Wednesday 23 October 2013

Mukabuku oh mukabuku..

Assalamualaikum wrh. wrt.

Aduhai sahabat2ku..

Tiba-tiba pulak, pagi ni mukabuku IMANAFRINA tak boleh dibuka. Reasons yang dia bagi adalan penyelenggaraan yang tak melibatkan semua akaun FB.

Huhu.. tak dapat menjenguk ke dalam sana. Bosan jugak yerk. 
Lagi bosan kalau2 akaun mukabuku itu perlu diganti baru. Tak syoklah macam ni. 
Tak apalah... kita tunggu dulu, kalau benar2 tak boleh baru kita buat keputusan...
Kutu pun tak mati kutu cam ni..

Sabar.. sabar dan terus bersabar. Berdoalah yang terbaik untuknya.
Sesungguhnya ada hikmah yang terselindung di balik sebuah kesukaran. 
Insya-Allah.


Tika Kita Merindu


Nukilan hati yang kedua dari saya pada awal 2013 diberi tajuk sebgai " Tika Kita Merindu". Manuskrip ini masih belum siap sepenuhnya. 

Jutaan ucapan terima kasih kepada pihak Novel Melayu Kreatif  (NMK) kerana sudi meminjamkan ruang untuk enovel ini.

Sudi-sudikanlah untuk menjenguk enovel tersebut dilaman NMK bawah tema cinta.


Jumpa di sana...
(Telah dimuatnaik sehingga Bab 8)


Pedihnya Cinta..


Ini merupakan lakaran dari hatiku yang pertama pada penghujung tahun 2011.


“Awak.. Terimalah si dia kerana Allah. Demi bahagianya seorang Mama. Atas rasa kasih dan sayang seorang isteri. Isteri boleh dicari di mana-mana, awak.. Tapi Mama, hanya ada seorang saja di muka bumi ni.”
~Nur Aisya Irdina
***
“Tak payahlah kau nak tunjuk baik depan aku. Harap rupa ajer baik, kalau hati busuk buat apa? Aku dah terima kau pun cukup bagus tahu tak? Sedarlah diri tu sikit!”

“Cukup.. Jangan nak merayu-rayu depan aku. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Pergi!” 
~Tengku Faiq Iskandar
***
“Kalau I tau you ada hati lagi dengan Aisya tu lagi, I akan tembak dia dengan you sekali. Kalau I tak dapat kasih you, jangan harap orang lain nak dapat.”

“I tak main-main ni, Dear.”

“Kalau you pernah sayang dia suatu masa dulu. Atau you kasihan pada dia, baik you jauhkan diri you daripada dia untuk selamanya.” 
~Syarifah Jasmeen 

Jom singgah di NMK untuk ikuti perjalanan kisah ini.. Jumpa di sana...

(Telah dimuatnaik sehingga bab 24)