Monday 19 May 2014

Tika Kita Merindu: 13

“Dia nak try you lah kan,” soal Danial berbau cemburu.
“Hish! Tak ada maknanya. Tak baik bersangka buruk pada orang tau.”
“Bini orang pun dia nak try jugak ker?”
“Apa yang awak mengarut ni?”
Tajam mata Danial menikam anak mata isterinya itu. Menjeling. Juga membara di hati.
“Alah.. sembang-sembang kosong jer. Orang dah tegur, tak kan kita nak menyombong pula.”
“Dah habis anak dara kat Malaysia ni ker? Bini orang pulak yang dia pilih,” rungut Danial geram.
“Dia mana tahu pun. Bukannya ada tanda kat dahi ni,” balas Sofea.
“Yang you pun pergi layan, kenapa?” soal Danial lagi.

Kena pakai macam ni ker Tuan?

“Hisk! Lain kali orang pakai tag besar-besar kat tudung ni macam budak sekolah tu. Tulis ‘isteri orang’. Okey tak?” ujar Sofea dalam cuba meredakan bara di dada suaminya.
“Okey jugak tu,” balas Danial seraya menjeliling ke arah Sofea.



Kuda hitam marah Tuannya??

Eleh.. setakat Sofea yang pijak, apa barang? Tak sakit mana pun. 
Yang kat atas ni lagi hebat.
 Buntang biiji mata kena pijak dek kuda. 
Amek kau!


Ikuti kisah selanjutnya,
Tika Kita Merindu @Novel Melayu Kreatif


Sunday 18 May 2014

Alahai Fontpage..

Aduhai! Sakan ku mengedit frontpage Bukan DIA ni. 
Hari ni kubelek-belek lagi. Ku tukar pula gambar heroinnya.
Okeylah.. Rasanya ini yang final.

Bukan sebab apa, ku perlukan gambaran gadis berambut pendek pada awalan siri ini.
Sayang pulak kat rambut panjang mengurai heroin sebelumnya. 
Susah juga nak dapatkan gambaran rambut pendek si gadis manis itu..
;)

Bila banyak kali fikir, "Aku ni macam syiok sendiri pon ada.."
Wahahahah! Gelak kat diri sendiri.

The latest one..


#2

#1


*Untuk selebriti kita Nad Zainal, Nelydia Senrose, Nur Fathia Latif & Zul Ariffin.
(Kupinjam foto anda berempat. Mohon halalkan yer..)

Wednesday 14 May 2014

Frontpage baru BUKAN DIA


BUKAN DIA #2

Jeng! Jeng! Jeng!
Inilah dia usaha keduaku untuk bikin frontpage bagi siri BUKAN DIA (versi #2).
Dah jenuh kufikir untuk repair versi #1 yang kaler pink hari tu.
Blur juga nak cari gambar yang sesuai dengan perwatakan AIRIS dan QALIF.
Okey ker tak yang ini? Kali ini hijau2 sikit. Kampungkan menghijau.
Tapi,
jikalau pokok tu tak kena gaya, boleh juga ditukar nanti. 
Nak cari background pokok padi yang sesuai, tak berjaya. 
Kebanyakannya gambar milik peribadi.
Ermm.. apa pendapat kawan2?


BUKAN DIA #1

Okey.. yang pink ni, ku pernah upload tempoh hari. 
Tajuk asal BUKAN DIA.. GADIS PILIHANKU (Versi #2), 
memang sama macam dalam gambar tu.
 Tapi ku ubah. 
Biar pendek dan nampak lebih luas fokusnya. 
Jika tak ubah, penceritaanku akan banyak tertumpu pada QALIF seorang.


*Untuk selebriti kita Nelydia Senrose, Nur Fathia Latif & Zul Ariffin.
(Kupinjam foto anda bertiga. Mohon halalkan yer..)

Monday 12 May 2014

Aku Tak Sendiri: 1

Favorite place Airis Abdullah.. 
Di sinilah tenpatnya mencari ketenangan.

Terangkat-angkat kening Airis sebelum bersuara, “Kau bagilah baju melayu kau tu kat aku.”
Qalif tepuk dahi, “Habis aku nak balik pakai apa?”
“Pakai singlet, sudahlah. Orang lelaki tak apa seksi-seksi.”
Menyeringai Qalif dibuatnya.
“Apa?” kasar soalan daripada Airis.
“Laa.. perempuan rupanya? Ingatkan lelaki selama ni. Biasanyalah kan, kalau orang perempuan ni diaorang tak mainlah duduk dalam lubuk ikan macam kau ni, tahu? Diorang duduk rumah. Memasak ker. Membasuh ker. Tak pun menjahit.”
Kecil mata Airis dibuatnya.
“Ikut suka oranglah. Tu, nak bagi ker tak?” balas Airis sambil berkira-kira untuk berlalu ke tepi taliair semula.
 “Bagi apa?”
“Bajulah.”
“Nah. Ambik. Basuh sekali, baru pulangkan.”
“Tengoklah, kalau orang rajin,” balas Airis ketika menyusun langkahnya menuju ke arah taliair.
“Hah! Itu nak ke mana pulak tu? Baru jer sekejap tadi kena tegur, dah nak buat lagi.”

Senja dah menjengah. Airis dijemput pulang seperti biasa.
Qalif tak ubah seperti seorang ayah tiri yang garang bagi gadis itu.

“Gilalah kau. Sejahat-jahat Airis, aku tak gatal macam kaulah, Panjang! Hari-hari mengoda anak orang.”
“Habis? Kau ingat aku ni ingin sangat ker dengan kau? Tak malu!” jerkah Qalif sambil mencebik mengejek.
Aih! Garang betullah pakcik ni, Kalau dengan Julie, pijak semut pun tak mati. Bukan main romantik lagi. Geram aku. Tak apa. Ada hari nanti, aku nak balas. Siaplah kau Panjang, rungut Airis dalam hati.
Dia berjalan pulang sambil di awasi oleh Qalif dari arah belakang. Sebiji macam orang pakai bodyguard.
Seronok jugak ada bodyguard macam ni, bisik Airis dalam hati sambil menjeling memandang Qalif secara curi.
Ulas bibir gadis itu kian melebar. 


~: Bukan Dia :~


Bukan Dia: Promo


Nantikan kemunculan Airis Abdullah dan Qalif Adib dalam siri,


~: BUKAN DIA :~


Nah! Ini dia bab sulung bagi siri BUKAN DIA yang dimuatnaik sebagai nyanyian tinta bagi  tahun 2014. Penceritaannya berkisar tentang kehidupan dan hubungan erat dua insan yang berbeza pendiriannya. 



Airis Abdullah sebagai bunganya. Tapi bunga yang mekar tanpa bau menurut tafsiran teman sekampungnya, Qalif Adib. Anak remaja yang lincah, membesar tanpa bapa. Bijak tetapi rajin orangnya. Dalam nakal, dia gadis yang sentiasa merendah diri serta hormat orang tua. Gadis ini, sengaja menyembunyikan kelebihan yang ada dalam dirinya. Juga seorang gadis yang ramah dan pemurah. Dalam keras, ada kelembutan sebenarnya. Dia membenci, bila ada yang muka suka. Itulah antara sikap peliknya. 




Manakala si Qalif Adib, anak teruna Tok Ketua yang sentiasa menjadi buah mulut setiap ibu serta pujaan  hati setiap anak gadis yang ada kampungnya. Bukan kerana sikap romeo Qalif tetapi kerana sikap  tanggungjawab yang kukuh tertanam dalam jiwanya. Lebih-lebih lagi dalam setiap perkara yang bersangkutan dengan diri serta keluarganya. Tinggi lampai serta segak bergaya orangnya. Bijak dan mudah didekati. Nampak tenang, tapi amat tegas orangnya. Hatinya terpaut pada si dia yang lemah lembut. Seringkali bertindak sebagai bodyguard kepada Airis. Tapi kenapa? 


Thursday 8 May 2014

Pedihnya Cinta: 27 (Pt. 1)

Cermin tingkap segera diturunkan.
“Maaf. Ini Puan Nur Aisya Irdina?” soal lelaki tersebut sambil sedikit menunduk.
“Iya, saya.”
“Saya Mr. J dari kedai bunga tu. Ini ada kiriman bunga buat Puan,” katanya sambil menghulurkan jambangan tersebut buat Nur Aisya.
“Untuk saya?”
Lelaki berbangsa cina itu mengangguk sambil tersenyum. Lantas dengan itu, jambangan bunga tersebut pun bertukar tangan.
“Boleh Puan tanda tangan di sini?” pinta lelaki itu lagi.
Nur Aisya akur.
“Terima kasih. Sehingga bertemu kembali,” ucap lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. J itu sebelum pergi.
Nur Aisya sedikit tergamam. Jambangan bunga yang ada ditangan direnung seketika. 

Opps! Siapa yang bagi agaknya??

Ikuti kisah selanjutnya, 

Wednesday 7 May 2014

Tika Kita Merindu: 12

Remuk hatinya...

“Awak.. 
"Jikalau awak benci sangat kat orang sekali pun, orang tak akan kecil hatilah awak. Orang sendiri faham, bukan senang kita nak terima kehadiran insan lain dalam hidup kita secara tiba-tiba. Tapi awak.. berjanjilah dengan orang yang awak takkan sentuh air haram tuh lagi. Tolonglah awak… Orang merayu sangat-sangat pada awak. Kita ni orang islam. Bukan begitu cara untuk kita selesaikan masalah.  Kita boleh berbincang. Orang tak nak tengok awak jadi muslim yang gagal. Walaupun orang ni bukan isteri pilihan, tapi orang tak mahu lihat awak hanyut dalam dunia yang melalaikan tu. Orang nak lihat awak jadi imam dan contoh terbaik buat orang. Selagi orang masih isteri awak, tanggungjawab orang untuk mengingatkan sekiranya awak lalai. Begitu juga dengan orang, awak berhak tegur orang jika orang lalai dalam tanggungjawab. Tolonglah awak…” dalam linangan airmata, Sofea terus merayu pada suaminya. Dia merasa teramat-amat sedih melihatkan suaminya pulang dalam keadaan mabuk begitu rupa. 

Sejuk hati jika ada yang ambil berat..
 Sofea bagaimana agaknya?

“Cengeng! Aku bukannya mati, yang kau beriya nangis tu buat apa?” kata Danial lagi. Dagu Sofea dicuit lalu dipalingkan menghadap wajahnya. Airmata yang menitis perlahan diseka dengan jarinya. Terkasima. Belakang jarinya segera diletakkan pada dahi Sofea.
“Bodoh! Aku selesema jer. Aku tak demam pun. Kau tu yang demam, tau tak?”
“Nah! Ambil ubat demam ni, makan. Tak dapat main hujan, air pancuran pun jadi. Tengah-tengah malam duduk dalam bilik air tuh berjam-jam siapa suruh? Sebiji perangai budak-budak,” bebel Danial tertawa.

Sofea hampir tersedak. Cuba menahan sendunya. 


Mereka berdua tu kena menuntut dengan 
novel garapan Dyadila ni.. ;)



Ikuti kisah selanjutnya,







Pedihnya Cinta: 26

Sendirian menyambut kejayaan..

“Babai, Sayang,” ucap Nur Aisya  sambil mencuit pipi si comel yang didukung oleh Syaqir.
Melambai-lambai, si anak kecil itu ke arah Nur Aisya.
“Comel,” ucap Aisya kepada Syaqir.
“Macam arwah Mamanya,” balas Syaqir pula.
“Okey. Kirim salam pada, Big Bos,” suara Syaqir memesan.
Nur Aisya  mengangguk. Melambai pergi. Syazura memandang ke arah abangnya.
Amboi-amboi! Bagai nak terkeluar biji mata, bisik Syazura.
“Apa?” soal Syaqir.
“Kalau macam tu, okeylah. Sejuk mata ni memandang. Taklah Mak Usu risau. Kan manja kan,” kata Syazura mengenakan abangnya sambil mencuit pipi gebu anak buahnya.
“Yang itu memang okey. Tapi..”
“Tapi apa pulak?” soal Syazura.
“Yang itu isteri oranglah. Lebam biji mata ni nanti,” terang Syaqir mendengus.
“Kak Dina? Isteri orang?” soal Syazura. Bulat matanya memandang Syaqir.
“Iyalah, cik adik. Isteri orang,” jawab Syaqir.


Hanya kad ucapan sebagai pengganti diri..

“Tahniah! Sayang. Maaf atas kesibukanku akhir-akhir ini.”
Ikhlas? In shaa Allah aku ikhlas, monolog sendiri seorang suami.
Sejujur-jujurnya.
Lalu tubuhnya disandarkan pada kepala katil. Terusan mengamati wajah si isteri secara curi. Dalam, sampai di sudut hati. Tersenyum simpul tatkala mendengarkan Nur Aisya sesekali mengigau-ngigau. Terdetik dihati nakalnya untuk menyakat. Dalam separa sedar, gadis manis itu dilayan berbicara. Walaupun kelu tuturnya, tetapi ada sesuatu yang mencuit prihatin hati lelaki Tengku Faiq ketika itu. Yang bisa bantu dia nenyak sehingga ke dinihari.
Akhirnya Tengku Faiq sama terlena.


Ikuti kisah selanjutnya,