan nama sapaan yang disebut oleh Tengku Faiq kepadanya kali ini.
“Aisya tak apa-apa. Tapi..”
“Tapi apa, Sayang?”
“Kenapa tidur kat atas katil Aisya?” soal Nur Aisya inginkan kepastian.
“Alah, mana-mana pun boleh. Tak salah pun kan,”  balas Tengku Faiq terkuap-kuap.
Nur Aisya duduk bersila menghadap suaminya. Tangannya melambai-lambai di hadapan muka Tengku Faiq.
“I sedarlah.. Tak mengigau pun.”
“Macam tak beberapa nak sedar jer Aisya tengok.”
Tengku Faiq pula melambai-lambaikan tangan kanannya di hadapan muka Nur Aisya.
“Aisya pun sedar. Tak mimpi pun,” balas Aisya. Masih dibelenggu rasa keliru.
Tangan Aisya digengam oleh Tengku Faiq kemas-kemas.
“Aisya, dengar sini. I nak minta maaf. I selalu abaikan kehadiran you di sisi I. Sebenarnya I senang sangat bila you selalu ada di sisi I. Tolong bagi I masa dan peluang untuk I perbaiki segala kesilapan lalu I tu. I janji, I akan usahakan yang terbaik demi rumahtangga kita.”
Nur Aisya mengalih pandang, “Tolonglah jangan janjikan Aisya dengan harapan. Aisya takut yang Aisya tak sedia nak harungi dugaan yang mendatang,” balas Aisya perlahan.
“Satu lagi, I minta sangat-sangat pada you. Tolonglah kongsi segala-galanya dengan I. Susah, senang. Suka, duka. Semuanya. Jangan rahsiakan atau pendam  apa-apa lagi dalam hati. Jodoh tu dah ditentukankan buat kita berdua.”
Dua mata bertentangan lama.
“Please.. Abang rayu pada Aisya.”
Airmata suci Nur Aisya mula bergenang ditubir matanya. Tengku Faiq merenung wajah itu semahu-mahunya. Tubuh Aisya di bawa rapat ke dadanya.
Renunganmu buat jiwa ini jadi pilu. Tabahmu buat diri ini jadi sendu. Senyumanmu buat hati ini jadi beku, minda si suami mula menyusun kata-kata.
“Jangan menangis, Sayang. Tolonglah.. I’m so sorry,” bisik Tengku Faiq menusuk masuk ke rongga telinga Nur Aisya.
Esakan Nur Aisya sayup-sayup kedengaran. Tengku Faiq berada di persimpangan dilema. Mungkinkah bibit-bibit cinta itu dah semakin mekar dihatinya. Perlukah dia menafikannya lagi? Atau perlukah dia menerimanya dengan hati yang terbuka. Wanita yang ada di dalam dakapanya itu telah lama berjaya mencuri ruang hatinya. Tetapi setiap kali rasa itu bertamu, ianya segera ditepis sebelum terleka. Bumbun kepala wanita itu acapkali dikucup. Dia diburu rasa bersalah yang teramat sangat.
“I love you, Sayang,” amat perlahan sekali kata-kata keramat itu terpacul dari mulut Tengku Faiq. Itulah kali pertama dia menuturkan kata-kata cinta buat isterinya Nur Aisya.
Ohh… Terima kasih Allah kerana menyedarkanku, bisik Tengku Faiq dalam hatinya. Bibirnya diketap rapat.


Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday 3 December 2014

Tika Kita Merindu: 19

 Luluh hatiku..

“Binatang!” jerit Danial lantang.
          “Aku bunuh kau!” laung Danial marah. Menggigil tubuhnya melihat Sofea yang mula longlai. Perlahan dia mengensot ke sebalik sofa.
          “Fe..”
          “Fe sayang..”  ulang Danial lagi.
          “Sofeaaa!” jerit Danial tatkala terlihat Sofea terkulai ke lantai.
          Dia sedaya upaya mengensot ke arah isterinya.  Hiba. Kudratnya tak sekuat mana untuk mengensot dalam keadaan terikat begitu.
          Rumah besar itu ditinggalkan segera oleh ketiga-tiga lelaki asing tadi dengan hilai tawa seolah-olah puas melihatkan keruntuhan kebahagian penghuni-penghuninya.

          Luluh hati lelaki Danial. Tiada siapa yang tahu.

KepadaNya aku berserah..

“Abang sayang Fe sangat-sangat.. Abang sayang Fe.”
          “Bangun, Sayang. Bangunlah, Fe.. Tolonglah bangun, Sayang. Ya-Allah!” rintih Danial lagi.
          Menitis darah dari mulutnya ke wajah si isteri. Pipi kusam itu dikucup beberapa kali. Sofea tetap tak bergerak. Manakala, bibirnya bengkak dan berdarah.

Fina terduduk. Hilang kata-kata.

Ikuti kisah selanjutnya,

Tika Kita Merindu: 18

Janji setia antara kita..

“Tak! Kali ni betul! Abang janji.”     
      Sofea tertawa.         
            “Apa yang tak? Apa yang betul ni?” soal Sofea tertawa nakal lagi.
            “Betul! Abang janji. Abang takkan mabuk lagi,” ikrar Danial di hadapan Sofea.
Alih-alih terus kata ganti diri I bertukar jadi Abang bila nak merayu. Itulah hebatnya si teruna bernama Ikhwan Danial ni. Lembut gusi dari lidah. 

Ku bermohon padaNya..

“Maafkan orang yer awak..”
Terpana seketika. Sayu mencengkam jiwanya bila mendengarkan suara di talian sedang berbicara.
“Ermm..” tak terluah dengan kata-kata bilamana mendengarkan ayat terakhir yang diungkapkan oleh Danial sebentar tadi.
“Waalaikummus salam,” talian diputuskan dari sebelah sana. Sofea rebah ke tilam. Semakin laju butiran mutiara itu membasahi kain telekung yang masih tersarung dikepalanya. Bingkai gambar ditangan kembali didakap erat.
“Orang rindu awak juga. Orang pun sayang awak sangat-sangat,” rintih Sofea berlagu sendu.

Ikuti kisah selanjutnya,

Tika Kita Merindu: 17

Ikan berlada, sambal udang, bendi goreng belacan, 
sambal belacan, gulai telur itik dan ditambah pula dengan ulam-ulaman 
serta sambal tempoyak.

“Tak ada maknanya realiti, semua tu. Orang bukannya apa, cuma terpegun tengok gelagat ada seorang mamat tu makan. Kelaparan sungguh nampaknya. Selamba jer dia mencolek sambal tempoyak masuk ke mulut. Lauk pauk dalam pinggannya menggunung pula tu.”
“Naklah tu?” Danial menyua sesuap nasi ke arah Sofea.
“Ehh.. tak ada maknanya. Pedas-pedas belaka semua tu. Tak pasal-pasal sakit perut nanti. Tak mahulah.”
“Aku offer sekali jer, makcik. Kalau tak nak, kaulah yang rugi. Bukan selalu aku nak suap orang lain makan tau. Edisi terhad ni.”


Tersentuh jiwaku,
Tatkala kau menitiskan airmata..

“I tak kata salah bila you tekad untuk berubah demi I. Tapi I tahu you tak selesa dengan semua ni. I tak pernah mengharapkan you jadi seperti mereka.”
“I senang dengan apa yang you ada.”
“Dah.. pergi cuci make-up ni semua. Dah elok-elok comel, lagi nak conteng muka tu dengan warna-warna ni.”
“Cepatlah.. Perut I dah berghazal ni.”
Ketika si comel ayu berlalu ke kamar mandi, Danial sempat menyakat Sofea.
“Siapa yang bagi you baju seksi tu? Cantik tapi tak beberapa sesuailah dengan you. Nanti I belikan yang lain yer.”
“Yang lebih seksi..” sambung Danial sedikit perlahan.
“Apa dia awak?” soal Sofea dari dalam kamar mandi berhampiran.
“Ermm.. I tak cakap apa-apa pun,” nafi Danial. Menyengih sendiri.
Malu.


Ikuti kisah selanjutnya,