Wednesday 12 February 2014

Tika Kita Merindu: 11

Tergerak hatinya untuk menahan dia dari pergi..

“Maaf. Phia minta diri sekejap,” ucap Sofea sebelum berdiri dan mohon berlalu pergi. Malu. Dia malu sekali. Adakah benar dia punca pertelingkahan antara kedua-dua anak muda itu.
“Fe..” Danial bersuara, seolah-olah bisa membaca apa yang tersirat pada hati kecil isterinya itu. Tangan kananya kelihatan pantas menyauk lengan kiri Sofea. Tersedar, mungkin gadis itu tersinggung.
“Sekejap ajer,” luah Sofea dengan lenggok tubuh yang begitu lembut.
Danial mengangguk. Membenarkan isterinya pergi buat seketika.
“Jaga sikit mulut you, boleh?” soal Danial keras memandang Dalina sebaik sahaja Sofea berlalu.
“Mulut I, suka hati I lah. Yang you sibuk sebab apa?” balas Dalina menegas.
“Sebab dia isteri I,” segera dari mulut Danial sambil berkerut masam.


Ehh.. Apa ni? Gila ker apa? Dengus Sofea dalam hati.

“Wait! Wait! Fe..” panggil Danial.
Sofea tak mengendahkan panggilan suaminya.
“Kalau bertentang mata asyik nak bertekak ajer, baik tak payah,” bebel Sofea.
“Sayanggg!” lembut lemak-lemak merdu panggilan yang dilontarkan oleh Danial.
Panggilan itu berjaya mengunci langkah Sofea. Bergetar tubuhnya.
Tak mungkin aku bermimpi agaknya. Mana mungkin, bisiknya lagi.
“I’m so sorry, Sayang. Janganlah macam ni. I gurau jer tadi,” rayu Danial yang berdiri dibelakang Sofea. Sepasang tangannya mula melingkari pinggang Sofea. Sejuk kaki tangan Sofea.


Ikuti kisah selanjutnya,

Tuesday 11 February 2014

Tika Kita Merindu: 10

Suka-suka hati dia nak tarik rambut orang.. 
Mari sini orang tarik pulak rambut awak tu pula. Kita tengok, sakit ker tidak..

“Kau siapa nak tengking aku?” soal Danial tercabar. Rambut Sofea digenggam kasar. Cepat-cepat Sofea menekap kepalanya yang mula terasa perit. Bibirnya dikumam. Dahi dan dagunya serentak berkerut.
“Pantang datuk nenek aku jikalau ada orang perempuan yang kurang ajar dengan aku tau?” pesan Danial menyinga.
Sofea meronta. Tapi ternyata kudratnya tak mampu untuk melawan.
“Melawan?” tarikan itu lebih kuat berbanding sebelumnya.
“Lepaslah. Sakit, tau tak,” rayu Sofea. Bergenang.
“Orang rela matilah dari hidup bersama lelaki macam awak ni,” tambah Sofea geram lalu pandangan mereka saling bertaut beberapa ketika.
“Sikit-sikit, nangis. Sikit-sikit, nangis,” Danial meleraikan cekakkan rambut yang ditariknya. Tubuh Sofea ditolak, terhumban jatuh di atas sofa.


Sakit, tak sakit.. 
            Bergenang jugaklah air mata dia..


Selisih faham pun belum reda, datang pulak segala macam syarat. 
Ini suka ker tak suka sebenarnya ni?

“Okeylah. Kalau Dan tak boleh ikut esok, Fe pun tak boleh pergi jugaklah,” pernyataan selamba dari Danial menyusup masuk ke corong telinga Mamanya.
Fe mana pulak ni? Aku ker? Soal Sofea dalam hati.
Kemudian Danial  berpaling pula ke arah Sofea, “You.. Kalau suami tak izinkan, jangan gatal-gatal nak ikut pulak tau. Tahu apa hukumnya?”. 
Bulat mata Sofea memandang wajah Danial yang selamba dalam ketegasannya.

Ikuti kisah selanjutnya,


Sunday 9 February 2014

Pedihnya Cinta: 11


Menjenguk keluar rumah seketika dari jendela dapur 
sebelum menapak masuk ke kamar mandi.


Pelik bin ajaib ni. Tak ada bunyi air pun. Mandi ke tidur ni?

 Tengku Faiq lihat lampu pada pemanas air telah bertukar warna. Dia mula tersenyum.
Sayang pun kau kat aku ya, fikir Tengku Faiq nakal.
Butang pun ditekan. Berlumba-lumbalah air suam keluar dari pancuran mandi tadi. Nur Aisya tersenyum dari luar bila mana terdengarkan bunyi percikan air menghempas lantai. Dia segera ke bilik.



Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif 


Tuesday 4 February 2014

Pedihnya Cinta: 10

"Takkan kopi bujang jer?"
 "Ehh! Jemputlah cicah bahulu cermai ni dengan kopi..."


Tadi, bukan main lagi dia mengenakan Che Abang dengan lagu nyanyian Alif Satar.
Malam ni, giliran Che Abang pulak balas dendam.. 
Kesian kat Aisya kena tidur bawah yer..

Malam semakin, dingin. Nur Aisya mengerekot diselubungi selimut. Tengku Faiq terjaga. Dia teraba-raba mencari selimut yang diberi oleh Nur Aisya beberapa jam lalu. Dia bangun sekali lagi. Alat kawalan kipas kembali ditekan. Pusingan kipas di siling berputar sedikit perlahan.
Nur Aisya yang lena di tepi katil sempat dikerling sejenak sebelum lena.
“Tidur bawah yer? Ermm.. ada aku kisah,” ucap Tengku Faiq sebelum kembali terlena.


Ikuti kisah selanjutnya, 



Pedihnya Cinta: 9

 Perut dah bernyanyi ghazal. Si dia tak muncul-muncul. 
Cepatlah! Kita lapar mee goreng mamak ni.. 
Aduh! Tekak ni pulak bagaikan dah terminum teh o ais.. 
Cam maner ni?

“Tunggu kat kereta.”
Nur Aisya melangkah. Tengku Faiq mencapai dompet isterinya yang tertinggal di atas meja. Dia menggeleng. Nur Aisya kelihatan sedikit terhencut-hencut berjalan keluar dari kedai. Tengku Faiq menuju ke kaunter bayaran. 


Bukannya nak tolong urut kaki ni.. Yang tercegat jerk kat situ buat apa?

“Dah lama belajar situ?”
“Ni tahun kedua Aisya kat sana. Sebelum tu empat tahun kat UTM.”
Boleh tahan juga budak ni, bisik Tengku Faiq.


Ikuti kisah selanjutnya, 



Pedihnya Cinta: 8

Mula-mula rindu kat BFF yang hantu doughnut dan bakal pengantin baru tu.
Lepas tu, demam rindu pulak dia yer? Rindu kat siapa tu agaknya?

“Apasal Abang pandang Dina macam tu?”
“Tak sangka. Nampak aje kurus, berat jugak kalau dikendong,” jelas Doktor Fahim. Menyengih. Bibirnya dikulum seketika. Menyakat nampak.
“Siapa pulak yang suruh kendong kita?” balas Nur Aisya spontan.
“Habis, takkan nak suruh Milia dan Jiji pulak yang kendong, Sayang. Mau dengan mereka berdua sekali bergolek ke bawah. Awak tuh tinggi. Diorang tu rendang jer orangnya.”
Berderau darah ke seluruh tubuh Nur Aisya apabila mendengarkan penjelasan lelaki kacak yang beriak sahaja di hadapannya itu. Apa maksud kata-kata lelaki itu agaknya. 


Terlena merindu..

Sedar tak sedar, rindu sudah mula bertandang buat seseorang yang kini tersemat dihati. Perlahan-lahan Nur Aisya mengeluarkan majalah yang diberikan oleh Kamilia petang tadi. Direnung wajah lelaki yang menghiasi kulit majalah business itu lama-lama. Majalah tersebut kemudiannya dibenamkan ke atas dadanya. Di peluk erat-erat. Matanya mula layu. Lalu terlena.

Ikuti kisah selanjutnya, 
Pedihnya Cinta.. @Novel Melayu Kreatif 

Monday 3 February 2014

Pedihnya Cinta: 7

Antara tanda mata dan kad jemputan.. 
Yang mana satu lebih menarik perhatian BFF ni yer?

“Tu.. Tu apa tu?” soal Azira dari arah belakang.
“Hah! Dah tau dah. Ini mesti buah hati pengarang jiwa bagi kan. Almaklumlah, baru balik dari China,” usik Milia sambil mencuit pinggang Nur Aisya.

Tak lama lepas tu...

“Kad jemputan kahwin tu.. Gila siot!” sambung Azira tertawa berdekah-dekah.
“Hush! Kawal-kawallah ketawa tuh sikit. Awak tuh anak dara. Wat malu kampeni jer ketawa cam tuh,” tegas Milia mencelah.



Ikuti kisah selanjutnya,